BAB 46

19.3K 714 11
                                    

"HAA, abang balik Putrajaya malam ni?" Rania tarik muka. Masam mengalahkan cuka.

Ryan mengangguk. Dah cakap tadi, buat apa la Rania ni ulang balik. Sengaja buat pekak telinga ke apa.

Ryan menarik pipi gebu Rania. Adik sendiri, darah yang sama, memang mahram sebab adik-beradik. Jadi, tak salah kan. "Tarik muka nampak. Nak tunjuk merajuk la tu." Kata Ryan.

"Eh, mana ada. Rania suka sangat sebab abang nak balik dah. Takde la rumah ni bau...." Rania buat-buat tutup hidung.

Ryan menjongket kening. "Bau apa?" Teringin jugak nak tahu kan.

"Bau... budu!" Kata Rania bergurau. Apa kau ingat Putrajaya tu tempat famous dengan budu ke?

Tak pasal-pasal je telinga Rania ditariknya. "Aduh. Sakit la." Terus Rania mencubit peha abangnya.

Entah dari ceruk mana, si Hanis menyampuk. "Sweetnya la korang ni." Amboi, cemburu ke cik Usahawan ni.

Tak lama kemudian, telefon Ryan berbunyi. "Biasa la doktor, selalu sibuk la katakan." Kata Hanis lalu duduk di sebelah Ryan.

"Rania dengan Hanis patut bersyukur sebab tak jadi doktor." Kata abang mereka setelah panggilan tamat. Serentak Rania dan Hanis mengerutkan dahi mereka.

"Kenapa pulak?" Soal Rania.

"Sebab jadi doktor ni, kerja terlalu sibuk. Sampai orang boleh kecam." Balas Ryan. Amboi, macam tuju dekat Hanis je ni.

Hanis memekakkan telinga. Buat tak dengar la tu. Tapi dah dengar dah pun. "Okey la. Aku nak tidur." Kata Hanis lalu naik ke biliknya.

Serentak Ryan dan Rania tergelak. Rania dengan Ryan ni kamceng sangat. Sejak kecil lagi. Bagus la kan, adik-beradik, buat apa nak berenggang. "Sentap la tu. Abang acah-acah je tadi." Kata Ryan.

Rania tergelak. "Okey la. Rania pun nak masuk tidur. Abang kan nak balik Putrajaya esok. Doktor busy kan." Kata Rania. Sengaja dia ulang ayat Hanis.

***

RANIA bangun lewat lagi pagi ini. Nasib baik la Ryan baik hati nak hantar Rania pergi Danial Holdings. Berlari-lari dia dapatkan lif tadi. Nasib baik tak sibuk. Lif pun tak penuh.

Rania melambai ke arah Juliana yang sedang duduk di meja kerjanya. Terkejut Juliana melihat, dia sangkakan yang Rania tidak bekerja hari ini.

Dengan pantas Juliana mematikan i-Mac di atas meja kerja Rania. Ditutup buku diari hijaunya dan dimasukkan ke dalam handbagnya. Rania terus meletakkan handbagnya di atas meja kerjanya.

"Kau buat apa kat meja aku ni?" Soal Rania. Juliana duduk selamba. Buat-buat tak dengar. Rania terus mencuit bahu Juliana.

Terus Juliana mengangkat muka. "Kau buat apa kat meja aku ni?" Soalannya tadi diulang kembali. Juliana menggeleng. Berharap yang Rania tidak mengesyaki apa-apa. Kalau si Rania ni tahu apa yang Juliana buat, rosak la plan dia nanti.

"Tak buat apa-apa pun. Kenapa kau lambat hari ni?" Soal Juliana pula.

Rania tersengih-sengih. "Faham-faham je la." Malas Rania nak jawab. Nanti si Danial tu dengar pulak sebab dia lewat hari ni. Macam dia tak tahu yang telinga Danial tu boleh dengar sejauh satu kilometer.

Rania berdiri tetapi Juliana seronok duduk di atas kerusi Rania. Kecik besaq kecik besaq ja aku tengok dia ni. Harap hangpa faham la ye.

"Kau tahu tak pasal projek besar yang Danial Holdings bakal handle nanti?" Soal Juliana. Dia cuba nak dapatkan maklumat daripada Rania. Sekarang ni Danial dah pinggirkan Juliana. Juliana dah tak tahu macam mana nak dapatkan maklumat tu selain daripada melalui Rania.

Rania menjongket kening. Tak tahu la tu. "Ada ke? Entah la." Kata Rania selamba. Juliana tidak berpuas hati dengan jawapannya.

Juliana kemudian mengeluarkan handphonenya. Buat-buat tengok sesuatu dekat skrin la tu. "Betul ke ni?" Soal Juliana dalam nada berjenaka. Tak nak la Rania syak apa-apa.

Tak lama kemudian, Jane datang ke tempat Rania. "Hai Ana, hai Raisya." Tegur Jane. Rania memberikan senyuman manis kepada Jane. Lama dah tak nampak batang hidung Jane.

"Mr. CEO nak jumpa." Kata Jane. Juliana menjongket kening. Gembira la tu bila dengar yang Mr. CEO nak jumpa. Siapa lagi, kalau tak lain dan tak bukan Danial Wazal.

"Okey." Kata Juliana lalu berdiri dan mengambil handbagnya untuk menuju ke lif. Tetapi langkahnya terbantut dek kerana panggilan Jane.

"Ana... Not you. It's Raisya. Pergi la, Encik Danial panggil." Kata Jane kepada Rania. Juliana hanya buat selamba. Malu tak terkata. Dia sangkakan yang Danial nak jumpa dia. Rupa-rupanya Danial nak jumpa Rania.

Rania terus berlalu ke lif untuk ke aras 20. Sempat dia perhatikan Juliana. Kesian Juliana, tak pasal-pasal je dia dapat malu sebab bersangka yang Danial nak jumpa dia.

***

RANIA terdiam tidak berkata apa-apa. Tiba-tiba je Danial panggil dia. Sekejap dia pandang siling, sekejap pandang sofa. Penat berdiri, dari tadi tak disuruh duduk.

Apa agaknya tujuan Danial panggil dia. Kalau setakat panggil suruh dia jadi tugu negara dekat pejabat besar dia ni buat apa. Nak tunjuk gah sebab ada bilik pejabat besar macam ni ke apa.

Dari tadi Rania memerhati Danial yang sibuk meneliti sesuatu dalam MacBook Applenya itu. Entah apa yang ditenung pun Rania tak tahu.

Hanya bunyi pendingin hawa yang kedengaran. Apa agaknya dia nak cakap eh. Getus Rania. Rania mengeluh tanpa sedar. Keluhan itulah yang buatkan Danial angkat muka.

"Aku panggil kau masuk ni, bukan nak suruh kau mengeluh." Suara Danial buatkan Rania tersedar dari lamunannya. Dia pandang Danial.

Rania mencebik. Dah tahu macam tu, cakap la sebab apa dia nak jumpa aku. Takat nak aku berdiri dekat sini, aku lebih rela berdiri dekat pantry la. Bebel Rania nasib Danial tak perasan.

"Nanti ada meeting." Kata Danial. Rania mengangguk faham. Tu je ke?

Rania mengerutkan dahinya. "That's all?" Soalnya. Danial mengangkat muka. Kemudian mengangguk.

Rania mendengus. "Okay la. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu." Kata Rania.

Baru je Rania nak menoleh untuk berlalu pergi, Danial dah panggil. "Make me a cup of coffee." Pinta Danial lebih kepada mengarah. Rania memandang Danial dengan pandangan kosong.

"Fine." Kata Rania lalu turun ke pantri. Tak sangka lelaki pun boleh buat muka. Muka merayu minta dua puluh sen.

***

"AMIR dengan Rania. Rain dengan Aira. Mia dengan Myra. Keputusan muktamad kan." Kata Danial lalu memandang satu per satu wajah arkitek syarikatnya.

Yang lain mengangguk kecuali Juliana. Bukannya cuma Rania dengan Amir. Ada lagi yang lain. Mia dengan Myra. Rain dengan Aira. Dan ada lagi yang lain.

Fair and square la. Semua ada partner. Untuk projek baru ni, kecuali Juliana je yang tak ada. Ada la lagi arkitek yang tak nak participate, mereka ada projek lain.

Juliana datang meeting sekali cuma dia takde participate sekali. Semua bersurai setelah tamat perbincangan. Makin sibuk la Danial sekarang ni.

★★★

ADA ORG YG PM SAYA SURUH SAYA UPDATE LAGI. SORRY LA. SAYA MMG NAK SGT UPDATE, TAPI SAYA KEKERINGAN IDEA LA. THANKS SBB PM YE.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang