11: Comel ^^

461 16 0
                                    

Lonceng berbunyi menandakan waktu sekolah sudah berakhir. Dia memasukan stationery yang berada di atas mejanya ke dalam box pencil kain bercorak pelangi. Buku kerja serta buku teks di masukan ke dalam beg sandang berwarna biru jenama Adidas ciplak a.k.a tiruan. Dia tidak mampu untuk membeli beg adidas yang Ori.

Dia menongkat dagu sambil memandang Melina yang masih berkemas. Mata sepetnya di alih kehadapan untuk melihat Fizul, cepat² dia melarikan pandangan apabila Fizul turut memandangnya sambil tersenyum manis. Dia turut berdiri apabila Melina berdiri dan menuju ke arah Fizul yang masih duduk di bangku.

"Bro, amacam? jadi tak?" Melina menapar bahu Fizul.

"Sapa² je yang pegi?" Fizul menyoal Mel, namun matanya memandang Rora, comel aje dia tengok bila rambut Rora terhurai. Kesian dia pada melihat gadis naif itu, bila mendengar gossip daripada rakan Nadia. Bahawa getah rambut Rora terputus, Maklom lah getah sayur tak berkualiti memang lah cepat terputus.

"Kita bertiga je, kenapa kau ada ajak kawan kau ke?" Soal Mel lagi.

"No, ok lah, pukul 2 petang, kita jumpa kat taman." Arah Fizul lalu melangkah keluar kelas.

"Ok bro."

Dia memerhati Rora dari dalam kereta Audi putih gading miliknya. Suka dia melihat Rora ketawa bila ketawa mata dia mengecil. Terkejut Fizul melihat Rora berbonceng basikal bersama² Mel. Dia menghidupkan engine kereta ingin mengekori dua gadis itu. Tersenyum Fizul melihat Rora yang sedang mendepakan tangan kirinya ke udara. Rambut ikal Rora berterbangan membuat Fizul terpikat melihat gadis comel itu.

Fizul berhenti di bahu jalan, memerhati Rora yang sedang turun dari basikal dan melangkah ke arah rumahnya. Hatinya terusik apabila melihat rumah sederhana besar milik gadis itu, yang sudah reput dindingnya di gigit oleh anai². Terbit rasa kasihan Fizul melihat kehidupan Aurora Zalza. Dia memandang figura Rora sehingga hilang di sebalik pintu kayu. Kereta di pandu laju menuju ke kedai untuk membeli sesuatu.

Fizul menyilangkan tangan ke dadanya sambil melihat, pelbagai koleksi tie hair yang tergantung kemas pada cangkuk besi. Dia membelek - belek ikat rambut berwarna pink yang bercorak bunga² kecil berwarna hitam. Dia mengeleng tidak berkenan dengan ikat rambut itu. Matanya terancap pada satu tie hair yang berbentuk love dan bertulis "my girl" di atas bentuk hati itu. Tangan nya pantas mengambil tie hair yang berwarna hitam pada ikatannya, dan bentuk love nya pula berwarna merah.
Usai membuat pembayaran, Fizul menilik jam di pergelangan tangannya. Terkocoh² dia masuk ke dalam perut kereta apabila jam sudah menginjak pada pukul 1.45.

Aurora Zalza, mengenakan baju tshirt hitam dan seluar track berwarna biru tua di sarung ke tubuhnya. Bungkusan tuala pada rambutnya di buka, dan di sikat menghadap kipas untuk mengeringkan rambut. Dia menyelongkar laci di dapur, mencari getah sayur untuk mengikat rambut ikalnya. Dia mengeluh, hampa bila tidak menemui apa yang di inginkan.

"Ibu, Rora pegi dulu." Rora mencium tangan ibunya.

"Hati² nak, balik sebelum maghrib tau." Arah Puan Salmiah sambil mengusap lembut rambut basah Rora.

Seperti biasa dia akan menumpang basikal Melina, mujur taman tidak jauh daripada rumah mereka. Hanya memakan masa 40 minit bagi mereka yang menaiki basikal. Dari kejahuan Rora melihat Fizul sedang bersandar pada skuter berwarna merah di tepi pondok. Mukanya memerah baju Fizul sama rona warna dengan bajunya. Macam berjanji pulak!

Rora mengambil tempat di sisi Mel, tanpa memandang wajah Fizul. Mereka memulakan sesi study group pada petang itu, Rora melihat sekelilingnya ramai orang yang sedang berjoging. Dia tersenyum melihat sekumpulan kanak² lelaki dan perempuan sedang bermain cicit. Tanpa menyedari Fizul sedang memandang nya.

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now