BAB 56

18.5K 763 30
                                    

Rasa mcm nak peluk je readers yg sudi baca Sweet Sixteen. Hehehe.

***

JULIANA tersenyum sinis. Fail berwarna hijau muda yang dia ambil dari pejabat Danial Wazal dipandang lama. Sekejap dibuka sekejap ditutup fail tersebut. Dia tidak pasti sama ada dia yakin atau tidak dengan rancangannya itu.

Plan dia adalah memberikan fail berwarna hijau muda itu kepada Raihan yang akan membantunya memusnahkan Danial Holdings. Semuanya kerana janji manis Danial Wazal ketika dulu.

Juliana jadi macam ni sebab dah tergilakan Danial Wazal la. Rupa-rupanya Danial Wazal hanya mempergunakannya demi kepentingannya sendiri. Kerana syarikat keluarganya.

Sebelum Rania datang bekerja di Danial Holdings, Juliana terlebih dahulu bekerja di situ. Kerana kerajinan dan kegigihannya, dia dapat menjadi ketua arkitek. Ideanya diguna-pakai. Dia juga menjadi pekerja yang amat dipercayai dan diyakini oleh Danial Wazal.

Danial Wazal kata akan naikkan gaji dan pangkat dia, tapi tak langsung. Semua itu hanya janji palsu. Juliana nekad untuk menghapuskan Danial Holdings kerana Danial Wazal hipokrit.

Bila teringatkan hal itu, Juliana terus mencampakkan fail hijau muda yang dipegangnya ke lantai dan menuju ke kantil dan menghenyakkan tubuhnya di katil dan tidur.

***


FIRASH dengan geram terus naik ke bilik Angahnya, Danial Wazal. Dari pagi lagi dia asyik tertanya-tanya je apa yang ada dekat bilik pejabat Angahnya tadi. Ai Along, Raiyan tak mahu bagi tahu. Reti buat orang suspen je.

Pintu diketuk. Tanpa izin, dia terus membuka pintu dan melangkah masuk. Dia terus menghenyakkan tubuhnya ke atas katil. Danial sedang duduk sambil menatap MacBooknya di atas katil.

"Angah ada girlfriend eh." Danial mengerutkan dahinya. Tidak pulak dia menoleh memandang Firash.

"Angah bawa girlfriend masuk bilik pejabat Angah eh." Danial menoleh memandang adiknya bersama kerutan di dahi.

"Apa Rash merepek ni. Mana ada la." Danial menjawab separuh marah. Dia tengah stress ni. Selalu sangat masalah datang sejak akhir-akhir ni. Dia jadi hairan.

Firash bangun dari katil dan duduk bersila di atas katil Danial. "Angah, jangan nak menidakkan la. Jujur je." Firash menumbuk bahu Danial perlahan.

Danial menghela nafas berat. "Rash jangan kacau Angah boleh tak. Angah tengah fed up ni." Marah Danial. Firash terus memasamkan muka kerana dimarahi.

"Angah tiba-tiba marah ni dah kenapa." Baru je dia nak tambah 'Gaduh dengan girlfriend ke?' Tapi bila fikir balik, Angah dia tengah marah. Makin marah la Danial kalau Firash tambah perkataan tu.

Danial menggaru kepalanya sebelum menunduk. "Angah tak tahu la kenapa barang penting dekat syarikat kita ni asyik hilang je. Fail penting warna hijau muda yang syarikat Chen.Y & co. minta tu pun hilang. Last Angah check semalam. Pagi tadi Angah nak serahkan pagi tadi tapi dak takde. Hilang terus. Kalau Angah tak hantar dalam minggu ni, habis la kita. Projek ni je yang kita boleh harap. Kalau terlepas juga, tak tahu la. Agaknya kita dah jatuh la Rash." Panjang lebar Danial meluahkan.
Danial Firash terkejut. Fail hilang lagi. Macam-macam masalah betul la. Kalau yang hilang je, mesti berkaitan projek besar. Siapa la yang jahat sangat pergi mencuri tu.

"Angah check la CCTV." Cadang Firash. Dia tak tahu ke yang Angah dia ni dah banyak kali check.

Danial mengangkat muka. Senyum pahit diberi. "Angah dah check. Tapi CCTV tiba-tiba tertutup waktu tu. Sebelum ni fail tu ada dekat rak fail. Beribu kali Angah teliti." Tipu sangat la. Baru check 4-5 kali dah kata beribu. Tak reti beza betul.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang