23: Curiga.

381 12 0
                                    

DIA , mengupas kulit pisang yang sudah masak untuk di jadikan pisang goreng. Rora mengisar kacang tanah yang sudah di goreng lalu di simpan ke dalam mangkuk. Dia melihat ibunya yang sedang menumis bawang serta bahan² yang lain, untuk membuat sambal kacang.

"Rora, pegi buat air panas. Dah nak siap ibu masak ni."

Tanpa bantahan Rora mengambil jug lalu, memasukan uncang teh serta gula ke dalam jug. Dia mengacau air teh untuk melarutkan gula di dalam air panas. Dia menyusun tiga biji cawan ke dalam talam dan di bawa ke ruang tamu. Dia berasa sebak melihat Nain yang sedang menyusun barang ke dalam beg pakaiannya. Sebentar lagi Nain akan pulang ke KL untuk berkerja. Pasti dia akan berasa sunyi nanti.

"Abang minum lah dulu, meh Rora yang tolong kemaskan."  Rora menawarkan diri.

" Thanks," Nain tersenyum.

" Nah, makan pisang goreng ni," puan Salmiah menghulurkan sepinggan pisang goreng.

Rora meneruskan kerja mengemasnya, selepas mengemas baju Nain ke dalam beg sandang nya. Dia mengambil minyak wangi , deodorant dan dompet Nain untuk di masukan kedalam beg. Tiba² kad pengenalan abangnya terjatuh, dia mengambil my kad yang terbalik di atas lantai. Rora tertawa melihat gambar serius Nain di dalam IC.

Mohammad Zulkarnain Bin Abdul Jamal.  Hilang serta merta tawanya pabila membaca nama penuh Nain. Kening Rora berkerut, cuba mengingati nama lelaki yang pernah puan Salmiah sebut sewaktu bercerita mengenai kisah silam nya. Kenapa bin abang beza dengan aku?

"Dah siap kemas ke?"

Tersentak Rora mendengar suara garau Nain di sisinya, Rora angguk dan tersenyum lemah. Rasa curiga mula menyerbu di dalam dirinya. Dia memandang puan Salmiah dan Nain silih berganti ingin saja dia bertanya namun, suaranya seperti tersekat di dalam kerongkong.

" Rora! eeii mengelamun aje keja kau!" panggil Nain sambil mengambil IC nya dan di simpan ke dalam dompet.

" Hah! abang .. nak jalan dah ke ?"

"Ya ampun budak ni! flight aku kan pukul 1O.OO AM , nanti pukul 9.OO AM, kawan aku datang amik. Rora oi ." Bengang dia dengan Rora.

" Dah kenapa tu? Rora meh sarapan. " Panggil puan Salmiah.

Dia angguk kemudian tersenyum hambar, rasa curiga di tolak tepi. Rora berasa pisang goreng yang berada di dalam mulutnya tawar bagai pasir yang sedang memasuki tekaknya, dia asyik terfikirkan tentang nama Jamal. Rora terkejut bila Nain menolak bahunya lembut. Terpinga² dia melihat Nain yang sedang menghulurkan tangan padanya.

"Salam! aku nak gerak dah ni." Marah Nain.

" Hah? err, hati² abang." Kata Rora gugup.

Dia turut bangun dari duduk di atas lantai, bila puan Salmiah menghantar Nain ke depan pintu. Dia sebak melihat puan Salmiah mencium pipi Nain, memeluk erat tubuh Nain sambil menangis. Rora membalas senyuman Nain yang sedang mengusap lembut kepalanya. Tergamam dia melihat figura seorang lelaki Cina yang sedang bersandar di tepi kereta Vigo berwarna hitam. Dengan kedua lengan penuhi dengan tatu Cartoon wanita. Lama dia amati wajah Cina itu. ini ke kawan abang? muka macam orang jahat aje?

Tersentak Rora pabila lelaki itu menjilat bibir bawahnya dan memandang Rora dengan pandangan yang sukar untuk di tafsirkan. Cepat² dia bersembunyi di belakang puan Salmiah geli gelaman badannya melihat pandangan nakal lelaki itu pada wajah dan tubuhnya. Kenapa dia buat macam tu! kenapa abang berkawan dengan orang macam tu!!!  jerit hati Rora curiga dengan sifat lelaki itu.

"Hurm!! nanti lama lagi abang kamu balik sini." Kata puan Salmiah lemah, sambil melihat kereta yang di naiki Nain sudah jauh meninggalkan perkarangan rumah.

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now