BAB 20

23.4K 793 3
                                    

"Dah?" Tanya Danial kepada Aisy. Aisy mengangguk.

"Okay, jom papa bawak pergi office!" Kata Danial. "Ala, bukan ke papa nak bawak Aisy jalan-jalan. Tak syok la macam ni." Kata Aisy lalu tangan disilangkan ke dadanya. Alahai comelnya gaya budak kecil ni.

"Aisy, jangan la macam ni. Papa busy la." Kata Danial cuba memujuk Aisy tetapi tidak berhasil. Danial melihat sekeliling. "Eh, itu bukan Danial Wazal ke?" Kedengaran ada orang yang berbual mengenai Danial. "Haah la, yang budak kecil tu pulak siapa?" Kedengaran lagi bunyi orang sekeliling. "Anak dia kut." Yang ni yang membuatkan Danial membulatkan matanya.

"Aisy, orang nampak la. Nanti orang ingat papa ni jahat." Kata Danial lagi. Waitress yang tadinya mengambil order mereka sudah meluru ke meja Danial. "Papa memang jahat. Aisy benci papa." Kata Aisy merajuk.

"Okey, okey. Jom papa bawak Aisy jalan-jalan." Pujuk Danial. Aisy masih lagi menyilangkan tangan di dadanya. "Papa tipu. Entah-entah nanti papa bawak pergi office. Aisy nak jalan-jalan. Tak nak pergi office papa." Kata Aisy. Danial hanya bersabar melayan kerenah anak kecil ni. Macam tahu-tahu je memang Danial nak bawa Aisy ke officenya.

Danial sudah pun meminta Jane mengosongkan jadualnya pada hari ini. Dia memang nak bawak Aisy jalan-jalan pun. "Ye la. Papa tak tipu. Papa memang nak bawak Aisy jalan-jalan. Pernah ke papa tipu Aisy? Tak pernah kan. Dah jom." Pujuk Danial. Tak sangka pulak kali ini dia berjaya memujuk Aisy. Dia terus mengelap mulut Aisy yang comot kerana baru lepas makan ais krim oreo kegemaran budak kecil ni.

Setelah mengelap mulut comot Aisy, dia terus ke kaunter untuk membayar. "Danial Wazal kan?" Soal cashier bertudung yang sedari tadi memandang ke arah Danial. Akhirnya dapat jugak dia berbual dengan Danial. "Ya, saya." Balas Danial. Cashier tadi memberi senyuman manis. "Boleh saya mintak resit tadi?" Pinta Cashier itu. Danial memberi resit yang memang dipegangnya tadi.

Cashier itu menyambut resit yang diberikan. "Anak encik ke?" Tanya cashier itu. Danial memberikan senyuman manis yang mampu mencairkan semua gadis. "Haah. Anak saudara." Balas Danial selamba. Cashier tadi sudah mulai terkejut apabila Danial mengiyakan pertanyaannya. Tetapi dia menjadi lega setelah Danial menambah perkataan 'anak saudara'.

"Semuanya tiga puluh empat ringgit lima puluh sen." Kata cashier itu. Danial terus mengeluarkan wang yang diminta tadi. Hebat betul la cara restoran ni beroperasi. Memang Danial suka makan di restoran ini. Restoran H.R.

"Mana cashier yang seorang lagi ya?" Tanya Danial. "Yang mana ya?" Tanya cashier itu semula. Maklum la, di restoran ini ada ramai cashier. Kadang-kadang cashier suka tukar shift. Danial tidak tahu mahu menjawab apa. Dia terus membatalkan pertanyaannya lalu keluar dari restoran itu setelah menerima wang baki serta resit pembelian.

Danial terus ke keretanya. "Aisy nak pergi mana? Cakap je dekat papa." Danial terus membukakan pintu kereta buat Aisy. Tali pinggang untuk Aisy segera dipasang. "Aisy dah boleh pakai seatbelt sendiri la papa." Kata Aisy lalu membuka tali pinggangnya untuk dipakainya sendiri. "Ye ke? Macam mana boleh reti pakai sendiri ni?" Soal Danial. Aisy tersengih-sengih. Siap senyum nampak gigi lagi. "Aisy kan pandai, mesti la reti." Balas Aisy. Danial segera ke tempatnya.

"Cakap la betul-betul." Danial terus memecut keretanya. "Ye la. Daddy yang tunjukkan macam mana cara nak pakai seatbelt." Kata Aisy jujur. Budak-budak la katakan. Mana pandai menipu.

"Aisy nak pergi mana ni?" Tanya Danial. Dia pun tak tahu nak bawak Aisy ke mana. Kat KL ni ada apa je Aisy. Papa tak tahu nak bawa kamu ke mana. "Hm." Budak kecil itu meletakkan jari telunjuknya di dagu. Eleh kononnya berfikir nak ke mana la tu. Kemudian dia petik jari. Itu pun tak berbunyi. Aisy terus ketawa. "Kita pergi jumpa daddy la." Balas Aisy. Siapa la tak rindu daddy.

"Daddy busy. Katanya ada meeting penting." Kata Danial lalu memandang Aisy. Muka Aisy ni sebijik macam muka Danial Amsyar masa kecil. Hujung bulan ni Danial Amsyar bakak pulang ke tanah air. Aisy sudah mula menyilangkan tangannya ke dada. "But, I miss daddy. Aisy nak daddy." Kata Aisy.

Danial sudah merengus geram. Sabar Danial. Tiba-tiba nak emotional ni dah kenapa. Oh, lupa. Dia ni kan ego. Of course la boleh tiba-tiba marah. "Daddy said he's busy." Kata Danial. Suaranya kedengaran tegas. Aisy sudah mulai takut.

"Kan daddy yang hantar Aisy pagi tadi. Dah rindu. Tak payah nak mengada-ngada la Aisy." Balas Danial. Aisy di sebelah sudah mula menitiskan air mata. "I will tell daddy that papa make me cry." Kata Aisy. Semakin kuat bunyi tangisannya.

Danial terus memecut keretanya. Malas nak jalan-jalan. Dibatalkan hasratnya untuk membawa Aisy berjalan-jalan. Dia terus menuju ke officenya. Pandai-pandai la Aisy pujuk diri sendiri. Sekejap lagi berhenti menangis la tu. Biasa la orang yang tiada anak ni memang tak reti nak uruskan anak. Makin dilayan si Aisy ni makin kuat dia menangis.

*******
Aku terus melangkah masuk ke dalam lif. Mulut dah mula nak menguap. Ish ish ish. Buruknya perangai. Orang sekeliling tidak aku pedulikan. Terus aku menekup mulutku dengan belakang tangan. Juliana di sebelah menyiku lenganku. Aku nak menguap pun salah ke?

"Kenapa?" Soalku. Tiba-tiba je siku lengan aku ni dah kenapa. "Buruknya perangai. Dah la menguap depan Pemegang Saham Kedua Terbesar." Kata Juliana dalam nada berbisik. Ah, lantak la Pemegang Saham Kedua Terbesar ke, CEO ke. Ada aku kisah. Lain la kalau aku menguap depan dia orang terus aku kena pecat ke. Tu baru aku kisah.

Nak menguap pun salah ke. Haish. Rasanya takde pun peraturan atau tatatertib bekerja di Danial Holdings ni menekankan supaya jangan menguap. Haih, nak keluar dah skill berdebat aku ni. Semua orang menguap, apa yang buruk perangainya!!!

Aku melihat ke belakang. Ceh, ada yang cuba nak berbual dengan Danial Raiyan la tu. Silakan. Banyakkan berharap la dia nak layan pertanyaan kurang masak korang tu. "Encik dah kahwin ke?" Tanya salah seorang staf tinggi. Free hair tu, kemain lagi gayanya.

Danial Raiyan tidak menjawab pertanyaan kurang masak salah seorang staf itu. Sudah terang lagi bersuluh yang hari tu di bawak anak dia datang sini. Apa punya soalan la. Sebaliknya dia memberikan senyuman manis kepadaku. Eh, dia perasan ke aku tengok dia. Dengan pantas aku menoleh dan berpura-pura berbual dengan Juliana. "Encik nak pergi tingkat berapa ni?" Soal seorang lagi staf. Ish, dia orang ni busybody betul la.

"Eh, kau ni dah kenapa?" Soal Ju. Pelik la tu tengok aku yang kalut secara tiba-tiba. "Ni... Aaaa...." Kataku hilang kata-kata. "Haa, aku dah lukis pelan yang kau mintak tu but not fully done yet." Teringat pasal pelan yang Ju mintak aku lukis. Nasib la aku masih ingat pasal pelan tu. Ada la jugak topik daripada aku kalut je dari tadi. Tak ke si Ju ni syak apa-apa nanti.

"Oh, yeke." Ju kelihatan teruja nak tahu pasal pelan yang aku lukis tu. Aku terus mengangguk. "Hm, lepas ni aku ada meeting dengan para arkitek la. Tapi, I will make sure that it won't be long. So, kau tunggu je. Nanti aku turun jumpa kau." Kata Ju. Aku sudah mengerutkan dahi.

Tak faham aku dengan dia ni. Macam la dia ni LEADER arkitek. Huh. "Nanti aku datang tingkat lapan la lepas aku meeting. Sebab lepas meeting aku takde kerja." Kata Ju. Aku menjawab pernyataannya dengan 'O'. Terus pintu lif terbuka di tingkat lapan. Terus aku keluar dari perut lif. "Jangan lama pulak. Penat aku tunggu nanti. Bye, assalamualaikum." Kataku.

"Iye la Cik Raisya. Waalaikumusalam." Balas Ju. Aku sempat jugak tengok Danial Raiyan yang berdiri dekat penjuru lif. Kut la dia ni dari tadi pandang aku ke. Ju melambai kepadaku. Aku pun membalas lambaiannya.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang