Semua mata tertumpu ke arah budak baru yang berasal daripada bandar Kuala Lumpur. Budak bandar ler maksud dia! "Tapi yang peliknya budak baru tu nampak macam Nerd aje. Kedua kali peliknya dia lansung tak kenal kan nama dia siapa." Rora bermonolog sendirian sambil mengerling ke arah budak baru yang duduk selang dua buah meja di hadapannya, bersebelahan dengan Ikmal budak nakal kat dalam kelas mereka.
Rora mengelengkan kepalanya tetiba berfikir tentang budak lelaki di hadapannya itu. Dia menumpukan semula perhatiannya kepada Cikgu Muhammad yang sedang menerangkan tentang subjek Matematik tambahan. Rora cuak apabila dia seperti tidak memahami apa yang di sampaikan oleh cikgu itu. Dia melihat Melina dari sipi matanya, dia tersengih apabila Melina menguap. Dua kali lima sepuluh aje diorang berdua.
"Fizul can you answer this question?"
"Oh, Fizul rupanya nama newbies tu?" Bisik Melina, Rora hanya angguk sambil menelan liur melihat soalan yang bertulis di papan putih. Susah tu!
Fizul berdiri lalu mengambil maker pen yang di hulurkan oleh Cikgu Muhammad. Dia menolak speak mata yang berbentuk segi empat menggunakan jari telunjuknya lalu menjawab soalan. Cool aje gaya Fizul. Tanpa membuang masa, Fizul membuat jalan kerja untuk menyelesaikan soalan Add Match. Tangan kanannya ligat menulis, manakala tangan kirinya pula di gunakan untuk mengira. Setelah selesai menjawab Fizul menunduk ke arah 25 pelajar kemudian, duduk semula ke tempatnya. Rora ternganga apabila Fizul menjawab dengan tepat.
"Excellent. Give big applause for Fizul." Kata Cikgu muhammad tersenyum senang.
"Perh! boleh tahan lah otak budak baru tu, no wonder lah kaca mata dia besar." Kata Allana sambil tertawa.
Setelah masa mengajar cikgu Muhammad tamat, semua pelajar perempuan berkerumun di tempat Fizul untuk sesi perkenalan. Best tak kat KL? kau asal mana? muka kau jambu lah Fizul, cuba buka speak kau?
Rora menjelingkan matanya ke atas apabila mendengar soalan - soalan yang pelik daripada temannya. Tergejil matanya apabila Melina join sekaki untuk bersembang dengan Fizul.Terkaku Rora seketika saat Fizul memandangnya sambil tersenyum. Rora hanya memandang pelik senyuman lelaki itu. Hairan dia mengapa Fizul tersenyum manis ke arah nya. Rora membuka buku latihan di atas mejanya untuk menunjukan bahawa dia tidak berminat untuk melayan Fizul. Dah lah pakai speak mata besar? butang baju sampai atas, Entah bernafas ke tidak budak tu? Kat mana handsome dia? otak dia aje lah yang handsome.
"Rora jum pegi kantin." Sapa Mel tersenyum.
"Okey jap." Rora mengemas alat tulis nya, kemudian bekal di dalam beg di keluarkan. Hilang senyumannya apabila Fizul berada di sisi Melina.
"Jom lah, Fizul tak tahu jalan ke kantin. Sebab tu dia nak follow kita." Terang Mel seperti memahami apa yang di fikirkan oleh temannya.
Rora mencebik apabila Fizul bersandar pada mejanya sambil kedua tangannya menyeluk ke dalam poket seluar. Ceeh! gaya gentleman konon.
Fizul membuntuti langkah dua gadis di hadapannya, dia perhatikan rambut ikal milik Rora yang terhuyung hayang semasa berjalan. Entah mengapa dia suka melihat wajah gadis polos itu, lekuk pada dagunya membuat Rora kelihatan begitu comel di matanya. Seperti biasa tempat lepak mereka berdua di belakang kantin untuk menikmati angin sepoi - sepoi bahasa yang menampar halus ke pipi. Namun, malangnya kali ini mereka bertiga dan entah mengapa, kali ini seperti tiada angin yang menampar wajahnya. Seperti memahami dengan perasaan Rora yang tidak selesa dengan keberadaan Fizul di situ.
Rora menjamah bekal nasi goreng kicap dan telur mata sapi di dalam bekalnya. Dia tidak menghiraukan apa yang di bualkan oleh Mel dan Fizul. Rora terkejut apabila ada tangan sesat mencubit telur mata sapi ke dalam bekalnya. Dia menoleh kearah Fizul yang selamba badak menyuap ke dalam mulutnya sambil tersengih, sehingga menampakan baris giginya yang tersusun bersih. Boleh buat iklan Colgate!
Tiba - tiba jantung Rora berdegup, baru dia nampak ke sempurnaan wajah lelaki itu pada jarak dekat. Dengan alis kening hitam dan lebat, mata redup, hidung mancung, dan bibir kecil berwarna merah elok terletak di situ.
"Kenapa Fizul menyembunyikan wajahnya di sebalik kaca mata besar itu? ke dia malu kalau orang cakap dia muka macam perempuan. Halus wei muka dia, licin bebas dari jerawat! Rora dia kan budak skema? kena lah berimage macam tu." Getus hati Rora sambil memandang padang besar yang terbentang luas di hadapan mereka.
"Fizul. Full name kau apa?" soal Mel sambil menyedut air bandung di dalam plastik air.
"Err, Fizul je." Jawab Fizul teragak - agak.
"Hahak!! itu aje. Simple doh nama kau." Balas Mel tertawa sambil menolak tubuh Fizul. Mel memang macam tu kalau ketawa suka suki tolak orang yang berada di sisinya.
"Kau pula?" Tanya Fizul sambil memandang wajah Rora, dia terpegun melihat helaian rambut Rora yang menutup dahi akibat di tiup angin. Comel!
"Au.. Aurora Zalza." Jawab Rora dengan mata terkebil - kebil. Mengawal perasaan malu apabila Fizul memandang wajahnya.
"Nice name." Balas Fizul sambil tersenyum sehingga hilang matanya seketika. Sepet!
"Korang jangan nak berdating, dah jom masuk kelas." Ujar Mel tertawa melihat Rora menarik muka masam.
Rora sengaja melambatkan langkahnya dia tidak mahu jalan beriringan dengan Fizul. Perasaannya tidak enak dengan sifat Fizul. Lelaki itu, seperti sedang menyembunyikan sesuatu saja daripada mereka semua.
♡tqsm 4 VOTING♡
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...