26: Secret admire♡

366 9 0
                                    

Dia melipat selimut dan menyusun bantal serta tilam yang sudah kempis di atas rak kayu. Kemudian, dia membuka jendela kayu lalu mengikat langsir di biliknya. Setelah selesai membuka tingkap di bilik ibunya, dia mengatur langkah ke bilik mandi untuk memberus gigi dan mencuci muka.

Usai mencuci muka, dia mengatur langkah ke dapur. Gelas kaca di ambil lalu di isi setengah air panas dan di campurkan dengan air biasa. Selepas berselawat dia meneguk air suam sehingga habis. Tips awet muda kata Dato Dr Fadilah kamsah .

Knock!! Knock !! Knock !!!

Dia tersentak dengan bunyi ketukan pintu dari ruang tamu. Dia mengerling jam di dapur sudah pukul 9.OO AM, begini lah kejadiannya kalau tidur selepas solat subuh.. Dia mengatur langkah perlahan lahan risau jika lantai kayu rumahnya yang usang mengeluarkan bunyi. Dia menyelak sedikit langsir tingkap, dia melihat ada sebuah motor berwarna hitam dan mempunyai kotak merah dibahagian belakang tempat duduk. Yang bertulis Pos Laju. 


Aikk? tetiba pulak orang Pos datang rumah aku? Sebelum ni tak pernah kut? Dia cuak pabila ketukan pintu berbunyi lagi. Rora berfikir sama ada ingin membuka atau tidak? Dia hanya bersendirian di rumah. Dia risau jika lelaki itu mengapa - apakan dia. Malang tak berbau !


"Cik orang rumah ni ada tak?"

Rora terkejut mendengar suara garau lelaki  itu. Dia cakap dengan siapa? Jangan² lelaki ni tak betul.

"Ada, mungkin belom bangun kut. Ada apa yang saya boleh bantu Encik ?" soal Muna yang sedang menjemur kain di beranda rumah.

Itu? Kak Muna. Ya suara kak Muna. Tanpa menunggu lama dia menguak pintu.

"Err, maaf. Encik saya kat bilik air tadi." bohong Rora.

"Huh! Nasib baik cik dengar, dah lenguh tangan saya." Dia menghembus nafas lega.

"Maaf encik." Rora tersengih. Sempat dia melihat nama Nasrin yang di sulam pada baju unifrom nya.

"Tunggu kejap cik."

Rora masih berdiri di hadapan pintu, dia memandang hairan figura Nasrin yang sedang membuka kotak di bahagian belakang motornya. Terlopong dia melihat sejambak bunga  rose berwarna putih di dalam bakul rotan yang di hiasi dengan riben hijau dan putih. Matanya tidak berkelip memandang bunga hidup yang segar itu.

"Ni barang cik, sebelum tu sila sign kat sini?"

Dia tercengang melihat bunga yang di hulurkan oleh Nasrin. Dia memandang bunga dan wajah Nasrin bersilih ganti.

"Cik ambil lah." bengang Nasrin dengan gadis itu.

"En.. Encik tak salah alamat ke?" Rora enggan mengambil bunga itu.

Dia terpempan mendengar nama penuh serta nombor kad pengenalannya di sebut oleh Nasrin. Siapa yang bagi aku bunga pepagi ni? Siap nombor IC aku dia tahu?

Rora tersentak pabila Nasrin meletakan bakul yang berisi bunga di tepi kakinya. Riak muka lelaki itu seperti sedang geram dengan Rora.

"Sign?"

"Err, siapa yang kirim bunga ni Encik?" Soalnya sambil mengambil pen yang di hulurkan oleh lelaki itu.

"Saya tak tahu, yang saya tahu? Bunga ni di hantar pada Cik Aurora." Terang Nasrin.

"Hah! Ye.. Yeke?"

"Mungkin secret admire cik kut." Nasrin mengusik.

Rora terkedu, kemudian menyengih dengan kata Nasrin. Dia memandang figura Nasrin sehingga hilang daripada pandangan matanya. Dia memandang pelik bunga di tepi kakinya. Rora menunduk mengambil bakul itu lalu menghidu bau bunga segar menusuk ke dalam rongga hidungnya.

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now