Tiba-tiba je ada seorang budak datang ke arahku. Aku yang sedang sibuk menyusun paperwork berhenti menyusun bila budak tu menegur. "Hai." Budak tu berpakaian seperti pelajar tadika. Aku tersenyum ke arahnya. "Hai, adik." Kataku. Baru aku teringat ada 'Kinder Chocolate' dekat dalam handbag. Aku mengambil handbag aku lalu keluarkan coklat itu. Aku hulurkan coklat itu kepada budak itu.
Budak itu tersenyum menampakkan giginya yang tersusun kemas. Dia mengambil huluran coklat tadi. "Thank you." Katanya. Dia pun membuka bungkusan kotak kecil itu. Comelnya la budak ni. Matanya sungguh menawan. Bulu matanya melentik. Mata dia pula berwarna sky blue. Dah macam budak America pulak dah. But seriously, comelnya dia. Tapi budak tu tak pakai lens, kan!
Dia mematahkan satu bar coklat itu lalu memasukkan ke dalam mulutnya. "Kakak, are you an intern? Cause I never saw you before." Comelnya suara dia. Siapa la ayah budak ni. Boleh ke benarkan budak-budak masuk sini sesuka hati. "Yes, I'm an intern. Hari ni baru akak masuk kerja." Balasku. Senyuman manis aku ukir. Giliran aku pulak bertanya. "So, what are you doing here? Where's your parents?" Dia tersenyum lagi menampakkan barisan giginya yang rapi itu.
Ya Allah, comelnya dia bila senyum macam tu. Lebih-lebih lagi nampak lesung pipit. "I accompany daddy here. He's now meeting my papa." Kata budak itu lagi. Dia menghulurkan bungkusan coklat itu kepadaku semula. "Akak nak?" Tanya dia pula. Aku yang bagi dia, dia pulak yang bagi kat aku. Tapi bagus jugak, dia ni caring la jugak. Aku menggeleng. "Takpe, adik makan je la." Kataku.
Dia menggeleng. "Daddy cakap, tak elok makan coklat." Aku mengangguk. "Memang pun. Tapi adik makan jugak." Aku tersengih. Dia juga tersengih menampakkan gigi dia lagi. Kali ni gigi dia sudah ditutupi oleh coklat yang aku berikan tadi.
"Nama kakak apa?" Tanya budak itu lagi. Aku tersenyum. Ada la jugak peneman. Dah la tengah banyak kerja, memang boleh stress dibuatnya. "Nama kakak NurRaisya Rania. Adik pulak nama apa?" Tanyaku pula. Dah macam main tukar-tukar soalan pula.
Budak itu menjilat jarinya yang dipenuhi dengan coklat tadi. "My name is Danial Aisy bin Danial Raiyan." Balas budak itu semula. Siap dengan nama ayah lagi. Tiba-tiba je Jane datang ke tempatku. "Aisy!" Panggil Jane. "Dekat sini rupanya. Puas akak cari Aisy. Daddy kata jangan main-main kat sini. Lagi satu, daddy cakap jangan ganggu kakak² and abang². Dah, pergi main dengan daddy kat office." Kata Jane lagi. Aisy terus beredar meninggalkan aku bersama Jane.
"Jane. Daddy Aisy tu kerja apa? Apa jawatan dia kat company ni?" Tanyaku hendak memecahkan kesunyian di antara kami. Jane terlopong. Dah kenapa si Jane ni."You tak tahu apa jawatan daddy Aisy. Oh My God. Takkan la you tak tahu?" Tanya Jane. Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Aku menggeleng. "Tak tahu langsung?" Tanya Jane lagi. Aku terdiam.
"Okey, okey. Daddy Aisy well known as Danial Raiyan. Dia ni pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat ni. Maklum la, company ni company family dia. Turun temurun punya." Balas Jane. Kemudian dia tersengih.
Aku mengangguk. "Oh, siapa pemegang saham yang terbesar kalau macam tu?" Tanyaku lagi. Ada pulak pemegang saham kedua terbesar, kan. Tak pernah pulak aku dengar istilah ni. Jane tertawa kecil. Amboi, sedap gelakkan orang.
"Ish, you ni. Mestilah ayah kepada CEO and pemegang saham kedua terbesar tu. Bos kepada semua pekerja DANIAL HOLDINGS!! Kiranya dia ni berpangkat besar la." Balas Jane lagi. Tegas kata-katanya. Aku mengangguk saje.
"I mana tahu pasal semua ni. Eh, Jane. I dah siap arrange fail ni. I nak hantar dekat siapa?" Tanyaku. Jane mengangkat kening. Reaksi Jane sedikit terkejut dengan pertanyaanku.
"Eh, fail? Siapa yang bagi you fail ni? Patut la you busy sampai tak nak lunch dengan I tadi." Kata Jane. Dia memang terkejut. Fail yang belambak di atas mejaku diselak satu per satu. "Fail ni bos yang suruh Lia arrange. Macam mana you pulak boleh ada fail ni. Mesti Lia yang bagi you. I dah agak. Mesti Lia akan datang and mintak fail ni nanti. Kalau dia datang kat you and mintak fail ni, you jangan bagi." Ujar Jane. Uishh, dia pulak yang lebih-lebih mengajar.
Aku terdiam. Tak tahu nak balas apa. "Okey, Jane. I lagi tak faham. Siapa pulak bos kita?" Tanyaku. Macam ramai la pulak tokoh-tokoh utama syarikat ni. Dia tertawa kecil. Tangannya didakapkan ke mulutnya. "Rania, you ni funny la sometimes." Katanya. "Okey, okey. Bos kita pulak Danial Firash. You mesti tak tau siapa CEO kan. Okay, dah alang-alang I cerita. Biar I cerita terus. CEO kita pulak Danial Wazal. Em, Danial Firash ni adik kepada Danial Wazal and Danial Raiyan. Still single and available. Okey la Raisya. I nak sambung kerja." Kata Jane lalu beredar. Kemudian dia berundur semula. "Oh ye, sebelum I lupa, hantar la fail ni dekat bos kita, Danial Firash. Room dia dekat tingkat 16. Bye, Raisya." Kata Jane lagi lalu terus beredar tanpa menoleh memandangku.
Ngantuknya rasa. Tak tahu nak buat apa dah. Tiba-tiba muncul idea bernas dari akalnya. Komputer di hadapannya dibuka. Better buka internet, tengok contoh lukisan. Tiba-tiba ada seseorang datang ke mejaku.
Pap. Lia la tu. "Ni ada lagi fail. Kali ni bos suruh kau...."Belum sempat dia sambung kata-kata, aku dah mencelah. "Bukan ke fail yang you bagi I tadi, bos sebenarnya yang suruh you arrange? Now what? Mesti kerja you but you nak I yang buatkan, kan! Sorry la. I tak dibayar oleh you untuk buat semua ni. Kerja you, you la yang buat." Balasku tegas. Kau tak pernah tengok NurRaisya Rania tegas, kan! Nah, tengok la betapa tegasnya aku.
Lia dah terkejut. Terkedu dia seketika. Memang dia diam membisu. "Err..err.." Katanya perlahan. Tau pun takut. Ni baru sikit. Belum lagi aku keluarkan skill tazkirah aku. "Fail ni, you buat la sendiri." Kataku lagi. Jelingan tajam aku hadiahkan dekat dia sebelum dia kembali ke mejanya. Aku kena naik tingkat 16 la nampaknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...