BAB 45

20.3K 697 4
                                    

"ADA apa kau nak jumpa aku ni?" Soal Raihan lalu duduk bertentangan dengan Juliana. Juliana terus menghirup jus epalnya lalu duduk bersandar sambil menyilangkan kakinya.

"Relax la dulu. Nampak aku je, terus nak cakap pasal ni ke?" Kata Juliana lalu membuka handbagnya.

Dia mengeluarkan sekeping sampul surat lalu meletakkannya di atas meja. "Apa ni?" Soal Raihan dengan muka tak kesahnya.

"Kau pandang aku macam tu dah kenapa?" Soal Juliana lalu merentap sampul surat itu daripada diambil oleh Raihan.

Raihan mendengus. "Kau tahu tak sebab apa aku nak jatuhkan Danial Holdings?" Soal Raihan lalu duduk bersandar. Mukanya penuh dengan ketidak puasan hati kerana Juliana mengambil semula sampul surat tadi. Buruk siku betul.

"Sebab Danial Holdings adalah antara syarikat antarabangsa." Teka Juliana. Berlakon seketika. Agaknya si Juliana ni kalau masuk Anugerah Meletop dan jadi pelakon antagonis, rasanya Juliana dah boleh rangkul semua hadiah dah.

Raihan segera memesan airnya kepada pelayan tadi. "Lagi?" Soal Raihan. Juliana kehabisan idea. Dia main cakap je ayat tadi, tak sangka pulak betul.

"Kalau kau tak tahu sebabnya, macam mana kau boleh tahu yang aku nak jatuhkan Danial Holdings?" Raihan mengacah Juliana. Juliana mendengus. Terasa diri diperangkap tetapi dia masih cuba untuk kelihatan tenang di mata Raihan.

"Raihan Afwan, aku tengok muka kau je, aku dah boleh tahu la agenda kau yang tersembunyi tu." Laju Juliana menjawab. Amboi, pakai teknik psikologi pulak dia.

Raihan terdiam. Nampak logik agaknya jawapan yang Juliana berikan tadi. "Kau nak aku tolong kau realisasikan impian kau ke tak ni?" Soal Juliana lalu menunjukkan sampul surat itu kepada Raihan.

Raihan terdiam. Fikir masak-masak dulu. Mana la tahu dia tiba-tiba nak ubah fikiran, jadi orang baik dan tak nak jatuhkan syarikat besar tu.

Raihan berhenti berfikir dan terus mengambil sampul surat berwarna coklat daripada Juliana. Dibukanya keratan sampul itu dan mengeluarkan sekeping kertas. Ditelitinya satu per satu.

"Doesn't make sense. Macam mana la Danial Holdings akan jatuh kalau macam ni." Kata Raihan tidak berpuas hati lalu mencampakkan kertas tadi ke atas meja.

Juliana mendengus dan menjeling Raihan dengan pandangan sinis. "Kalau kau tak nak, tak apa la." Kata Juliana lalu mengambil kertas tadi dan mula bangun untuk beredar.

Baru je Juliana nak melangkah setapak sudah dihalang oleh Raihan. Juliana tahu yang Raihan akan mengubah fikirannya, tu yang dia sengaja bangun untuk beredar. "Wait."

Juliana terus menoleh. "Dah berubah fikiran ke, Ustaz?" Juliana memerli Raihan. Mana taknya, tiba-tiba je Raihan berubah fikiran dan menolak bantuan Juliana untuk menjatuhkan Danial Holdings.

Raihan berdecit. "Kalau langkah pertama berjaya, aku nak teruskan rancangan ni." Kata Raihan lalu merampas sampul surat tadi daripada Juliana dan berlalu keluar.

***

RANIA terus membuka pintu rumahnya dengan hati yang penuh berbunga. Mana taknya, nampak je kereta abang kesayangan dia dekat luar rumah tadi, terus gembira bukan main dia jadinya.

"Yeah. Abang balik." Teriak Rania lalu mendapatkan abangnya yang sedang duduk di hadapan kaca TV sambil menonton perlawanan badminton di Astro Arena.

"Kau ni gedik la Rania." Kata Hanis lalu menghirup air teh. Rania menjelir lidah, tak mengendahkan kata-kata Hanis.

"Kesah apa aku." Kata Rania lalu menuju ke tangga.

"Mesti waktu abang takde, kau orang berdua ni bergaduh aje, kan." Kata abang mereka, Hammad Ryan Aisy. Abang mereka ni handsome sangat. Muka pan-Asia sikit. Tapi mata dia, bukan macam mata Danial lah ye.

Tinggi, dada six-pack lagi tu. Mereka perfect. Perangai pun baik. Alhamdulillah, bersyukur Rania dapat abang macam tu. Rania tak jadi nak naik tangga, dia terus menuju ke abangnya semula.

"Bukan selalu la. Cuma Hanis ni je yang selalu nak cari pasal dengan Rania." Adu Rania kepada Ryan. Hanis menjeling mereka.

"Haa, mengadu la tu. Mengada-ngada, gedik betul." Rania malas nak layan. Baru mengadu sikit dah cop orang ni mengada-ngada la gedik la. Habis tu, dia apa! Baik, tak mengada-ngada. Asyik nak pandai-pandai label orang je. Bebel Rania.

Hanis menjeling Rania lagi. "Mengata dalam hati la tu." Kata Hanis. Rania terdiam kemudian dia menggeleng. Terus dia berlalu naik ke atas dan menuju ke biliknya.

***

RANIA turun ke dapur dan mula memasak. Ryan mendekatinya dengan memegang gelas kaca. "Rania, buatkan kopi untuk abang." Pinta Ryan. Rania mengangkat muka memandang abangnya.

"Buat la sendiri." Kata Rania lalu menyambung menghiris cendawan butang. Dia nak buat mushroom soup untuk semua. Dah lama tak bersantap dengan mushroom soup.

Ryan mula membuat muka merajuk. "Tolong la buatkan. Abang penat tahu tak." Kata Ryan lalu menghulurkan cawan kaca itu kepada Rania.

Rania mengalah lalu menyambut huluran itu dan mula membancuhkan kopi untuk abangnya. "Kalau dekat hospital pun, abang minum kopi jugak ke?" Soal Rania prihatin. Bukannya dia selalu jumpa abang dia pun.

Ryan menggeleng. "Jarang la. Minuman berkafein kan tak elok." Kata Ryan. Dia doktor, dia tahu la. Tapi kenapa abang dia ni minta kopi pulak.

"Kenapa abang minta kopi pulak kalau dah tahu minuman berkafein tak elok?" Soal Rania. Ryan tergelak.

Ryan terus menyilangkan tangannya ke dada. Nampak otot dia pulak tu. "Kalau selalu minum, memang tak elok la. Abang kan orang sibuk, banyak kerja, kadang-kadang tak tidur malam pun ada." Rania menggeleng.

"Abang tu kan doktor. Kena la jaga kesihatan. Macam mana la doktor yang sakit nak rawat pesakit sebab doktor tu tak cukup tidur." Kata Rania lalu mengacau dengan sudu kopi itu hingga sebati.

Ryan tersengih-sengih. "Prihatinnya adik abang ni." Kata Ryan. Tiba-tiba je Rania ni jadi prihatin. Rania terus menghulurkan kopi yang dibancuhnya kepada abangnya.

Ryan menyambut huluran itu lalu menghirup sedikit kopi panas itu. Kemudian dia mencuit Rania. "Rania, abang nak tanya ada something ni." Kata Ryan. Rania mengangguk tanda boleh la tu.

"Rania sayang abang tak?" Soal Ryan. Rania mengerutkan dahi. Mesti la sayang, siapa la tak sayang abang kesayangan. Apa punya soalan la ni.

Rania kemudian tersenyum. "Mesti la sayang. Kenapa abang tiba-tiba tanya ni?" Soal Rania lalu menuju ke sinki untuk membasuh alatan yang dipakainya.

"Kalau abang kesayangan Rania ni nak bawa seorang gadis datang jumpa ummi dengan abah, apa perasaan Rania?" Soal Ryan. Rania terdiam. Dah ada buah hati ke abang aku ni.

Kemudian Rania menjongket bahu. "Dah tanya Hanis ke pasal ni?" Soal Rania. Berat juga hati dia nak jawab pertanyaan abang dia ni. Ryan ni kan abang paling dia sayang, paling rapat dengan dia masa kecil pulak tu. Membesar sama-sama tau.

"Dah."

Rania terdiam lagi. "Apa yang Hanis kata?" Soal Rania.

"Dia tak kesah pun." Kata Ryan. Mendengarkan jawapan abangnya, Rania tergelak. Rania terus menyelesaikan kerjanya. Malas dia nak bercakap pasal ni dengan Ryan. Tu yang dia nak siapkan kerja dia tu cepat-cepat.

★★★

MAAF LA LAMA TAK UPDATE. AUTHOR BUSY, DAH NAK DEKAT TRIAL.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang