Mata comelnya tidak lepas daripada memandang wajah Aurora yang sedang membuat presentation mengenai subjek Sejarah. Mulut comel Rora yang terkumat kamit semasa membentang di renung nakal. Walaupun, Rora kelihatan begitu ringkas dengan memakai getah hitam dan kekadang memakai getah sayur pada rambur ikal mayang nya. Entah mengapa? dia suka melihat wajah polos gadis itu.
"Itu saja, sesiap yang tak faham, dengan apa yang saya bentangkan sebentar tadi. Sila bagi soalan." Ujar Rora sambil tersenyum. Semenjak, naik ke tingkatan lima, mereka sering membuat pembentangan di dalam kelas. Oleh kerana, exam besar semakin hampir SPM.
Hilang seketika focusnya apabila melihat senyuman manis Rora, Fizul tersenyum kemudian mengangkat tanganya ke udara, tanda dia ingin memberi soalan. Rora cuak apabila Fizul, berdiri sambil memandangnya dengan senyuman sinis.
"Apakah yang di maksudkan dengan Tamadun Mesopotamia?" Soal Fizul serius menikam anak mata Rora.
Rora menarik nafasnya, kemudian menerangkan apa yang dia terangkan sebentar tadi kepada rakan kelasnya. Dia tidak memandang Fizul, geram dia pada lelaki itu termasuk itu, sudah tiga kali dia menerangkan tentang maksud yang Fizul soal. Fizul mengangguk berlagak tidak mengerti apa yang di bentangkan oleh Rora. Suka dia melihat gadis itu bila bercakap. Comel aje dia tengok.
"Okey, good job Aurora, rasanya semua faham kan? dengan presentations Aurora tadi?" Jerit Cikgu Liyana Lydia.
"Faham cikgu!!!!" Balas 24 murid di dalam kelas 5 gemilang.
"Ok, now. Cikgu nak kamu catit isi² penting, di dalam buku nota. Ingat tajuk ni adalah, tajuk target untuk peperiksaan SPM. So khatam tajuk² yang pernah cikgu bagi pada kamu semua. Faham class?" Tambah cikgu Liyana Lydia lagi.
"Faham cikgu." Sekali lagi suara mereka bersatu di dalam kelas.
Tanpa membuang masa, Rora membuka buku teks di hadapannya. Kemudian zip kotak pensil di buka, lalu dia mengambil pensil stabilo berwarna hitam. Untuk memulakan tugasnya.
"Kalau ada sesiapa yang tak faham? boleh tanya kawan kamu." Arah cikgu Liyana lagi.
Tanpa membuang masa, Fizul mengangkat bangkunya lalu dia melangkah dan berhenti di tepi meja Rora sambil mengukir senyuman semanis madu kepada Mel. Rora hairan melihat Mel tiba² tersenyum, dia memusingkan kepalanya alangkah terkejut dia melihat muka 3D Fizul di sisinya. Tanpa mempedulikan lelaki berkaca mata besar itu, dia meneruskan sesi perbincangannya yang terganggu bersama Melina.
"Rora." Panggil Fizul manja.
Berdiri tegak bulu roma Rora seperti sedang menyanyi lagu Negaraku. Pabila mendengar suara manja Fizul menampar halwa telinganya. Rora memandang wajah Fizul dengan muka menyampah sambil kening terangkat seperti The Rock.
"Can you guys, discus with me? Im weak in history subjects?" Tutur Fizul dengan muka seposen. Tak lima sen..
"Huh! weak lah sangat! padahal tiap kali exam? tak miss kalau result dia tak straight A, ngada sangat lah mat Nerdy ni!" Desis hati Rora menyampah.
"Yeke? kalau exam, boleh pulak skor A dalam Sejarah?" perli Rora.
"Ha'ah lah Fiz, betul cakap Rora tu." Melina menyokong kata temannya.
"Er, itu mungkin rezeki aku kut." Kata Fizul menyengih.
Panas hatinya melihat, Fizul mesra bersama Rora. Bukan itu saja Fizul duduk di samping Rora. Pergh!! bengkak hatinya melihat. Meskipun, Fizul kelihatan seperti Nerd namun, tetap kelihatan kacak. Di tambah lagi dengan kepintaraan Fizul membuat dia menaruh rasa suka pada Fizul. Nadia mengetap giginya geram melihat Fizul yang sentiasa tertawa bersama² gadis yang sangat di Anti nya di dalam kelas.
Rora memasuki tandas, dari tadi dia menahan ingin membuang air. Usai mencuci tangan pada sinki, dia mengatur langkah ke kantin untuk berjumpa Mel. Rora tidak memandang Nadia dan gengnya sedang bergosip di koridor menuju ke kantin. Terhenti langkahnya apabila namanya di seru oleh gadis itu.
"Wei! kau ingat! kau buat presnt tadi? kau hebat lah. Iya?" ujar Nadia sinis, sambil menyilangkan kedua tangannya di bawah dada.
"A..apa kau cakap ni Nad?" Soal Rora takut². Mana tak nya kalau muka Nadia pada masa itu, bagai ingin menelannya hidup².
"Kau ni! dah lah bodoh. Buat² bodoh pulak? nanti bertambah lah bodoh kau tu? Bodoh!!" Hambur Nadia dan di sokong dengan gelak tawa dari gengnya.
"Eh, nak nangis dah?" Kata Sarah tertawa melihat mata Rora yang sudah berkaca - kaca.
"Aurora Zalza? dah lah nama pelik? muka pun pelik! entah² kau ni anak askar Korea tak? lepas tu mak kau pungut." Tambah Nadia lagi.
"Anak askar Korea hahhakk!! cantik nama baru kau." Khalizah terkekeh.
Tanpa menunggu lama, dia berlari meninggalkan Nadia dan temannya yang masih jerit "askar anak Korea" kepadanya. Sedih dia tatkala di katakan anak pungut oleh Nadia. Gelaran anak askar Korea membuat dia sangat² sedih. Air matanya meerembes laju dia berlari sekuat hati, akhirnya punggungnya mencium lantai simen.
"Rora" Terkejut Fizul melihat air mata di pipi gadis itu. Baru saja dia ingin membantu Rora untuk berdiri namun, di tepis kasar tanganya. Dia memandang kosong melihat figura Rora yang pergi meninggalkan nya.
Setibanya di belakang kantin, dia menghamburkan tangisannya. Melina yang baru saja ingin makan terkejut melihat wajah sedih temannya itu.
"Rora, kenapa kau nangis?" Soal Mel memegang bahu Rora yang terhinjut².
"Aku sedih Mel, diorang Nadia cakap aku.. aku." Terang Rora dalam tangisan.
"Nadia kelas kita ke? anak makcik Ramlah?" Soal Mel, panas hatinya melihat temanya di buli.
"Apa dia cakap!" Soal Mel lagi, apabila melihat Rora sekadar angguk dan menangis.
"Dia kata aku, anak askar Korea. Yang di pungut oleh ibu." Tangisanya berlagu kembali.
"Apasal kau gelakkkk!!!" marah Rora pada Mel yang tetiba tergelak.
"Pasal diorang cakap kau, anak Askar Korea? sampai nangis camni? kalau aku bangga tau, jarang wei ada mata sepet kat kampung ni. Kau sepatutnya bangga diorang cakap tu, sama macam diorang puji dan puja kau? Yelah kan sekarang ni, anak² gadis demam dengan Kpop." Pujuk Melina tertawa sambil memeluk bahu Rora.
"Tak nak!! cantik dan Handsome Korea menipu, diorang buat bedah plastik. Aku tak suka di orang panggil aku anak Askar Korea. Aku bukan anak pungut, aku anak ibu kan Mel?" Omel Rora bermula.
"Yer, yer. Kau anak Ibu Miah. Dah lah, jangan lah sedih², Jom lah kita makan. Kau tak kesian kat aku ke? dari tadi aku lapar tau?" Mel buat memek sedih dengan bibir menjiuh.
"Lapar aje kau tahu." Marah Rora, kemudian mereka sama² tertawa sambil menjamu selera.
Tercuit hatinya melihat sifat manja Rora, gadis itu betul² buat dia merasa indah dengan apa yang dia rasakan. Dia juga menyangka Rora anak Korea, pada pertama kali dia melihat wajah Rora. Nasib baik dia tidak berkata begitu pada gadis itu, jika tidak pasti Rora sedih seperti tadi. Dia mendengar semua perbualan Rora, Fizul berlalu pergi dari tepi dinding kantin selepas melihat Rora tertawa dan tangisannya juga sudah reda.
Note: sorry 4 the #BahasaKasar.
♡TQSM 4 VOTINGS♡
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Ngẫu nhiên☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...