25: Happy !

373 10 0
                                    

Aurora Zalza masih bermalas malasan di atas katil bujangnya. Ketukan pintu dari luar bilik dibiarkan, dia memandang kipas siling yang berpusing laju tanpa mengenal erti penat lelah. Sekali lagi pintu biliknya di ketuk, dengan langkah malas dia menguak pintu bilik. Dia menghadiakan senyuman manis pada ibunya, yang sedang mencuka memandang nya.

"Liat sangat nak bangun! Lenguh tahu tak? Tangan ibu ketuk pintu bilik Rora ni!" puan Salmiah mengomel.

"Hehhh! Ibu ni. Tak elok tau pagi² mengomel, rezeki takut masuk." Rora menyengih.

" Amboi! Lagi takut rezeki masuk, kalau bangun lewat tau!" kata puan Salmiah tidak mahu kalah.

"Ibu tak keja?" Rora menukar topik, tanda kalah dengan perdebatan di siang hari.

" Tak. Ibu mintak cuti. Ibu nak berehat. Penat." ujar puan Salmiah sambil mengoreng cekodok pisang.

"Meh sini, biar Rora buat. Ibu pegi berehat." kasihan dia melihat ibunya.

"Takpe, Rora pegi mandi dulu. Lepas tu kita sarapan."

"Ok bu."

Dia melangkah masuk ke bilik untuk mengambil tuala dan kain batik. Selepas memakai kemban di badan, dia mencapai berus gigi. Rora mengeluh bila ubat gigi sudah habis, dia menguak pintu tandas lalu pergi ke arah ibunya di dapur.

"Bu . colgate dah habis lah,"

"Nah, pakai ni aje." puan Salmiah menghulurkan pingan kecil yang berisi garam.

"Hah! Boleh ke pakai garam bu?" soal Rora terperanjat.Dia mengangkat kedua bahu bila melihat ibunya menganggukan kepala. Dan mengatur langkah ke bilik air.

Sedang puan Salmiah menyiapakan sarapan pagi. Tiba² telefon bimbitnya berbunyi tanda ada pesanan ringkas masuk. Berkerut kening puan Salmiah, tatkala membaca sms itu.

"Aik?? Sejak bila pulak , aku daftar masuk Universiti ni." Dia mencebik mungkin sms palsu katanya. Dia menyimpan semula telefon bimbitnya di atas para.

Usai memakai baju Tshirt dan seluar paras betis. Dia membalut kepalanya menggunakan tuala untuk mengeringkan rambut. Dia mengambil tempat di hadapan puan Salmiah yang sedang menghidang nasi goreng kicap dan cekodok pisang serta kopi panas.

"Senang hati ibu, tengok Rora masih setia duduk dengan ibu.
"Ibu. Dah lah cakap benda ni, Rora gembira hidup dengan ibu dan abang."

Puan Salmiah tersenyum gembira sambil mengusap lembut kepala anaknya. Usai bersarapan dia mengangkat piring ke dalam sinki untuk di basuh.

"Rora pegi tengok sapa datang. Ibu kat bilik air ni tengah cuci kain." laung puan Salmiah.

Rora mengelap tangannya menggunakan kain buruk lalu, menguak sedikit pintu untuk melihat gerangan tamu yang datang awal pagi lagi. Terkejut dia bila Melina menolak pintu dan akhirnya dahinya terhantuk pada muka pintu.

"Mel !!!" Jerit Rora menahan sakit di dahi.

"Haha, sorry² !" tanpa ada rasa kasihan. Melina mentertawakan Rora.

Rora sedekah jelingan pada Melina. Hairan dia melihat wajah gembira Melina pada pagi². Jarang sekali? Dan tak pernah dia melihat Melina seceria itu.

"Asal?" Rora menaikan kening

"Cuba teka? Kenapa aku happy sangat pagi ni??" Mel tayang gigi.

"Erm,, ada Banglah nak pinang kau ke?" Rora mengusik

Hairan dia melihat Melina yang ketawa terkekeh. Biasanya bila di pasangkan dengan Banglah? Marah benor temannya itu.

"Aku dapat tawaran masuk Universiti!!!" jerit Mel gembira sambil melompat².

"Hah! Yeke?? Mel congrats." Rora memeluk temannya.

"Oh yer? Kau tak dapat apa² sms ke? Soal Mel.

"Tak tahu, aku takde cek lagi handphone ibu."

Tanpa menunggu lama, dia berlari mencari telefon bimbit ibunya. Rora hampa bila tiada sms di skrin telefon. Air matanya mencucuk ingin menangis. Melina cuak melihat wajah mendung Rora.

"Rora, sabar yer. Jangan nangis. Mana tahu esok², ada sms dari U." pujuk Mel.

"Dah kenapa? dengan Rora. Melina?" soal puan Salmiah terkejut melihat Rora menangis.

"Err,, Rora sedih sebab dia tak dapat sms panggilan masuk Universiti bu." terang Mel muram.

Puan Salmiah terdiam. Spantas kilat dia teringat tentang sms yang dia terima tadi.

"Cuba cek peti masuk kat dalam talifon ibu tu? Rasanya pagi tadi, ibu ada terima massage yang ada sebut Universiti."

Rora memanggungkan wajahnya, dia melihat wajah puan Salmiah yang kelihatan yakin dengan bicaranya. Cepat² dia membuka pad kekunci telefon bimbit ibunya. Rora membuka satu persatu sms di dalam peti masuk itu. Hatinya melonjak gembira.

"Yeah!!!!! Rora dapat bu! Mel aku dapat!" jerit Rora sambil memeluk Mel dan ibunya.

"Alhamdullilah! Tahniah sayang." bergenang air mata si ibu.

"Wei, U apa kau dapat?" soal Mel teruja.

"UUM. Kau ?" kata Rora senyuman gembira tidak lekang dari bibirnya.

"What!!! Rora kita dapat U yang sama!!!" jerit Mel sambil memeluk Rora.

Puan Salmiah menitiskan air mata gembira, dia tertawa melihat Rora dan Melina berpelukan sambil terkinja². Tidak sia² dia menghantar Rora untuk menuntut ilmu. Ternyata anak dara nya itu lebih bijak daripada Zulkarnain, yang hanya memasuki Collage di bandar Kuala Lumpur. Keputusan SPM Nain tidak terlalu membanggakan seperti Rora. Mungkin Rora mewarisi kepintaraan dari keluarga kandung nya.

"Jadi bila nak pegi ?" soal puan Salmiah.

" Lama lagi bu, dalam seminggu lebih macam tu." Terang Rora.

"Elok lah tu, nanti ibu talifon abang kamu, suruh dia uruskan apa yang patut."

Rora angguk dan tersenyum. Dia sangat² gembira mendapat tawaran di Universiti. Gembiranya bertambah² pabila dapat berlajar bersama² Melina. Tidak sabar rasanya dia ingin menjejakan kaki ke Menara gading untuk mencapai cita² nya.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam, sapa tu?" Jawab puan Salmiah, sambil bertanya pada Rora dan Mel.

Kedua dua gadis itu mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Ya Allah budak ni. Aku cari si Melina ni! Pagi² dah hilang! Meh balik. Dah lah belom mandi !" Ujar Mariam bercekak pingang.

"Haha, yeke? Ish patut lah ada bau semacam." puan Salmiah tertawa.

"Kau tahu Miah? Aku dari tadi panggil si Mel ni, nak ajak sarapan. Ingatkan dia ada kat bilik. Rupanya dah merayau." Omel nya masih bersisa.

Rora terkekeh ketawa melihat Melina menarik muka bila emaknya memusing telinga kiri Melina.

"Takpe lah, dia merayau pun sebab dapat masuk Universiti."

"Apa Miah? Universiti? Mel dapat masuk U ke?"

Ketiga² wajah di hadapannya mengangguk sambil tersenyum.

"Alhamdullilah. Tak sangka anak aku, bijak sampai masuk U." tutur Mariam sambil menarik Melina ke dalam pelukannya.

"Eei, mak ni ada pulak. Kata Mel macam tu." Melina muncung.

Rora dan ibunya tertawa melihat gelagat dua beranak itu.

" Miah kami balik dulu yer. Bau badan Mel ni buat aku loya."

"Haha! Ish . ada² je kau ni Yam."

Rora memeluk tubuh puan Salmiah, dia berasa sangat gembira hari ini. Gembira melihat ibunya yang sentiasa tertawa. Dia cukup bahagia bersama puan Salmiah, moga kasih sayang ibunya tidak akan luntur kepadanya.








♡TYSM 4 VOTING♡

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now