Aulia Zalza, sibuk dengan kerja barunya di Restoran, Walaupun, masih dalam 31 hari dia berpantang. Dia harus menyara hidupnya yang kini hanya sendirian. Berkerja sebagai tukang cuci piring di restoran itulah sumber rezeki kepadanya. Air matanya sudah kering untuk menangisi keperitan hidup yang dia lalui. Rindu yang mengunug kepada anaknya membuat dia kadang - kadang ingin menyerah kalah dengan ujian tuhan kepadanya.
Mungkin ada hikmah di sebaliknya, ya itu yang Aulia harapkan. Jam pada dinding di kerling sudah masuk pukul enam petang. Dia harus berkerja lebih masa untuk menambahkan pendatapan nya. Walaupun tidak sampai beribu gaji di situ, dia bersyukur kerana masih dapat menyara hidupnya. Kesemua pingan mangkuk sudah selesai di basuh. Aulia berdiri untuk menghilangkan rasa lenguh di seluruh tubuhnya. Pingangnya dan kakinya bagai ingin tercabut akibat terlalu banyak berdiri.
"Lia. Nah gaji awak?" ujar Hamidah selaku boss Restaurant sambil menghulurkan RM 300 kepada Aulia.
"Terima kasih. Boss." Aulia menyambut duit gaji pertamanya.
Aulia pulang ke rumah sewanya dengan berjalan kaki, mujur restoran itu tidak jauh daripada rumah nya. Hanya memakan masa lebih kurang 2O minit sahaja untuk sampai ke rumah. Lebihan makanan yang di beri Arif tukang masa di Restoran Wastern Food, di bawa pulang ke rumah. Dapat lah dia berjimat dengan gajinya dan tidak perlu masak untuk makan malam.
Dari kejahuan dia melihat, Mei Ling sedang membuang barang - barangnya keluar daripada rumah sewa. Hatinya berdebar mungkin Mei Ling marah kerana dia lewat membayar sewa rumah. Dengan perasaan bimbang dia menghampiri Mei Ling.
"Err, Mei. Kenapa dengan barang - barang saya?" Soal Aulia, sedih dia melihat baju - baju yang bertaburan di atas lantai.
"Lu tanya kenapa! sudah dua bulan lu tak bayar sewa! lagi mau tanya saya kenapa?" Suara Mei Ling meninggi.
"Saya mau, lu keluar dari sini. Besok pagi ada orang mau sewa ini bilik." Tambah Mei Ling lagi.
"Ya Allah, saya mintak maaf, tolong jangan halau saya. Saya bayar separuh dulu hutang saya pada awak." Ujar Aulia sebak sambil menghulurkan RM 2OO kepada Mei Ling.
"Hutang lu empat ratus Aulia. Bagi lebih lagi kalau tidak lu keluar." Katanya dengan wajah menyinga.
"Mei, tolong kesian kat saya, duit saya ada tiga ratus aje sekarang ni." Aulia merayu kepada Mei.
"Kalau itu macam, keluar! hutang lu yang seratus, takpa itu saya sedekah." Ujar Mei sambil merampas duit di tangan Aulia.
"Mei, boleh tak kalau saya keluar esok pagi? dah malam ni Mei, mana saya nak tido." Aulia meminta simpati Mei. Tubir matanya sudah di penuhi dengan air mata.
"Haiyah! itu bukan masalah saya! lu punya tau lah, mau tido mana." Mei berlalu pergi meninggalkan Aulia yang sudah menangis.
Aulia mengutip baju dan barang - barangnya lalu di isi kedalam beg besar berwarna hitam. Pecah tangisanya apabila melihat baju Aurora, sudah basah lencun di dalam longkang. Aulia melulut di atas lantai sambil menangis teresak - esak. Sedih sekali tiada seorang pun yang membantu nya. Di mana dia ingin tidur? pasti banyak manusia jahat di luar sana?
Aulia meneruskan perjalanannya, dia singgah sebentar di tepi kedai untuk mengisi perut. Plastik makanan yang berisi mee goreng ayam di buka. Dia menadah tangan berdoa kepada Allah agar di berkati setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam perutnya. Mulutnya terketar - ketar, dia makan sambil menangis. Jika, Aurora ada pasti sudah kesejukan dengan cuaca malam. Air matanya tumpah lagi. Besar sangat ujian Allah kepadanya.
Usai makan dia meneruskan perjalanan untuk mencari tempat yang boleh dia melelapkan mata. Ingin menyewa bilik, namun duit gajinya sudah habis di ambil Mei Ling. Dari kejahuan dia melihat rumah Allah yang tersegam indah. Aulia melajukan langkahnya ke arah masjid, dia membetulkan tudung Syiria yang tersarung di kepalanya. Aulia menarik nafas lega, akhirnya dia dapat tempat yang selamat untuk tidur.
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...