BAB 13

26.2K 879 7
                                    

Aku mengorak langkah ke arah Juliana. Wah, dia macam tak busy je. "Ana." Panggilku. Dia kata semua kat company panggil dia Ana. So, why don't I call her Ana. Juliana terus menoleh setelah terdengar namanya diseru dari arah belakang. Aku tak berani nak menjerit panggil dia. Buat malu je nanti. Hehe.

"Ish, kau ni. Jangan la panggil aku Ana." Marah nampak. Eh, bukan dia kata semua kat sini panggil dia Ana ke. Apa salahnya aku panggil dia Ana. "Do you wanna build a snowman?" Kataku lagi. Haha, nama dia kan Ana. Apa salahnya aku sakat dia sikit. Hehe. Ini pun lirik lagu dari filem frozen tu.

Terus pinggangku yang ramping dicubitnya. Sakit la. "Auch. Sakit la." Kataku. Juliana membalasnya dengan menjelir lidah kepadaku. Memang takde hati perut langsung. "Tu la. Padan muka. Jangan la panggil aku Ana." Katanya. Sakit pinggang aku tau tak. Aku terus menggosok-gosok pinggangku yang masih terasa sakit itu.

"Ye la, Ju!" Kataku lagi. Well, she used to hear me calling her Ju. Singkatan nama Juliana. Perut aku dah berbunyi la sebenarnya. Jam di pergelangan tangan aku pandang. Tangan yang tadi menggosok pinggang beralih pulak ke perut. Laparnya. 10:47.

"Lapar dah ke? Takkan la kau tak makan pagi tadi." Kata Juliana. Dia perasan rupanya yang perut aku berbunyi. Aku mengangguk. "Pagi tadi aku makan la. Cuma, lapar lagi." Balasku. Aku bukannya makan banyak pun.

"Biar betul kau ni. Pagi tadi kau breakfast, but still lapar? Pelik la."

Aku mengerutkan dahi. Apa yang peliknya. "Apa yang peliknya? Aku ni manusia biasa yang makan, minum, tidur." Kataku. Ya Allah, baru aku perasan dekat tingkat 16 ni ada TV besar 56 inci macam kat tingkat 8.

"Mana taknya. Kau makan banyak, but pinggang kau ramping pulak." Kata Juliana. Dia terus mencapai fail yang berada di atas mejanya. Dia terus menyambung menandatangani beberapa biji fail. Aku membalas kata-kata Juliana dengan ketawa kecil. Dia kata pinggang aku ramping. Haha. Tak pernah-pernah dia puji aku.

"Busy nampak Cik Juliana ni." Kataku. Iphoneku berbunyi tanda mesej masuk. Handphone di dalam handbag aku capai. Mesti ummi yang mesej. "Mesti la busy. Bukan macam kau. Takde kerja ke?" Tanya Juliana tegas. Haah kan. Aku pun tak tau apa kerja aku sebagai intern. Aku tak tahu nak buat apa.

"Entah. Aku pun tak tau."

Juliana berhenti menulis. Dia memandang ke arahku. "Kesian kau, dari tadi berdiri. Duduk la." Katanya. Aik, baru perasan yang aku ni dah lama berdiri ke. "Okey. Oleh kerana aku tengok kau macam takde kerja.. Ni aku nak bagi kau kerja." Katanya. Alaaa, baru nak bersenang-senang dahulu. Dia terus memberikanku segulung kertas. "Untuk apa ni?" Tanyaku. Nak aku lukis sesuatu lah agaknya.

"Aku nak kau design satu pelan berkonsepkan Green City. Lukis cantik-cantik tau." Kata Juliana dengan nada memujuk. Eh, dia ni dah kenapa. Buat tebiat. "Sebab konsep Green City ni untuk projek yang akan datang. Maybe dalam bulan depan. Selewat-lewatnya, kau hantar kat aku lusa." Kata Juliana lagi. Ceh, lagak dia macam bos pulak dah.

"Eh, ni bukan kerja kau ke?" Tanyaku. Aku tengok muka Juliana. Memang bukan kerja dia la ni. "Ye la. Aku buat la ni. Bye, Ju." Saje je cakap dengan nada sedih. Aku terus mengorak langkah ke lif.

"Rania, nanti jangan lupa tau pasal lunch dengan aku. Pukul 12:50 nanti aku turun jumpa kau." Kata Juliana. Sempat juga aku dengar apa yang dia nak cakapkan. Kalau tak, memang aku tak akan perasan la kelibat dia. Okay Rania. Masa untuk kau keluarkan kemahiran melukis tu.
*******
Kalau boleh, rasa macam nak ronda je satu shopping complex ni. Aeon Cheras Selatan. Macam la tak kenal NurRaisya Hanis ni. Aku dengan kembar aku ada la jugak persamaan. Tapi kita orang ni lebih kepada perbezaan. Rambang mata aku dibuatnya bila ada dekat Young Collection ni. Siapa la yang tak rambang mata. Aku suka gila tengok purse ni. Gothic. Gothic. And gothic. Wow, i like em all. Nak beli semua je kalau boleh.

"Kau ni nak beli ke tak ni? Dari tadi aku tengok kau pusing je dari tadi. Tak penat ke!" Kata Bella. Tengok la. Dia pun dah penat ikut aku pusing kedai ni.

"Entah la. Kau rasa mana lagi cantik?" Tanyaku lalu mengangkat dua biji beg duit. Bella hanya memandang sekilas. "Dua-dua tak cantik." Kata Bella. Kemudian dia mengambil purse yang berada di ruang pameran. Dia terus menunjukkan purse itu kepadaku.

"Ha, ni baru cantik." Tengok la tu. Cantik apanya. Dah la warna pink, corak pulak corak teddy. Tak cantik langsung. Dah la, tak nak gaduh-gaduh ni. Aku terus meletakkan purse yang berada di tangan kiriku. Aku pilih yang kat tangan kanan ni la. Lagi cantik, warna black campur purple lebih-lebih lagi corak berkonsepkan gothic.

Bella terus meletakkan semula purse yang diambilnya tadi. Tanpa berlengah lagi, aku terus ke kaunter untuk membayar. Aku dah tau sangat la. Mesti si Bella ni tak sabar nak shopping sampai lebur duit. Duit dia habis pun dia tak kisah. Dia boleh mintak lagi dekat ayah dengan mak dia. Untung betul kalau dapat hidup senang macam dia. Ish, apa kau merapu ni Hanis. Kau patutnya bersyukur. Lantas aku beristighfar.

Haaa, even Hanis ni tomboy.... dia ni masih ada pegangan agama tau. Reader jangan nak fikir yang bukan-bukan pulak pasal Hanis. (Laugh)

Selesai membayar terus aku menarik tangan Bella dan menuju ke food court. Saje je nak ajar dia bersabar. Padahal pagi tadi dah makan. Saje je nak main-main dengan si Bella ni. "Aku lapar la. Jom makan dulu. Makan kat food court la." Kataku cuba memujuk Bella. Muka Bella ni memang dah masam gila. Saje je dia ni tunjuk muka seposen. Ingat cantik la.

Pipi tembam Bella aku cubit. Pujuk dia sikit. "Okay. Lepas ni kita shopping puas-puas tau." Kata Bella. Wow, muka yang masam tadi dah berubah ceria. Hebat penangan aku ni. Saje je ni. Aku bukan nak makan pun. Dah kenyang sangat ni.

Last-last aku melencong ke Popular Books Store. Bukan ke food court, tapi ke Popular. Cari komik je la. Nasib baik la aku ada kad Popular. Dapat la sikit diskaun. Aku terus melangkah masuk ke Popular. Bella masih lagi memaut lenganku. Ceh, dah macam berjalan dengan buah hati pulak. Eyy, nak muntah pulak rasa. Tapi aku dengan Bella memang dah biasa buat macam ni.

"Ni la food court kau rupanya. Makan la puas-puas. Lepas ni kita shopping puas-puas pulak." Kata Bella. Ceh, ayat pertama dia tu macam perli aku je. "Ye la. Ha, ni la food court yang aku maksudkan tu." Kataku. Malas nak bertekak dah. Aku terus ke bahagian komik. Aku memang minat baca komik ni. Paling aku minat komik Magis Manis Coklat. Banyak dah koleksi komik kat bilik aku. Bella pulak sekarang ni ada dekat bahagian novel. Katanya best kalau hidup macam dalam novel, dapat kahwin dengan CEO. Merapu je dia tu. Dia nak kahwin dengan CEO? Dia tu lebih daripada mampu la.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang