HUJUNG MINGGU itu, Dato Aulia Zalza a.k.a Dato Zaa, menghabiskan masa di rumah dengan mengubah bunga di halaman rumahnya. Hobi menanam bunga sangat di gemarinya, sejak dari kampung lagi dia suka pada bunga, hingga lah dia berkerja sambilan di kedai bunga semasa berlajar di Korea.
Dia tersenyum puas dengan aktiviti gubahan bunga nya yang tersusun cantik di halaman banglo. Dia mengesat keringat di dahi menggunakan hujung tudung bawalnya. Liyana maid nya sudah membetulkan tulang temulangnya akibat letih menggembur tanah di setiap pasu.
Dia mengerling ke arah, Fatimah dan Azilah yang sedang membersihkan swimming pool. Pak Abu tukang kebunnya pula, sedang memotong rumput di sekitar kawasan banglo nya. Dia berasa senang hati dengan pekerja² nya, yang tidak pernah menghampakan setiap apa yang mereka lakukan.
" Puan Zaa , " sapa Fatin sopan sambil menghulurkan segelas, Ribenna pada Dato Zaa.
" Thank you. Fatin." Dato Zaa tersenyum.
Dia meneguk air Ribenna dengan rakus, lega rasanya pabila rasa sejuk mengalir laju ke dalam kerongkong nya. Dia mengangkat punggung dari buaian besi lalu, mengatur langkah ke dapur untuk membasuh gelas yang dia gunakan. Dia sudah terbiasa melakukan kerja rumah atas didikan arwah ibunya dahulu. Walaupun, dia majikan di rumah besar itu, dia tidak ingin di manjakan oleh orang gaji.
" Eh, puan . Bak sini biar Nita aje yang buat." Nita mengambil gelas kaca dari tangan Dato Zaa.
" Takpe Nita. Sebiji gelas je pun." Dato Zaa tersenyum sambil mengambil gelas itu semula.
Nita mengeluh, namun dia berasa senang dengan sifat baik hati majikannya. Dato Zaa tidak pernah sekali meninggikan suara mahupun melayan kasar meski pun meraka hanya pembantu. Mungkin sudah pupus sifat majikan seperti itu pada Zaman sekarang.
" Nita. Malam nanti masak banyak sikit tau? sebab kawan Zaa nak datang, Nita tolong bagi tahu Fatin dan yang lain ye." Arah Dato Zaa lembut.
" Boleh, tapi puan Zaa, nak menu apa untuk malam ni?" soal Nita sopan.
" Erm,, Masakan Korea. Ni bahan² dia, saya dah senaraikan. Then bagi kat Faty dan Zila ye, suruh mereka cari bahan² kat dalam kertas ni. Nanti saya call Hussin untuk hantar diorang." Terang Dato Zaa sambil menghulurkan sehelai kertas putih.
" Baik puan. Err,, tapi puan Zaa?" Nita cuak dengan menu di inginkan oleh majikannya. Meski pun dia tukang masak yang hebat namun, dia tidak tahu bagaimana untuk menyediakan hidangan kaum Korea.
" Kenapa ? Nita ada masalah ?"
" Mintak maaf puan Zaa, saya tak tahu menahu dengan masakan orang Korea ni ." Kata Nita teragak².
" Oh, takpe Nita jangan risau. Nanti saya sendiri yang masak, korang bantu apa yang patut ok." Terang Dato Zaa sambil tertawa.
" Baik puan." Nita tersengih.
Nita menghembus nafas lega, dia memerhati langkah Dato Zaa yang sedang menaiki tangga menuju ke biliknya. Nita mengatur langkah ke luar rumah untuk memaklumkan pada sahabatnya yang lain tentang arahan Dato Zaa sebentar tadi.
Dia merebahkan tubuhnya di atas sofa berwarna putih jenama Lorenzo yang berada di dalam bilik seluas padang tenis itu. Dia memandang kosong siling putih, air matanya mengalir dari tubir mata pabila terkenang akan anaknya yang bertahun lama terpisah dengannya. Di mana Aurora Zalza berada ? Adakah dia bahagia dengan keluarga angkatnya ? Sihat ke Aurora di sana?? tiga perkara itu sering berlegar² di dalam ruang fikirannya.
Dia melangkah ke arah bilik pakaian. Pintu closet di kuak lalu, dia mengambil kotak sederhana besar di dalam closet. Setiap kali dia berasa rindu? Dato Zaa akan membuka kotak yang terkandung barangan Aurora semasa bayi. Dia mengambil baju bayi lalu di cium lama, masih terasa lagi bau badan Aurora Zalza pada baju itu. Air matanya semakin lebat mengalir.
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...