"Yura apa khabar? Sihat?😆" soal Syam tersengih.
"Asal pulak? Tetiba tanya Unni?"
Amm buat² tak tahu, padahal dia tahu Syamil sedang menaruh perasaan dengan Tengku Yura Filzah.
"Hee, kau ni buat² tak tahu pulak" kata Syam lagi sambil menghirup nestum panas.
"Ok je," balas Amm pendek. Sambil menonton Tv di ruang tamu rumah Syam.
"Cuba kau bayangkan eh, kalau aku kahwin dengan Yura? Woah!!! Syok tu! Aku jadi abang ipar kau😃" Syam tertawa gembira.
"What! Bro Unni tua dari kau tau. Beza kau dengan dia 4 tahun bro!" Amm mengingati temannya dari terus berimaginasi.
"Apa salahnya? Cinta tak mengenal usia apa?" Syam membela diri, sambil melangkah ke arah rak kasut.
"I know, but Unni syok kat kau ke?"
"Alah, nanti aku usha²? Lama² dia syok lah tu hahakk." Syam ketawa sambil menyarungkan kasut ke kakinya.
Amm menjulingkan matanya ke atas. Selepas meminta izin daripada orang tua Syamil dia menghidupkan engine keretanya lalu, menuju ke tempat lepaknya bersama² dengan kawan nya. Sepanjang perjalanan mereka senyap masing² sibuk dengan hal sendiri. Dia mengerling ke arah Syamil yang sedang focus dengan gadgetnya.
"Syam."
"Hmm" Jawab Syam focus dengan games di handphone nya.
"Kau tahu tak? Aurora kat mana? I mean, kau pernah tak terjumpa ke terserempak dengan dia?"
"Aurora?? Oh Aurora yang kau suruh, aku skodeng tu?"
Amm menganggukkan kepala nya.
"Takde lah bro, Kl ni besar tau tak, Universiti apa dia belajar pun aku tak tahu." Terang Syam memandang temannya yang sedang focus memandu.
Satu helaan nafas Amm hembuskan. Dia mengeluh dengan perasaan nya. Entah mengapa hatinya inginkan Aurora, dia mahu menakluki hati Aurora. Walaupun, banyak gadis yang lebih cantik berbanding Aurora? Entah mengapa hatinya sukar untuk menerima perempuan lain untuk mengetuk pintu hatinya.
"Lets go Amm, aku dah tak sabar nak main drum ni." Kata Syamil bila kereta sudah tiba di hadapan Jamming Club.
Amm menekan butang hijau untuk memastikan kereta kesayangan nya sudah terkunci atau pun tidak. Selepas bertanya di kaunter, dia menuju ke bilik no 5 untuk ke bilik studio yang sudah di tempah oleh rakan² jamming nya.
"Yow bro whats up" soal Shafiq sambil melagakan buku limanya dengan Amm dan Syam.
"Dah lama tak nampak kau Amm,"
"Aku baru balik dari US Nizam. That's jarang join korang" Jawab Amm sambil membuat skill melagakan buku lima mereka setiap kali berjumpa dengan geng nya .
"US. Fuh mesti awek dia seksi² kan? Amacam ada yang sangkut tak?" Soal Ray sambil memetik gitar.
"Takde, aku tak nak amik, mina salleh jadi bini aku berisiko doh." Jawab Amm seraya mendekatkan mic stand ke mulutnya sambil menyebut "test mic, test mic 1 2 3"
"Betul tu. Mana nak sunat lagi." Keroz mencelah.
"Hahakkk segal😅" kata Syamil terkekeh ketawa. Penuh studio dengan gelak ketawa mereka.
"Dah jom jamming, lagu macam biasa😁." Arah Amm dengan tawa masih bersisa.
Bingit seketika studio itu dengan petikan gitar serta dentuman drum untuk mencari kod lagu yang ingin dimainkan. Setelah mendapat kod lagu yang bertajuk Rude yang di nyanyikan oleh Magic. Amm segera mendekatkan bibirnya ke Mic stand dan memulakan nyanyian.
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Ngẫu nhiên☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...