⏰Kringgg!!! Kriing!!!! Krrring!!!⏰
Membulat besar mata sepetnya, pabila mendengar jeritan jam loncengnya. Sudah pasti pukul 7.OO pagi? Kerana dia sendiri yang telah mengunci jam itu untuk bangun dan bersiap. Dengan pantas dia mengambil jam lonceng di sisi meja yang terletak berdekatan dengan lampu meja lalu, di matikan bunyi yang membingitkan telinganya👂.
Rora mengeliat sambil menguap mulutnya ternganga besar. Dia masih bermalas malasan di atas katil bujangnya. Semalaman dia sukar untuk melelapkan mata bila teringat akan tempat pengajian yang di daftarkan oleh Dato Zaa untuknya. Perasaan nervouse dan excited menyerbu masuk ke dalam dirinya. Dia gembira dapat menyambung pengajiannya kembali, tetapi?? Dia bimbang jika dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan tempat dia menimba ilmu nanti. Huh!! Rora mengeluh.
"Rora. Wake up. Nanti lambat masuk class."
Dengan malas dia bangkit dari katil lalu, menguak pintu biliknya. Rora menghadiahkan senyuman pada ibunya sambil memisat² matanya. Mengantuk!!
"Lah! Tak siap lagi? Go to shower Aurora Zalza. Hurry up!" Arah Dato Zaa tegas. Dia tidak suka membuang masa baginya masa itu adalah emas.
"Fine.😩" jawab Rora malas.
Dia mengambil tuala yang tersidai di ampaian baju lalu, melangkah ke bilik air. Dia duduk termenung sisi di tab mandi untuk menghilangkan rasa mamai. Kemudian, dia membuka paip dan mengisi air ke tab mandi sehingga penuh seperti yang di ajar oleh Dato Zaa padanya. Rora berendam selama 1O minit di dalam buih susu kambing yang berkepul² 🛀.
Usai bersiap dia menyikat rambut ikalnya di hadapan cermin. Selepas menempek bedak pada wajahnya, Rora mencalitkan pelembab bibir berwarna pink ke bibirnya. Dia mengambil beg sandang yang berisi stationary yang sudah di lengkapkan oleh ibunya.
"Faster Aurora Zalza."
Terhinjut kedua bahu Rora mendengar suara ibunya daripada alat canggih yang terlekat kemas pada dinding bilik tidurnya. Dia menyapu dadanya yang berdebar kerana terkejut lalu, menekan butang untuk membalas kata ibunya.
"Yes ibu. Dah siap dah." Jawab Rora ketawa kecil, seronok pula benda itu macam walker talkie.
Dia menekan butang yang bersimbol "closed" pada tepi pintu lif. Aurora mengelamun sambil menghentak - hentak hujung kakinya yang tersarung dengan selipar tidur Mickey mouse sementara menunggu pintu lif terbuka.
"Morning bu,😙" sapa Rora lalu, mencium pipi kiri Dato Zaa.
"Sayang, ingat yer pesan ibu? Ikut aje apa yang P.A ibu, ajar haritu."
"Baik bu." Faham sangat dengan ibunya itu, tidak suka di gosipkan dengan cerita yang bukan².
Usai bersarapan Rora menyarungkan kasut yang tidak terlalu tinggi ke kakinya👡. Dan melangkah ke dalam perut kereta lalu, mengambil tempat di sisi ibunya. Berdebar pula, hatinya tatkala kereta sudah bergerak dan ingin menuju ke tempat pengajian nya.
"Istighfar." Kata Dato Zaa, seperti faham dengan perasaan gemuruh yang dialami oleh Rora.
Dia mengangguk sambil tersenyum pada ibunya. Dari kejahuan kelihatan dengan jelas bangunan tinggi terpacak di hadapannya. Elite Universities Rora membaca nama tempat pengajiannya. Dia melihat ke arah pelajar² yang baru tiba? Kelihatan seperti semuanya anak² orang kaya. Tiada seorang pun yang tidak di hantar oleh driver mereka.
"Dah pegi cepat. Focus on you study yer sayang." Dato Zaa mencium pipi Rora yang sedang mencium tangannya.
"Ha'ah. Ibu hati² keja tau. Jangan lupa makan. Ibu tu workholic sangat." Dia tertawa bila Dato Zaa ingin mencubitnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...
