PROLOG

114K 2.1K 45
                                    

NAMA aku NurRaisya Hanis binti Abdul Haqq. Yang kat sebelah aku ni pulak abang aku, Hammad Ryan Aisy. Jejaka paling kacak, handsome, berdada bidang (six pack gittu), baik pulak tu peramah sudah semestinya . Abang ni doktor di hospital Putrajaya. Abang setiap bulan akan pulang ke rumah. Kat sana, abang tinggal dengan kawan sekerja dia yang tumpang dekat rumah abang.

Abang ni jenis tak kisah, baik hati gittuw. Entah-entah, bangla tepi jalan pun dia nak angkut bagi tinggal kat rumah dia. Hahahaha. Sedap je mengata abang. Okey, okey... Next !! Yang kat sebelah abang pulak.... Kembar aku, NurRaisya Rania. Dia ni sopan ya amat. Lemah-lembut orangnya, macam perempuan melayu terakhir la katakan.

Rania belajar di U.S.A manakala aku belajar di Russia. Kami ni perangai lain-lain. Bidang pelajaran pun lain. Rania ni lebih kepada architecture. Aku ni pulak ke arah perniagaan, keusahawanan la, macam abah. Like father, like daughter la. Hahahaha.

Kira okey la. Abang doktor, Rania arkitek maybe. Aku ni pulak akan jadi usahawan, InshaAllah. Okey, next !! Yang depan aku ni pulak abah. Handsome tak ? Of course la handsome. Takkan la tak tahu yang abah kita ni adalah antara tiga lelaki terkacak di dunia. Yang pertama, Nabi Muhammad s.a.w. Yang kedua Nabi Yusuf a.s. Dan abah kita la yang ketiga.

Abah ni bussinessman. Cawangan 'Restoran H.R.' abah dah 24 buah. Dekat RnR saja dah 4 buah. Lain-lain RnR la. Ni bukan show off tau. Just bagitau fakta. Hehe. Nama restoran ni diambil sempena nama abah 'Haqq' jadi abah ambil huruf 'H' dan sempena nama ummi 'Rubiah' jadi la huruf 'R'. Tu yang nama restoran tu Restoran H.R. Okey. Abah bercadang nak buka satu lagi cawangan di Ipoh, Perak. Cawangan yang dekat Ipoh tu abah nak serahkan dekat abang. Okey, pergi dekat orang sebelah abah pulak. It's ummi.

Ummi, Rubiah binti Yahya. Ummi merupakan seorang ustazah. Ummi masih belum pencen. Umur ummi baru 47, masih ada 7 tahun lagi untuk ummi berbakti di sekolah 'Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Murad.' Ummi ni seorang yang tegas, baik hati, cantik semestinya. Tengok anak dia la. Hahaha.

Kemudian abah berdiri dan terus menuju ke arah kameranya. "Okey, ready. Raisya sayang.... Pandang kamera." Lantas kedua-dua Raisya menoleh. Senyuman terukir. "Hammad, pandang kamera. Matikan dulu telefon tu. Boleh sembang dengan kawan kemudian. Sayang, kita dah lama tak tangkap gambar sekeluarga. Tutup la dulu telefon tu." Kata abah lagi sambil membetulkan kameranya.

Haihhh, abah ni so old fashion. Pergi la kedai gambar, tangkap gambar dekat situ. Ini tak, nak jugak tangkap gambar dekat rumah. Nasib baik background cantik. Abah terus setkan masa. Abah buat 30 saat. Abah terus duduk di sebelah ummi. "Okey, ready semua. Senyum tau." Semua yang berada di situ tersenyum manis ke arah kamera. Setelah puas bergambar, mereka mula bersalam-salaman. Biasa la, di pagi raya..... Harus bersalaman.

Setelah bersalaman, mereka menikmati juadah yang disediakan oleh Puan Rubiah dan Rania. Si Hanis ni reti tengok tv, main telefon, komputer, tab, psp... tu je yang dia tahu main. Ini mewarisi perangai si ayah la. Bersabarlah wahai Puan Rubiah. Setelah puas menikmati juadah, mereka berangkat pula ke kampung.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang