47: Balik kampung.

463 16 0
                                    

Dia menggosok lembut rambutnya yang basah dengan  menggunakan tuala berwarna putih bersih. Kemudian dia melangkah ke luar beranda rumah untuk menjemur tuala itu, Dia bersyukur selepas seminggu dia menjalani Fisioterapi bersama Wanie? Dia boleh berjalan seperti biasa dan kesihatannya sudah cukup stabil. Rora menghembuskan nafas pabila teringat akan, dia sering menjemur tuala seperti itu semasa di kampung.  Rindunya dia pada kampung halaman itu.

Rora mengetatkan balutan tuala pada tubuhnya lalu, membuka pintu Closet yang gedabak besar di hadapannya. Terlopong dia melihat pelbagai jenis baju sedang tersangkut kemas di dalam Closet itu. Rora membuka sebelah lagi pintu Closet. Bagai ingin jatuh rahangnya melihat skrit dan seluar di dalam almari besar itu. Semuanya  expensive dan cantik² belaka..

"Alah, baju apa aku nak pakai ni?" Rora menggaruk kepalanya dia tidak tahu berfesyen. Dia tahu hanya memakai Tshirt dan kain batik, tak pun seluar trek suit.

"Rora. Kenapa tak pakai baju lagi." Soal Datin Zaa lembut bila melihat Rora masih bertuala.

"Err, ibu Rora tak tahu nak pakai apa😔?" Jawab Rora menunduk.

Dato Zaa tersenyum lalu, mengatur langkah ke arah Closet. Dia mengambil baju dress paras betis yang berlengan panjang dan berwarna cream.

"Pakai ni? Takpe, nanti lama² Rora akan tahu berfesyen." Kata Dato Zaa sambil mengusap rambut basah Aurora.

"Thanks ibu☺." Rora memeluk tubuh Dato Zaa.

"Dah cepat bersiap, kita turun sarapan." Baru saja Dato Zaa ingin membuka langkah namun, terhenti bila Aurora menarik tangannya.

"Er,, bu tunggu Rora lah eh, Rora tak tahu macam mana nak guna lif tu." Kata Rora malu².

" It's okey. sayang. Nanti ibu ajar cara guna lif tu yer," kasihan Dato Zaa melihat anak perempuan nya itu, naif sangat.

Rora menghulurkan secawan kopi panas pada Dato Zaa yang sedang focus pada ipadnya. Sibuk  sangat ibunya sehingga makan dan minum pun tidak teratur. Rora memandang Dato Zaa yang sedang menyisip kopi, dia mengetap bibirnya ingin memberitahu hasrat hatinya namun, tidak berani.

"Kenapa sayang?" Soal Dato Zaa sedar akan dirinya di perhatikan.

"Err, ibu boleh tak? Kalau Rora nak balik kampung." Jawab Rora teragak².

"Balik kampung? Kenapa? Rora tak nak tinggal dengan ibu ke?" Dato Zaa dah risau😔.

Rora menggeleng dan menundukkan kepala, entah apa dia ingin katakan pada Dato Zaa yang sedang berwajah muram.

"Boleh ibu tahu kenapa?" Rasa bersalah pula, Dato Zaa melihat Rora yang menundukkan wajah.

"Emm, sebenarnya Rora nak bawa ibu balik kampung, nak kenalkan ibu dengan keluarga angkat Rora. Walaupun, Rora dah tahu siapa keluarga kandung Rora? Rora tetap ingat dengan jasa ibu Miah, tanpa ibu Miah mungkin Rora tak jumpa ibu macam sekarang ni, Rora rasa terhutang budi. ibu faham kan bu? Apa Rora maksudkan?"

"Ya sayang ibu faham, ibu pun nak jumpa dengan ibu angkat Rora. Ibu bersyukur sangat dia besarkan Rora dengan baik." Kata Dato Zaa ikhlas.

Rora tersenyum gembira, pantas dia memeluk tubuh Dato Zaa. Dan melangkah masuk ke bilik untuk bersiap, dia sangat² gembira ibunya sanggup bercuti dan membatalkan meeting demi untuk pulang ke kampung.

"Fatin tolong jaga rumah dalam sehari dua ni yer." Arah DATO Zaa pada Fatin.

"Baik puan Zaa, selamat bercuti."

"Bye auntie semua." Kata Rora gembira.

Dia duduk di samping Dato Zaa sambil memeluk lengan ibunya. Dato Zaa tersenyum melihat wajah ceria Rora, dia mengusap lembut kepala anak daranya itu.. Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan keluarga angkat Rora di  Kampung Felda Medoi Johor. Demi Rora dia sanggup bercuti, dia tidak ingin mensisikan anak satu² nya itu.

"Hussin, nanti kita orang balik dari Johor saya call awak yer."

"Baik Dato, enjoy you vacation."

Rora membuntuti langkah ibunya, sedikit pelik Dia melihat tempat luas bagai padang bola itu. Dia mencari nama KLIA tempat di mana Vee pernah membawanya namun tidak kelihatan. Ingin dia bertanya namun, dia diamkan saja.

Tiba² dia terdengar bunyi bising daripada udara dan semakin menghampiri mereka, ternganga Rora melihat sebuah helikopter mendarat di hadapannya 🚁. Tak kan nak naik benda ni? Alamak macam seram je?😵. Dia berdebar tatkala Dato Zaa menarik tangannya.

"Kenapa ni?" Soal Dato Zaa hairan melihat Rora enggan berjalan.

"Rora ta..takut bu😔."

"Maaf sayang, tapi kita kena naik helikopter tu? Kalau kita pegi airport? Nanti ada wartawan buat gosip yang bukan² pasal ibu." Pujuk Dato Zaa sambil membawa Rora menaiki helikopter berwarna putih itu.

Rora memejamkan mata saat helikopter sudah terbang ke udara. Dia memeluk erat lengan Dato Zaa, ingin saja dia memuntahkan isi perutnya saat melihat ke bawah semua objek menjadi kecil . Beza sikit dengan kapal terbang yang dia naiki bersama Nain. Dia tidak terlalu gayat kerana, kapal terbang agak tertutup berbanding dengan helikopter.

"Jangan takut cik, nikmati ciptaan Allah." Kata Tahir pabila melihat lautan terbentang luas.

"Dia tak biasa lagi Tahir." Dato Zaa tersenyum sambil mengusap lembut belakang Rora.

Perlahan² Rora memanggungkan wajahnya untuk melihat ke tingkap di sisinya. Benar kata uncle Tahir indah sungguh ciptaan Allah. Dengan pokok yang menghijau dan lautan biru yang terbentang luas begitu memukau pandangannya. Lama kelamaan dia terlihat kelapa sawit yang luas dari bawah. Semakin melebar senyuman Rora pabila helikopter ingin mendarat. Ibu Rora datang ni!!! Jerit hatinya seronok.

"Thanks Tahir, i call you later, kalau kita orang nak balik okey?"

"Ok Dato." Jawab Tahir tersenyum.

"Bye uncle!!!🙌" jerit Rora dengan kedua tangannya di angkat ke udara bila helikopter sudah terbang tinggi ke udara.

"Jom sayang, kawan ibu dah tunggu tu."

Rora mengangguk lalu menggenggam tangan Dato Zaa. Senangnya hidup orang kaya ni? Semua urusan mudah seperti di hujung jari saja. Senyuman tidak lekang dari bibirnya pabila kereta yang mereka naiki sudah melepasi pekan Johor.

"Ibu², itu Sekolah Rora." Kata Rora ceria sambil menunjuk ke arah bangunan sekolah menengah di pinggir jalan.

"Yeke? Cantik nya.☺" Dato Zaa mencium pipi anaknya. Seronok dia melihat wajah gembira Rora.

"Rumah sapa tu? Cantik lah." Soal Dato Zaa pada Rora.

Rora mengetap bibirnya pabila melihat rumah banglo Fizul. Entah di mana Fizul sekarang, dia masih ingat kat aku ke erk?😔 Dia mengawal perasaan yang sukar di fahami di dalam hatinya itu.

"Ibu kita dah nak sampai ni?" Ujar Rora teruja.

"Yer sayang," Dato Zaa senyum.

"Aman je saya tengok kampung ni, Bazlie tinggal area sini ke?" Soal Dato Zaa pada rakannya itu.

"Rumah saya dekat simpang hujung sana lagi Dato. Ni rumah² orang yang berkerja dekat ladang tu." Terang Bazlie.

"Oh yeke?" Jawab Dato Zaa, tetiba pula dia teringat dengan kampung halamannya dahulu.

Semakin lebar senyuman Aurora tatkala kereta Myvi mula memasuki jalan untuk ke rumah puan Salmiah. Dari kejahuan dia melihat rumah Melina, sungguh dia rindukan suasana di kampung, dan bila tiba di rumah ibu angkatnya? Hilang serta merta senyuman manis Aurora😟.






















♡TYSM 4 VOTINGS♡

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now