BAB 33

20.6K 746 29
                                    

RANIA duduk di sofa tanpa disuruh. Dia tahu yang Juliana tak kisah kalau dia nak duduk dekat sofa tu pun. Bukannya dapat sumpahan kalau duduk dekat sofa empuk bilik pejabat dia ni.

"Kenapa dengan kau weh? Apa dah jadi? Kau okey tak ni?" Soal Juliana. Rania mengerutkan dahi. Juliana yang turut duduk di sofa tadi memeriksa Rania. Hey, apa ni raba-raba orang.

"Aku okey je la. Encik Danial tu ha yang cedera." Juliana terkejut.

Flashback..

"HELLO, cik Ana.. Besi sudah berjaya dijatuhkan pada sasaran." Kata seorang pekerja binaan pada talian ketika berada di tingkat atas di zon tiga.

Gadis yang diseru sebagai 'Cik Ana' itu menekup mulutnya. Gembira nampak. "What!? Good, you make a good work. Make sure yang benda ni adalah accident dan tidak dirancang. Kau faham kan maksud aku."

Pekerja binaan itu mengangguk. Dia menunduk untuk tengok ke bawah bagaimana keadaan sekarang. Keadaan gamat dengan suara dan kerisauan orang sekeliling. Besi panjang jatuh, memang boleh jadi arwah la siapa yang terkena.

"Tapi, cik.. Bagaimana dengan bayaran saya?" Soal pekerja binaan itu. Dia yang menjatuhkan besi itu. Kalau ada yang dapat tahu, pasti dia akan dibuang kerja. Sekurang-kurangnya boleh la dia survive dengan bayaran yang dia dapat daripada cik Ana.

"Amboi. Duit je kau tahu. Tapi perempuan tu mati tak?" Soal Cik Ana. Senang hati dia bila dengar yang besi panjang itu betul-betul jatuh pada sasaran.

Pekerja binaan itu tidak dapat melihat dengan jelas kerana sasaran sedang dikepung oleh orang sekeliling. Kalau tengok melalui atas pun memang tak nampak jugak.

"Ya, mati. Saya nampak ada darah berlumuran cik. Banyak pulak tu." Kata pekerja itu. Memang dia ada nampak tompokan merah. Jelas ternampak kerana baju yang dipakai adalah berwarna peach.

Cik Ana terus gelak jahat. Gembira hatinya mendengar. "Bagus, kau memang dah buat kerja yang bagus. Aku dekat bank ni. Nak bank in kan duit kau."

Pekerja binaan itu tersenyum. "Woi, apa yang kau senyumkan tu? Ada accident berlaku la." Kata pekerja binaan yang berkulit gelap itu dengan kuat ke arah pekerja binaan yang diupah oleh cik Ana.

"Isteri aku mengandung la. Mesti la aku gembira." Kelentong pekerja binaan itu. Terus pekerja binaan berkulit gelap itu turun ke bawah untuk melihat keadaan mangsa.

"Tapi, cik.. Berapa yang cik masukkan?" Bab duit laju je. Panggilan masih belum ditamatkan rupanya.

"Aku masukkan enam ribu. Cukup la tu. Kerja mudah je pun. Takkan la nak aku bayar lebih pulak."

"Eh, tak la cik. Lebih daripada cukup tu." Terus panggilan ditamatkan. Dia pun turut turun ke bawah untuk melihat dengan jelas keadaan yang terjadi.

End flashback..

"So ni, Encik Danial okey tak?" Soal Juliana. Soalan bodoh apakah ini. Mesti la Danial tak okey. Dah kata cedera tadi, agak-agak okey ke kalau dah cedera tu. Lain la kalau ada miracle.

Rania terdiam. Kening diangkat minta Juliana faham sendiri. "Ye la kan. Dah cedera, memang tak okey la, kan." Kata Juliana.

"Dia cedera tang mana?" Amboi dialek dia dah keluar dah. Kadang-kadang lawak jugak dengar Juliana cakap pakai dialek ni. Nampak prihatin je dia ni dekat bos. Macam ada ketam di sebalik batu je.

Rania menarik nafas. Masih lagi pening dan terkejut. Sejujurnya dia haus sangat. Kalau boleh, nak aje dia pergi dekat mesin air Cuckoo Juliana lepas tu minum. Ya Allah, nikmatnya kalau dapat air sekarang ni.

"Dia cedera dekat bahagian atas siku lengan kanan dia. Memang panjang la jugak luka dia tu. Aku ambil air tu boleh tak? Haus la." Pinta Rania lalu menuju ke arah mesin air Cuckoo dan mengambil segelas cawan untuk mengambil air. Juliana mengangguk.

Juliana mendengus. "Kesian Encik Danial kan." Kata Juliana. Rania mengangguk. Memang kesian. Sebab Rania la Danial cedera. Tapi kalau Danial tak selamatkan Rania, memang dia dah arwah.

Rania terus meletakkan semula gelas itu setelah puas minum air. "Okey la weh. Aku nak balik tempat aku. Assalamualaikum." Pamit Rania lalu menuju keluar.

"Okey. Waalaikumusalam."

******

"KAU kata yang dia dah mati. Siap kata ada darah berlumuran lagi. Kau menipu aku eh. Aku dah agak yang dia tak mati. Kau ingat aku percaya ke? Nasib baik la aku tak masukkan duit lagi ke dalam akaun bank kau." Gumam Cik Ana. Dia memang dah agak. Mesti la lelaki tu akan pura-pura jadi hero.

Pekerja binaan yang sedang seronok menikmati makanannya berhenti makan. Gembira rasa hati kerana dapat enam ribu dengan mudah. Tetapi kali ini dia berhenti makan kerana diterjah oleh cik Ana melalui panggilan telefon.

Barulah dia dapat menikmati makanannya. Kerja binaan ni sibuk sangat, nak makan tengah hari pun kadang-kadang tak berpeluang dan kadang-kadang lambat makan. Sandwich diletak semula ke dalam mangkuk.

"Apa yang cik cakapkan ni. Memang saya nampak sendiri yang ada darah berlumuran." Kata pekerja binaan itu. Cik Ana ketawa di hujung talian.

"Kau ni dah buta ke? Dah tak reti bezakan mana lelaki mana perempuan ke?" Sinis Cik Ana. Dia paling tidak suka orang yang suka berahsia dan orang yang suka menipu. Senang cerita dia tak suka orang yang hipokrit.

"Saya yang nampak sendiri cik..."

"Sudah-sudah la menipu tu. Aku dah malas nak dengar. Sekarang ni, aku dah tak nak ada apa-apa urusan dengan kau. Anggap je la yang aku tak pernah minta kau buat apa-apa untuk aku. Lupakan semuanya tau." Arah Cik Ana.

Pekerja binaan itu mulai takut. Sedih pun ada sebab tak dapat enam ribu. Banyak tu jumlahnya. Tapi rasa marah pun ada sebab cik Ana menipu dia. Terus panggilan dimatikan. Cik Ana terus mendelete nombor pekerja binaan itu daripada telefonnya.

******

DANIAL terus keluar dari biliknya. Tadi Firash masuk ke bilik pejabatnya untuk menghantarkan baju kepada Danial. Tak manis la kalau Jane yang hantarkan.

"Macam mana Angah boleh cedera. Tak macho la hero malaya cedera." Sakat Firash. Angahnya ini memang terkenal di kalangan staf Danial Holdings walaupun Raiyan lebih handsome daripadanya.

Tapi entah la macam mana si angahnya ni boleh famous. Sebab jawatan CEO yang disandangnya kah? Tapi jawatan Raiyan lebih tinggi. Pemegang Saham Kedua Terbesar. Kalau setakat CEO tu, Raiyan boleh je petik jari pecat Danial. Nampak tak betapa powernya kuasa yang Raiyan ada di dalam Danial Holdings.

Danial mendengus. "Hero malaya apanya. Cedera sikit je ni. Hero malaya ni tak rasa sakit pun la. Hero malaya ni kebal, tak tahu ke?" Mula la Danial nak gelar diri tu hero malaya. Pantang dipuji betul. Ceit.

Firash menjelir lidah. "Dah la. Rash nak hantar Aisy balik. Tadi Pemegang Saham Kedua Terbesar arahkan Rash supaya hantar anak dia balik. Biasa la. CO ni kan driver anak dia." Kata Firash. Amboi, ayat macam minta simpati.

"Ye la. Memang kau tu driver anak dia pun. Baru sedar ke?" Giliran Danial menyakat. Dah lama tak sakat Firash. Dulu waktu kecil, Firash ni la yang paling dia suka sakat. Tapi sejak Danial Amsyar lahir, dia terus dah tak sakat Firash. Dia sakat Amsyar pulak.

"Angah ni nak main-main pulak. Dah la, Rash ni pun orang berjawatan. Makin sibuk." Kata Firash nak menaikkan saham di hadapan angahnya lalu keluar dari bilik pejabat angahnya. Danial terus menyarungkan baju kemeja yang dihantar oleh adiknya tadi.

******

BARU LA BERPELUANG HIDUPKAN WATAK DANIAL FIRASH NI. RASA MCM RAMAI LA PULAK HERO CERITA NI, KAN. APA KATA KITA BUANG SATU WATAK.. NAK TAK??

Mr. Charming [C]Where stories live. Discover now