56: Tolong.

523 16 0
                                    

"Hello bu. Assalamualaikum,"

"Waalaikumsalam, ada apa call ibu sayang?"

"Class Rora, half day bu. Emm.. Rora lepak kat rumah Fany ye bu. Boleh tak?"

"Yela, jaga diri tau. Jangan nakal²."

"Hee.. ok bu. Take care tu. Muaaaaah!."

"Muahh jugak."

Dia segera menamatkan talian selepas meminta kebenaran daripada ibunya. Fany tinggal di kondo berhampiran dengan tempat pengajian mereka. Di sebabkan keluarga Fany sibuk dengan urusan kerja dan rumah Fany jauh dari Universiti, keluarga Fany memberinya sebuah kondo mewah dan seorang maid untuknya.

Rora merebahkan tubuh nya di atas sofa yang berada di ruang tamu besar Fany. Tinggal setengah tahun saja lagi dia akan grad. Kelas taekwondo pula, dia jarangkan untuk pergi kerana, dia sudah mendapat tali pinggang hitam daripada Vivian. Sudah tiba masanya untuk dia membalas dendam. Janjinya kepada kakak angkat nya akan dia tunaikan.

"Girls. I need your helps." Kata Rora seraya duduk bersila di atas sofa.

"Kau nak kita orang, tolong apa?" Soal Gia.

Rora mengetap bibirnya, berat rasanya untuk menceritakan peristiwa hitam yang berlaku pada dirinya dahulu. Dia menarik nafas sebelum menjawab pertanyaan rakannya yang sedang memandang nya untuk menagih jawapan.

"Teman aku pegi Ladies nite." Kata Rora dengan suara sedikit perlahan, risau di dengari oleh maid Fany.

"Hah! Ka..kau nak buat apa, tu kan tempat maksiat." Tanya Jojo terperanjat.

"Wei. Kau jangan Rora. Sebelum ni Aku penah masuk club je, tapi kalau rumah pelacuran ni belum pernah." Fany turut terkejut.

Perkataan rumah pelacuran yang Fany sebutkan itu, membuat dia berasa sensitif. Air matanya mencucuk² di tubir mata bila teringat akan kehidupannya semasa berada di sana.

"Rora. Why you crying." Ad pantas berdiri lalu memeluk bahu Rora.

"Actually. Aku dah janji dengan kakak aku kat sana? Aku nak bawak diorang keluar dari sarang maksiat tu. Sebenarnya aku.. aku. It's hard to explain." Rora menekup wajahnya sambil menangis.

"Stop crying dear. Tell us, if kita orang boleh tolong. Kita orang akan tolong." Pujuk Fany lembut.

"Sorry girls. Cerita ni hanya Mel dan ibu je yang tahu. Aku bukan tak nak share? Aku malu kat korang. Kalau aku cerita mesti korang cop aku pompuan liar." Terang Rora teresak.

"No². Jangan fikir yang bukan². Kita orang tak macam tu. Dah berapa tahun kita kawan Rora. Better you tell us." kasihan Gia melihat teman nya itu.

Rora menarik nafasnya seraya mengesat air mata yang bercucuran laju ke pipinya. Kalau lah Mel ada, tak perlu dia mengingati perkara terkutuk itu lagi. Apa kan daya Mel tidak sama tempat belajar dengan nya. Dengan berat hati Rora membuka mulut dan menceritakan dari mula dia ke KL hingga lah dia bertemu dengan ibu kandung nya. Dia menangis semahu²nya bila bab puan Salmiah yang sudah meninggal menjadi perbualan mereka. Ternyata rakan² nya sangat terkejut dengan yang cerita Rora sampaikan.

"Sabar Rora sabar. Kalau aku jumpa si Zulkarnain tu. Eei!! Geram nya aku." Ujar Jojo sambil menumbuk² sofa.

"You such are strong girl Rora. Kalau aku mungkin dah bunuh diri kat tempat setan tu." Ad kagum dengan ketabahan gadis itu.

"Sebab tu aku sampai masuk kelas taekwondo. Demi untuk membalas dendam dengan diorang. Girls I really need your helps." Rayu Rora.

"But. Ibu kau bagi ke kau keluar malam?" Soal Fany.

Rora mengangguk. Pandai lah dia cari alasan pada Dato Zaa. Pada petang itu, mereka keluar membeli baju serta barang keperluan untuk digunakan semasa ingin menjalankan misi. Semua rancangan sudah di atur, bertambah mudah rancangannya pabila mengetahui abang Ad seorang anggota Polis. Segalanya sudah di rancang dan akan terjawab pada malam nanti.

Rora memakai baju blause bercorak kulit ular paras paha, Serta legging coklat di sarung ke tubuhnya. Selepas memakai rambut palsu paras bahu, dia mencalitkan gincu merah pada bibirnya. Garisan matanya dilukis dengan eyebrow berwarna hitam untuk kelihatan garang. Rakan²nya juga turut memakai rambut palsu dan baju yang memudahkan pergerakan mereka untuk bertarung nanti.

Usai bersiap mereka menuju ke kereta alphard hitam pekat milik Fany. Mujur Dato Zaa percaya dia kerumah teman untuk menghadiri majlis harijadi. Rancangan itu sudah pasti mengadai nyawa nya namun, dia kuatkan hati juga untuk pergi ke club Ladies nite. Selagi dendam belum terbalas selagi itu hatinya tidak tenang. Rora semakin berdebar bila bangunan club itu sudah kelihatan.

"Ingat macam yang kita plan ok. Benda ni alat komunikasi kita semua. Ad stand by call abang kau nanti ok." Arah Rora sambil mengagihkan handsfree kepada wonder girls nya.

Rora menarik nafas untuk menenangkan rasa gemuruh di hatinya. Seperti yang di rancangan, dia dan wonder girls terlebih dahulu masuk. Dentuman muzik RNB yang kuat membuat telinganya bingit. Anak mata Rora yang dilindungi dengan kaca mata coklat, meliar di dalam club itu, setelah menemui figura Dewi yang sedang menari bersama seorang lelaki dengan pantas dia melangkah kearah Dewi.

"Hei! Lepasin." Bentak Dewi bila lengannya dicengkam oleh Rora dan menuju ke tempat yang sedikit tersembunyi.

"Kakak. Ni saya." Rora membuka kaca mata, kemudian memakainya semula.

"Ya ampun. Rora!" Jerit Dewi lalu, memeluk Rora.

Selepas Dewi memberitahunya Vee telah meninggal dunia akibat dihentam Croco. Membuat darah Rora mendidih! Hasratnya ingin menyelamatkan Vee tidak tercapai. Airmata Rora tumpah lagi. Jari telunjuknya menekan handsfree yang dipakai untuk berhubung dengan wonder girlsnya. Dia mengarahkan Ad dan yang lain untuk membawa keluar Dewi serta yang lain².

Dari kejahuan Rora melihat Croco sedang bersembang dengan Tiffa, mungkin Tiffa yang menggantikan tempat Vee.. apabila Tiffa sudah mengangkat punggung. Dengan beraninya Rora duduk di sebelah Croco, dia ingin menggoda lelaki itu.

"Hai. You siapa banyak cantik oh." Tangan Croco merayap di paha Rora.

"Hai. I nak enjoy this night, dengan you boleh kan?" Jari Rora bermain² di dada Croro.

Dia tersenyum sinis bila melihat lelaki itu seperti sedang menahan gelodak nafsunya. Cahaya malap di dalam club buat Croco tidak dapat melihat dengan jelas wajah Rora. Dengan rambut palsu pendek itu buat wajah Rora kelihatan berbeza. Rora cuak bila Crora membawanya masuk kedalam bilik besar dan teratur daripada bilik yang pernah dia huni dahulu. Mungkin itu bilik Croco bila dia terlihat gambar Croco terpampang di dinding? Sah itu bilik Croco. Good! Kau akan mati kat dalam bilik kau sendiri.

Rora menahan tangan Croco yang ingin memeluk tubuhnya. Dia harus menjinakkan buaya tembaga ini agar rancangannya tidak gagal. Hampir saja rambut palsunya tertanggal bila Croco membelai rambutnya dan ingin mencumbui wajah Rora.

"Hei. Rileks. Before we start the game. I want show something to you." Ujar Rora sambil membuka tali leher lelaki itu. Dia mendudukan Croco lalu, mengikat tangan lelaki itu.

"You naughty hah!" Croco ketawa bila Rora membuka tali pingang dan mengikat kaki nya dia atas bangku kayu.

Dia tersenyum senget bila lelaki itu tidak membantah dengan apa yang dia lakukan. Sepertinya Croco sudah mabuk dengan minuman yang terus menerus dia suakan semasa di luar tadi. Dia mendekati suis lampu dan menekan butang on. Bilik yang tadi malap dengan lampu meja menjadi terang benderang.





♡Tysm 4 voting♡

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now