Aku bingung. Bangun tidur je terus blur. Tak tahu la nak datang kerja atau tak. Kalau datang pun, rasanya aku akan dibuli lagi. Malas la. Kata ummi, lumrah hidup gittuw. Tapi aku tak suka la cara gadis tu. Gadis mana lagi, si Lia tu la. Suruh aku siapkan kerja dia. Amboi. Tapi, Rania.. Kau kena la ikhlas. Tak boleh mengungkit. Kalau mengungkit, habis lebur pahala kau. Pahala lebur, dosa pulak yang kemari.
Memang aku tak nak pergi kerja. Malas. Kalau boleh, nak aje aku letak jawatan. Tapi kan Rania... Ni perkara kecik je. Tak payah la sampai nak letak jawatan. Bukan apa... Kau cuba la fikir usaha abah yang menghantar kau. And usaha ummi yang mengambil kau padahal ummi mesti penat gila. Kau sekarang ni fikir nak balas jasa ummi je tau dengan abah je.
Aku terus mandi setelah selesai menunaikan solat subuh. Ya Allah, penatnya rasa. Aku terus bangun untuk mandi. Perut masih terasa kenyangnya. Semalam si Hanis yang masak. Tak sangka pulak dia reti masak. Eh, lupa pulak. Dia kan bakal meneruskan perniagaan Restoran HR keluarga kami.
Usai mandi, aku terus ke almari. Memang baju untuk kerja hari ni aku dah iron awal-awal. Aku bukannya jenis yang suka bertangguh lebih-lebih lagi aku bukan jenis yang buat last minute. Aku ni Rania. Bukan Hanis. Hihi.
Aku terus mengambil baju yang aku sangkut dengan kemas itu. Nasib baik la si Hanis takde masuk bilikku dan mengusik barangku. Kalau dia berani usik, memang aku tak belanja dia buku rujukan dah. Hehe. Dia memang selalu mengambil bajuku kerana sudah siap iron, tu yang dia main pakai je. Tapi aku tak kisah pun. Even she's annoying, but she's still my twin. Twin forever.
Aku terus menyarungkan baju kurung moden ke badanku. Perut pulak tiba-tiba berbunyi. Aik, tadi perut kenyang. Sekarang lapar pulak. Perut oh perut. Aku terus keluar dari bilik lalu ke bilik Hanis. Tidur lagi budak ni. Mesti ummi dah jenuh dengan dia ni. Aku terus mengejutkan Hanis. Siapa la nak hantar aku pergi kerja.
Memang liat betul budak ni. Dikejut banyak kali, memang susah nak bangun. Entah ikut perangai siapa la. "Hanis, bangun.. Solat subuh. Bangun la." Badan Hanis aku tolak banyak kali. Dah jenuh aku tolak, berhasil jugak cara aku. Jam loceng di meja laci tepi katilnya dibelek. "6:45" Kataku dengan tegas. Dia ni memang la. Ada jam loceng, tapi tak set jam langsung. Dia terus bangun sebaik sahaja mendengar kata-kataku. Mula la nak tanya aku kenapa tak kejut awal. Nak study la, itu la, ini la.
"Kenapa tak kejut aku awal? Aku nak study, iron baju lagi." Kan. Aku dah agak. Macam yang aku cakap. Dengan rambut kusut tu. Ish, apa nak jadi la budak ni. Tengok la tu, air liur basi dekat mulut tu. Aku tertawa kecil. Asal aku ketawa je depan Hanis, mesti dia akan tanya kenapa. "Kenapa ketawa?" Katanya lagi apabila bangun dari katil dan mula mengemas katilnya. Buku bersepah atas katil. Ish ish ish.
"Ada air liur basi la. Dah la, kemas cepat. Lepas tu solat, Rania nak siapkan breakfast." Kataku lagi lalu terus menuju ke pintu. Aku menjeling sikit ke arah Hanis. "Haa, jangan nak sambung tidur pulak." Kataku lagi.
*********
Porsche 911 laju membelah jalan raya. "Menyusahkan la perempuan ni. Time orang tengah syok tidur, dia pulak call." Kata si pemandu. Mesti la si pemandu tu Danial Wazal. Dengan rambutnya yang tak berapa nak kemas, dia segera merapikan rambutnya itu dengan tangan kirinya. Tangan kanannya lincah bermain dengan stereng kereta.Radio dibukanya. Volume radio sengaja dikuatkannya. LaguSorry yang dinyanyikan oleh Justin Bieber dinyanyinya sekali. Tiba-tiba Iphonenya menjerit minta diangkat. Dia terus mencapai Iphonenya. Nama yang tertera di skrin dipandangnya sekilas. Ibu jarinya terus sweep button answer.
"You, boleh cepat sikit tak? I punya flight pukul 7:05." Kata seorang gadis dengan nada manja. Danial masih leka dengan pemanduannya. "I on the way la ni. Kenapa you tak minta ayah you hantar? I busy tau tak." Kata Danial dengan lembut tetapi kedengaran tegas.
Gadis itu terdiam. Tidak menjawab sepatah pun. Memang pelik la. Baru kenal tak sampai 24 jam. Tau tau je dia minta tolong hantarkan dia dekat airport. Takkan la tak boleh naik teksi. Gedik betul. "My dad ada dekat Milan. That's why la my dad can't send me there. And I takde abang. I anak tunggal." Katanya lagi.
"Oh, okay. SMS I your address." Balas Danial. Terus panggilan dimatikan. Tak sampai 3 minit, Iphonenya berbunyi tanda SMS masuk. Daripada ibu. Ingatkan si Nana yang mesej. Lain yang ditunggu, lain yang tiba.
Danial kat mana ni? Ibu tengok dekat bilik, Danial takde. Ibu rasa pelik la, tiba-tiba je Danial takde. Awal pulak Danial pergi pejabat hari ni.
Mesej itu dibiar tidak berjawab. Susah la nak balas. Tengah drive ni, takkan la nak balas dengan satu tangan. Dia boleh je, cuma safety first. Iphonenya berbunyi lagi tanda SMS masuk. Ni baru Nana yang mesej. Seperti yang diminta oleh Danial, address Nana ditelitinya. Nasib la dah nak dekat dengan tempat tu.
Seketika kemudian, dia terus memasuki perkarangan Mont Kiara. Dia berhenti betul-betul di hadapan kondominum Nana. Amboi mewahnya rumah. Terdapat sebuah Mini Cooper dekat tempat parkir kereta. Ada kereta tapi tak nak pulak pakai. Jam di dashboard dikerlingnya. 5:30. Fuh, aku bangun pukul 5:00 semata-mata sebab nak buat baik sikit je. Kalau ikutkan malas aku nak hantar dia. Kata hati Danial.
Manakan tidak, tidurnya diganggu sebab Nana. Kenal tak sampai sehari. Tiba-tiba bayangan Rania muncul dalam fikirannya. Kenal apa pun tak, dah terbayang pulak. Iphonenya diambil dari seat sebelah. Dengan kadar segera dia menelefon Nana. Ingatkan dia tunggu aku kat luar. Ni tak, aku pulak yang kena tunggu dia. Dah la sejuk. Nasib la Danial sempat mengambil jaketnya.
"Hello, I dah sampai ni. Cepat la keluar. Kata tadi pukul 7:05 flight you. Kalau lambat, you terlepas flight. I tak boleh tunggu lama ni. I ada kerja." Kata Danial sebaik sahaja Nana menjawab panggilannya. Belum sempat Nana membalas, Danial terus mematikan panggilan. Rania? What a nice name she had.
Tak sampai dua minit, Nana terus keluar bersama beg POLO beroda. Fuh, sampai dua beg roda ni apahal. Banyaknya. Pintu rumah dikuncinya. Keretanya juga dikunci. Keluar je rumah, button gate pada remote control ditekannya. Gate automatik la katakan. Baru kelas dengan rumah mewah dia. Tingkap kereta Danial diketuknya. Bukannya Danial tak perasan dia. Memang boot kereta dia dah buka awal-awal. Sebab Danial gentle la katakan, dia pun membantu Nana memasukkan begnya ke dalam boot kereta. Nana hanya memerhati.
![](https://img.wattpad.com/cover/66351987-288-k312854.jpg)
YOU ARE READING
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...