"Huargghhh!!! "
mulutnya terbuka luas bagai dua buah tembikai boleh di sumbat masuk ke dalam mulutnya yang sedang menguap. Dia mengeliat di atas katil, matanya di kebil² memandang zink yang sudah buruk untuk menghilangkan rasa mamai. Rora merapikan rambutnya yang serabai, dan mengemas bilik.
Tanpa membasuh muka, dia melakukan rutin hariannya dengan mengemas rumah. Segala debu² di atas para dan pada penjuru tingkap di bersihkan. Dia menyapu seluruh ruang yang berada di rumah. Mujur rumah kayu itu kecil jika tidak patah tulangnya, hari² melakukan benda yang sama di rumah itu. Dia mengatur langkah ke arah dapur pula, untuk sesi kemas mengemas. Pingan mangkuk dan gelas di susun ke dalam bakul besi. Kemudia penyapu lidi di ambil untuk menyapu ruang dapur. Rora mengambil air suam lalu di teguk rakus.
Peluh memercik di dahi di seka menggunakan belakang tangan kanannya. Ruang tamu check, ruang dapur check, dan kini kerja membersih nya berahli ke bilik air. Setelah memakai kemban paras lutut, dia menyental mangkuk tandas sehingga licin. Sabun Kuat Harimau di tabur di atas simen berwarna kelabu, dan gosok menggunakan berus dawai sehingga berkilat. Rora membetulkan tulang temulangnya, sehingga mengeluarkan bunyi krekkk !! krekkk !!. Huh lega!!
Tanpa membuang masa, Rora mecapai gayung di dalam basin. Proses memanjakan dirinya bermula, shampoo jenama rejoice di letakan di telapak tangan lalu di ramas lembut ke kepalanya. Sabun buku jenama may di gosok di seluruh badannya. Usai memberus gigi, dia menyirami seluruh tubuhnya sehingga buih² daripada sabun dan shampoo hilang. Rora mengambil tuala hijau lalu di balut ke kepalanya untuk mengeringkan rambut. Kain batik pula, di sarung ke tubuh untuk menutup tubuh lansing nya.
Usai bersiap dia mengoreng nasi yang di campurkan dengan belacan. Setelah selesai memindahkan nasi ke dalam piring, Rora memecahkan dua biji telur ke dalam mangkuk. Bawang merah yang sudah di hiris halus, garam, lada putih dan ajinamoto di masukan ke dalam telur lalu di masak dadar.
Rora mengambil mug bertulis enjoy your drink , Nescafe classic dan gula di masukkan ke dalam mug sederhana besar itu."Erkkk!! alhamdullilah." Rora mengangkat piring dan gelas ke dalam sinki.
Usai bersarapan dia menghidupkan radio usang di ruang tamu, Rora mengambil buku remaja yang Melina beri pinjam padanya, Baru masuk muka surat yang kedua matanya sudah memberat. Rora menutup buku itu, lalu berdiri di hadapan jendela. Untuk menghilangkan rasa kantuk.
"Bosannya..." Kata Rora sambil menongkat dagu.
"Nak pegi rumah Mel? tapi Mel belum balik dari Kedah. Nak kerja? ibu tak bagi ! nak jalan kat kampung ni? tapi takde teman. Nak nonton? tv hangkang. Ermm... bosannya?? apa lah aku nak buat kat rumah ni , sorang² ." Tutur Rora sendirian, jika ada orang melihatnya pasti mereka mencop Rora tidak siuman.
Jam di dinding di kerling baru pukul 11 . 34 pagi, dia melangkah ke dalam bilik untuk mengambil getah rambut. Tiba² Rora teringat Fizul dan permintaan nya. Nak pegi ke tak? kat rumah ni takde roti dan sardin? ish tak payah lah, susahkan diri aku je? tapi ? kalau dia kempunan, nak rasa sandwich goreng aku macam mana? dah lah sandwich goreng aku sedap. Perasaan!!
"Assalamualaikum, Rora. ibu dah balik ni." Puan Salmiah ketuk pintu.
"Waalaikumsalam, ya bu. Jap.." Rora keluara daripada bilik dan membuka pintu.
"Ibu nak makan ke nak rehat dulu?" soalannya yang sama setiap hari di ajukan pada ibunya.
"Ibu nak mandi dulu, panas sangat matahari sekarang ni." Puan Salmiah membuka tudung nya.
"Ok bu, Rora hidangkan ibu makanan dulu eh?" Rora melangkah ke dapur.
Dia memandang wajah puan Salmiah yang sedang makan, dia ingin memberi tahu ibunya tentang permintaan Fizul. Namun, dia tidak berani . Rora mengaru kepalanya bingung untuk memulakan ayat apa yang sesuai memberi tahu puan Salmiah.
"Kenapa?" soal puan Salmiah.
"Err.. ibu.. err. macam ni? Fi.. Fizul.."
"Kenapa dengan Fizul?" Puan Salmiah potong cakap Rora.
" Hari tu, Fizul minta Rora.. buatkan dia sandwich goreng bu.."
" Jadi kenapa? tak buat?"
" Roti takde sardin pun." Kata Rora takut².
" Pegi ambil kat poket seluar ibu 10 ringgit, kamu pegi beli roti dan sardin." Arah puan Salmiah.
" Be..betul ni? ibu tak marah?" soal Rora bingung.
" Orang minta tolong kita kena tolong balik, lagi pun Fizul dah banyak bantu Rora kan? tu Matematik tambahan kamu dapat A- , biasanya kamu dapat B aje kan? " Puan Salmiah sangat menghargai jasa baik Fizul, dia tahu anaknya lemah dalam subjek itu.
" Hehh! ha'ah " Rora sengih..
"Tunggu apa lagi? pegi lah beli Rora oi."
Sempat Rora mengerling jam di dinding sudah pukul 1 . 15 petang, sebelum dia pergi ke kedai. Rambutnya terhuyung hayang akibat berlari menuju ke kedai Runcit. Dia terkocoh² masuk ke dalam kedai wak Jabek untuk membeli roti paun dan sardin.
"Wak roti paun takde ke?" soal Rora pabila melihat bakul berisi roti tiada satu pun roti paun di dalam bakul itu.
"Belum sampai lagi, roti tu je ada." Terang orang tua itu.
Rora mengeluh kasar, selepas membayar sardin dia berlari lagi menuju ke kedai runcit yang lain. Dia tersenyum senang pabila ada roti paun di kedai runcit pelangi ENT . Rora memeluk beg plastik yang berisi roti paun dan sardin. Dia menyambung lariannya menuju ke rumah, dia semakin cuak pabila jam di kedai tadi sudah masuk 1.35, sempat ke ! mana nak tumis Sardin? nak potong roti ni lagi ? mana nak celup dalam tepung? nak goreng nya lagi ? arghh!!! Rora melajukan lariannnya.
"Ya Allah budak ni! tak reti nak bagi salam ke!" terkejut puan Salmiah, bila melihat Rora berlari masuk ke dalam rumah.
"As.. assalamualaikum." Laung Rora tercungap² dari arah dapur.
Puan Salmiah mengeleng dengan sifat suka mengelabah anak dara nya itu. Tanpa membuang masa Rora membuka tin ikan Sardin, selepas menumbuk bawang dan lada dia menumis bawang terlebih dahulu, kemudian memasukan ikan sardin. Sos tomato di masukkan ke dalam Sardin dan di tambah kan dengan perasa. Dia menghancurkan isi ikan sardin seperti jem laludi sapu ke atas permukaan roti paun. Rora membahagi dua Roti paun lalu di celup ke dalam tepung yang sudah selesai di adun. Lalu di goreng kedalam minyak yang sudah panas.
Rora mengambil bekal dan mengisi 15 biji Sandwich goreng yang sudah selesai di goreng. Dia mencuci tangannya, lalu mengisi bekal tersebut ke dalam beg plastik. Rora terkocoh² melangkah keluar daripada dapur, selepas menilik dirinya yang serabai dia mencapai payung berwarna kuning lalu ke luar daripada bilik. " Hah!! 1. 59 !!! alamak sempat ke ni?" Jerit hati Rora.
"Ibu, Rora bagi sandwich goreng Fizul dulu eh ."
" Nak bagi kat mana? suruh lah dia datang sini?"
"Nak suruh datang macam mana bu? Rora tak tahu nombor talifon dia"
"Lah, habis tu?"
"Err, dia janji tunggu Rora kat taman hujung tu."
" Hm . Yela . Hati² lepas bagi Fizul, terus balik rumah . Ibu tak nak orang kampung ni mengata kamu nanti. " Pesan puan Salmiah sambil menganyam baju.
" Ya bu, assalamualaikum.."
" Waalaikumsalam .."
Dengan pantas Rora memasang selipar jepun dan memulakan acara larian marathon nya semula. Sempat atau tidak pegi je, yang penting aku datang. Jumpa atau tidak? takpe, yang penting aku tunaikan untuk berjumpa di taman..
Later, lg eh..
penat dah jari ni, typing :)♡TQSM 4 VOTING♡
![](https://img.wattpad.com/cover/65451786-288-k568212.jpg)
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
De Todo☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...