BAB 49

18.2K 692 42
                                    

SIAPA FANS SYAFX, SILA LA BACA BUKU Hari-hari dengan Instafamous by MiraHayess . SAYA DAH BACA, BEST. TAPI ONGOING STORY LA. JGN LUPA BACA YE.

***

HOSPITAL tiba-tiba menjadi semakin sibuk. Nak tak nak memang Dafi dengan Ryan harus bekerja juga walaupun dia dapat balik ke hotel. Lebih-lebih lagi, kemalangan yang berlaku sebentar tadi.

Kerja tetap kerja, tak dapat la mereka nak ke masjid. Dah nak buat macam mana, solat dekat hotel je la. Sempat dia balik sekejap ke hotel untuk solat sebelum ke hospital semula.

"Apa hasil CT-Scan pesakit ni?" Soal doktor Ryan masih duduk di kerusi di sebelah pesakit yang dilanggar oleh driver mereka tadi. Doktor Dafi menjongket bahu tanda tidak tahu. Bukan dia yang scan pesakit ni. Result CT-scan masih belum dapat. Nanti ada la doktor yang bagi dia.

"Aku rasa pesakit ni takde kecederaan teruk la. Kalau cedera pun, mungkin kepa..-" Dahi doktor Dafi dijentik oleh doktor Ryan.

"Tak teruk kau kata. Kepala dah berdarah banyak, berlaku pendarahan, ini yang kau kata tak teruk!" Doktor Ryan memarahi doktor Dafi.

Doktor Dafi hanya menjongket bahu. Terus dia merapati pesakit lelaki yang sedang berbaring di atas katil hospital. Nasib baik pendarahan dapat dihentikan. Kalau tak, memang lelaki ni dah hilang banyak darah.

Dia selukkan tangannya ke dalam poket seluar pesakit lelaki itu. "Aku fikirkan lelaki ni takde dompet. Tapi, gaya dia berpakaian macam orang kaya." Doktor Dafi terus mengeluarkan dompet lelaki tersebut.

"Ish kau ni. Barang orang, tak elok usik." Marah doktor Ryan. Mana taknya, si Dafi ni pergi usik barang pesakit.

"Aku nak tahu je background dia ni. Mana la tahu dia ni anak ahli korporat kat Manchester ni kan. Lagipun, dia ni bukan pesakit aku. So, takpe." Kata doktor Dafi dengan penuh yakin.

Yakin betul nampaknya. "Kalau apa-apa jadi kat dia, kau tanggung!" Doktor Dafi tidak mengendahkan kata-kata doktor Ryan tetapi tangannya terus meletakkan dompet pesakit tersebut di atas katil setelah ternampak ketua jururawat datang ke arah mereka. Akhirnya, result CT-scan sudah berada di tangannya. Baru je ketua jururawat berikan kepada mereka.

"Kan aku dah kata. Dia ni tak apa-apa. Kepala berdarah teruk sebab cedera, jatuh dekat jalan tar tadi. Kan dah dirawat." Ujar doktor Dafi. Doktor Ryan mengangguk memahami.

Doktor Ryan ternampak seperti ada kad berwarna biru di dalam dompet lelaki ini di atas katilnya. Dompet itu terbuka. Mesti si Dafi ni lupa nak tutup balik. Main campak je lepas ketua jururawat datang. Tahu takut.

"Weh. Ni bukan IC Malaysia ke." Ujar doktor Ryan. Danial Amsyar bin Danial Tyler. Doktor Dafi terkejut lalu terus merapati doktor Ryan yang sedang memegang kad pengenalan pesakit lelaki tadi. Betul ke kad ni datangnya daripada dompet lelaki ni.

"Betul ke kad ni daripada dompet ni." Bulat mata doktor Dafi apabila membelek-belek kad pengenalan lelaki tersebut.

"Kau tak nampak ke yang atas muka dia ni ada bendera Malaysia. Kau baca perkataan ni. WARGANEGARA ISLAM LELAKI." Kata doktor Ryan. Jarinya sibuk menari-nari di atas kad pengenalan pesakit lelaki ini.

"Betul ke ni muka dia. Ataupun dia curi IC orang lain. Eh, betul la ni muka dia." Kad pengenalan dan muka lelaki handsome yang terlantar di atas katil hospital itu dipandang silih berganti.

Doktor Ryan mengeluh melihat gelagat doktor Dafi. "Mata dia bir..-"

"Kacukan la kut. Fikirkan la weh. Mana la tahu dia ni belajar dekat Manchester ke." Doktor Dafi melepaskan keluhan berat.

Mr. Charming [C]Where stories live. Discover now