BAB 31

20.2K 766 8
                                    

KELUAR dari perut lif, aku terus disambut oleh Jane. Aku memandang ke kiri dan kanan lantai. "You cari apa, Raisya?" Soal Jane. Aku tersenyum manis ke arah Jane.

"Mana red carpetnya. You tak bentang ke?" Sengaja aku mengusik Jane. Jarang betul nak nampak Jane lalu aras 8. Dia dah tak sudi nak datang jenguk aku ke. Haha.

Jane terus memukul aku lembut. "Ish, you ni Raisya. Sengaja je nak mengusik I, kan." Kata Jane. Dia terus menghulurkan tangannya kepadaku. Ceh, dah macam prince ajak princess menari pulak.

"Silakan, tuan puteri." Kata Jane. Aku, tuan puteri? Aku menelek diriku. Takde rupa tuan puteri langsung. Aku hanya memakai dress labuh berwarna isi pink guava tanpa corak dan ada manik serta labuci bertaburan. Memang takde rupa tuan puteri langsung. Shawl pulak, aku pakai emma maembong shawl.

"Jane, mana yang lain?" Soalku apabila aku lihat tiada sesiapa di aras 16 ini. "Oh, mereka ke pantri. Ada yang berada di bilik mesyuarat. Nak bincang pasal something." Kata Jane. Kami pun sampai di mejaku. Wow, not bad. Cantik jugak.

Aku meneliti satu per satu objek yang berada di atas mejaku. Meja ni lebih besar daripada meja aku yang sebelum ni. Bestnya. Meja lebih besar, space pun banyak. Aih, sukanya.

"You suka tak?" Soal Jane. Aku mengangguk. Gila kau tak suka, ada i-Mac kut. Daripada komputer yang ada atas meja aku sebelum ni. Jenama Dell je. Kira bersyukur la Rania . Sejak bila pulak kau jadi tak bersyukur ni. Aku terus duduk di kerusi yang disediakan.

"So, apa yang saya nak kena buat ni?" Soalku. Jane menjongket kening. "Oh, hm. Nanti I bagitau you bila bos nak jumpa." Jane kulihat tekun benar dengan iPhonenya.

"Raisya, kalau ada apa-apa, you cari I tau." Kata Jane sebelum berlalu pergi. Juliana pulak takde. Aku terus masuk semula ke dalam lif untuk ke pantri. Mana la tahu jodoh ada dekat situ. Ceh, amboi Rania. Dah tak sabar nak bagi ummi dengan abah menantu ke.

Aku terus berlari anak ke pantri apabila melihat raut wajah Juliana. Buk! Adoi, sakit bahu aku kerana terlanggar seseorang. Eh, maksud aku berselisih. "Kalau nak lari, bukan dekat sini!" Kata lelaki yang berselisih dengan aku tadi dengan marahnya. Aku secara spontan terhinjut bahu kerana jeritannya. Menakutkan betul.

Aku mengangkat muka. Danial Wazal rupanya. Mataku beralih pula pada bajunya. Alamak, kesan kopi tumpah. Baju aku takde kesan kopi pun. Ni sebab aku terlanggar bahu dia la tu. Terus kopi tumpah dekat baju dia. Haih, dah la ni hari pertama aku jadi arkitek.

Baju mahal pulak tu. Nasib la dia tak pakai blazer. Kalau tak lagi teruk aku kena ganti. Dah la baju kemeja yang dia pakai warna putih. Apa la nasib aku. "Encik, maafkan saya. Saya tak sengaja." Kataku.

Danial menghulurkan cawan kopinya kepadaku. Aku hanya menyambut hulurannya. "Hish kau ni. Aku ada important meeting lepas ni!" Kata Danial dengan nada marah yang tak kedengaran seperti memarahiku.
Aku tadah telinga je. Aku mana sengaja, ingat aku sengaja nak langgar dia ke apa. Bebel aku dalam hati. "Sorry sangat-sangat. Saya boleh ganti baju encik ni." Kataku. Mampus aku, terpaksa keluar duit untuk ganti baju mahal dia. Mulut buat hal lagi. Haih. Ummi, abah. Tolong Rania.

Danial memandang sinis kepadaku. "Buang air tu! Kau mampu ke nak ganti baju aku ni." Kata Danial dengan nada sinis. Eleh, jangan pandang aku sebelah mata la. Aku hanya mendiamkan diri. Dia pun terus berlalu pergi begitu sahaja. Eh, kiranya ni aku tak payah ganti baju mahal dia tu la kan.

Aku pun terus menyambung perjalananku ke pantri. Ceh, macam pantri tu jauh berkilometer je. Padahal dekat je pun. Si Danial pun satu. Tiba-tiba je nak bawa kopi jalan-jalan apa hal. Kalau nak minum, minum la dekat pantri kut ye pun. Ke dia nak minum dekat ruang rehat.

"Ceh, dah jadi arkitek dah dia." Kata Juliana apabila aku datang menghampirinya. Aku mengukir senyuman manis. Dia kulihat sedang mengacau air kopi lalu dia hulurkan kepadaku.

Aku menyambut huluran kopi itu. "Aku lepas ni ada meeting la weh. Aku pergi dulu la. Kita orang patutnya ada dalam meeting room sebelum bos ada. Bos memang tak suka menunggu." Kata Juliana.

"Bos memang dah pergi dulu la." Kataku. Juliana berpura-pura terkejut. Dia terus meminta diri untuk ke bilik mesyuarat. Tinggal lah aku seorang diri. Aku segera menghabiskan kopi yang diberikan oleh Juliana tadi. Aku terus mencuci cawan yang aku gunakan tadi lalu naik semula je tingkat 16.

**********
"Amir, kau dengan Mia nanti pilih tiga pelan daripada semua pelan ni sebab Danial Holdings akan hantar tiga lukisan." Arah Danial kepada Amir. Amir dan Mia akur lalu berbincang untuk memilih antara tiga pelan ni.

"Okey la, kau orang semua boleh sambung balik kerja. Amir dengan Mia je yang stay sini." Kata Danial lagi. Yang lain segera mengemas barang lalu bersurai.

"Bos, aku rasa yang ni macam....." Amir tidak menghabiskan kata-katanya. Sebaliknya dia menghulurkan kertas lukisan kepada Danial.

"What do you think?" Danial membuka kertas yang diberikan itu dan diletakkan di atas meja. Mata Mia dan Danial menala ke arah kertas itu. Kedua-duanya diam menganalisa.

"Hm, not bad. Brilliant idea." Komen Mia.

"I like the way he expresses his idea. Anyway, siapa punya ni?" Soal Danial pula.

Amir menerbalikkan kertas itu dan dia menjumpai beberapa patah perkataan yang kelihatan seperti nama. NurRaisya Rania Abd. Haqq.

"Rania" Jawab Amir.

"Rania? Hm, no wonder la. But still, memang hebat untuk seseorang yang masih baru macam dia." Kata Mia. Kagum sekejap. Danial kelihatan terkejut.

"Couple of things to be fixed, and then it will be perfect." Tambah Amir.

Danial menepuk tangan. "Okay, you berdua tolong tau. Buat sehabis baik."

"Okay, we will try our best." Amir bersetuju. Mia mengangguk bersetuju juga.

"Okay la, sambung semula kerja. Aku nak keluar. Ada hal." Kata Danial lalu keluar dari meeting room. Mia mengajak Amir keluar untuk berbincang di luar bilik mesyuarat kerana tidak elok lelaki dan perempuan berduaan.

*******

SORRY KALAU X BEST. SORRY JUGAK KALAU PENDEK SGT YG BAB NI. ESOK DAH SEKOLAH, JADI.... AUTHOR MUNGKIN AKAN UPDATE NI SEMINGGU SEKALI ATAU DUA. HIHI.

With love,
Author 💞

Mr. Charming [C]Where stories live. Discover now