RANIA tersenyum apabila melihat Danial memarkir keretanya betul-betul di hadapan restoran abahnya. Dia gemar makan dekat restoran abah ke? Betul ke restoran abah. Entah-entah restoran mamak tu kut.
"Kita nak makan dekat mana ni?" Tanya Rania. Dia nak tahu je mana satu restoran yang Danial kata dia gemar sangat tu. Nak kembang kejap kalau restoran abah.
Rania dan Danial terus keluar daripada perut kereta. Terus Danial menekan button lock pada remote control keretanya. "Restoran ni la. Apa kau ingat aku makan dekat kedai mamak ke." Kata Danial lagi. Raisya tertawa kecil.
Danial menunjuk ke arah restoran abah. Alhamdulillah, tak sangka pulak mamat muka ketat ni gemar makan dekat restoran abah. Getus Rania di dalam hati. Rania menguntum senyuman manis lagi.
Rasanya hari ni Hanis bantu abah uruskan cawangan dekat Cheras. Sekali lagi telefon Rania menjerit minta diangkat. Rania tersenyum melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya. Panjang umur.
"Assalamualaikum. Ada apa call ni?" Kata Rania.
"Waalaikumusalam. Saje je nak call. Kau kat mana tu?" Soal Hanis. Rania tersengih-sengih. Dia melintas jalan tanpa memandang kiri kanan. Danial di belakang terus menarik lengannya.
Terkejut Rania dengan tindakan Danial. Terus kereta yang lalu tadi menekon hon dengan sekuat hati. Tanda marah dekat Rania la tu sebab tak tengok kiri kanan terlebih dahulu.
Dia terus menyambung panggilannya bersama Hanis. "Rania dekat restoran abah." Kata Rania dalam nada berbisik.
"Hm, nanti kau balik rumah dengan siapa?" Soal Hanis. Alahai, ni je pun yang Hanis nak tanya aku. Baik straight to the point je. Aku hampir dikerjakan ke hospital sebab call ni tahu tak. Bebel Rania dalam hati.
"Entah la. Kenapa?" Soal Rania semula. "Aku dari hari tu mintak casing iPhone aku. Sampai sekarang aku tak dapat. Boleh tak kau singgah belikan." Kata Hanis dengan lembut. Geli jugak dia sebab nak kena cakap lembut sikit.
"Hm, tengok la nanti." Balas Rania lalu mematikan panggilan. Aku ingatkan Hanis ada dekat restoran ni. Danial tak tahu ke ni restoran abah. Atau dia sengaja buat tak tahu. Hari tu dengan ummi elok aje bersembang.
"Order je la apa-apa. Semua makanan dekat sini memang sedap." Kata Danial. Nasib jugalah yang mengambil order mereka adalah pekerja baru. Mereka berdua pun memesan makanan mereka.
Sementara mereka menunggu, mereka berbual seketika. "Encik...." Rania ingin membuka mulut untuk bertanyakan Danial soalan. Terus Danial memotong. "Kau pass la. So, esok kerja macam biasa, tapi dekat aras 16. Bukan aras 8. Faham?" Jelas Danial. Dia sendiri pun tak tahu bagaimana agaknya nak melatih budak.
Siapa sahaja yang akan dilatihnya pasti akan gembira kerana mudah sahaja menjadi arkitek. Lulus dengan mudah, tak perlu nak bersusah-payah berlatih. Tapi Rania ni lain pulak. Malah dia tanya aku macam mana aku train budak. Haih. Getus hati Danial.
Rania mengangguk tanda faham. Air yang mereka pesan pun tiba. "Encik dah lama ke kenal ummi dengan abah saya?" Soal Rania. Pandangan Rania terus beralih daripada minumannya kepada meja lain.
Dia seperti mengenali sesusuk tubuh yang sedang duduk dan mencatat sesuatu pada buku nota. Dia bingkas bangun. Jawapan Danial tidak diendahkannya. Dia terus menuju ke meja yang terdapat seseorang yang amat dia kenali.
"Assalamualaikum." Kata Rania. Orang itu terus mengangkat kepalanya untuk mencari gerangan yang memberi salam itu. Danial hanya melihat. Dia turut bangun setelah melihat wajah orang itu. Orang itu memberikan senyuman manis.
"Waalaikumusalam." Rania menghulurkan tangan untuk bersalam. "Rania ingatkan abah uruskan cawangan dekat Cheras." Kata Rania. Abahnya tersenyum manis.
"Tak la. Biar Hanis tu berdikari. Rania makan dengan siapa? Abah tak perasan pulak kamu datang." Kata abahnya. Rania membalas senyumannya. Danial menghampiri mereka. Tangan abah Rania disalam.
"Belum makan lagi abah. Makanan belum sampai. Memang la abah tak perasan kehadiran Rania, kan abah sibuk catat sesuatu." Kata Rania memahami.
Abahnya tersengih. "Abah dah makan?" Soal Rania pula.
"Dah tadi. Lepas habis solat Jumaat, abah terus makan. Dah order ke?" Soal abahnya lagi. Danial yang duduk di sebelah Encik Haqq hanya diam membatu. Rania dan Danial mengangguk.
"Kamu berdua pergi mana tadi?" Soal Encik Haqq kepada Danial.
Rania memberi isyarat mata kepada Danial. Danial tidak memahami langsung apa yang cuba Rania sampaikan melalui isyarat matanya.
"Baru balik dari masjid. Tadi singgah tengok site, lepas tu kami pun singgah solat dekat masjid." Balas Danial. Reka cerita je la yang dia reti. Abah Rania mengangguk mengerti.
"Kamu berdua je ke?" Soal Encik Haqq kepada Danial lagi. Rania tersenyum nipis. "Tak la. Ramai sebenarnya, cuma yang lain dah balik dulu." Balas Danial lagi. Tak lama kemudian makanan mereka pun sampai. Rania terus ke meja tadi untuk mengambil minumannya.
"Makan la. Abah belanja. Kalau tak cukup, order lagi." Kata Encik Haqq. Rania dah terlebih gembira. Terus dia makan setelah membaca doa.
"Abah, nanti abah ambil Rania tau." Kata Rania lalu mengenyitkan matanya kepada abahnya. "Iye la. Itu la, lain kali orang tawarkan nak bagi kereta tu, terima je la. Nak jual mahal pulak." Kata abahnya. Alamak, abah ni. Kalau nak cakap pasal hal ni sekali pun, jangan la cakap depan Danial.
"Ye la, abah." Balas Rania lalu menyambung suapannya. Abahnya hanya berbual dengan Danial. Rania dipinggirkan. Sesekali ada la jugak Rania mencelah perbualan abahnya dengan Danial.
********
"Bos, ada pelanggan mengadu. Dia kata nak jumpa dengan bos." Kata salah seorang pekerja di Restoran H.R. Hanis terkejut dengan apa yang baru didengarnya.Hanis terus bangun dari duduknya. Dia terus keluar dari bilik pejabat kecilnya. "Mengadu sebab apa? Makanan ada lipas!" Kata Hanis. Dia dan staf Restoran H.R. segera menghadap pelanggan yang mengadu.
Ini merupakan kali pertamanya menerima aduan daripada pelanggan. Sebelum ini, tidak pernah pula ada pelanggan yang mengadu.
"Mana bos kamu? Panggil dia sekarang!" Kata pelanggan perempuan itu tadi. Mengamuk macam singa kelaparan. "Saya bos mereka? Ada apa puan panggil saya?" Kata Hanis dengan lembut setelah sampai di meja makan pelanggan itu.
"Kamu semua sila sambung kerja." Kata Hanis kepada semua staf yang mengerumuni meja makan pelanggan yang mengamuk tadi.
"Makanan saya ni ada lipas." Kata pelanggan perempuan itu tadi dengan selambanya. Tangannya disilangkan ke dada. Hanis terus melihat nasi goreng U.S.A yang dipesan oleh pelanggan itu tadi.
Terkejut dia melihat ada seekor lipas mati di atas nasi goreng itu. Hanis mendengus. "Setahu saya, saya dah periksa segalanya sebelum pekerja saya melakukan sebarang kerja. Jadi, mustahil la ada lipas dalam makanan puan." Kata Hanis.
"Saya tak kira. Kamu dah buat spot check ke double check ke yang pasti saya takkan bayar untuk makanan ni. Saya nak makanan lain." Kata pelanggan itu dengan marahnya.
Hanis menghela nafas. "Puan, bincang baik-baik boleh kan. Lari pelanggan saya nanti." Balas Hanis selamba. Muka pelanggan itu tidak dipandangnya. "Saya rasa lipas ni datang dari puan sendiri. Bukan nak menuduh, tapi mustahil la chef saya atau pekerja saya nak letak lipas sebagai hiasan untuk nasi goreng ni." Hanis sudah tidak berlembut.
"Kalau puan masih tak nak mengaku, saya boleh tengok je rakaman CCTV." Kata Hanis selamba. Mujur juga abahnya memasang CCTV di penjuru siling restoran itu. Pelanggan itu masih tak nak mengaku.
"Saya tak tahu la apa masalah puan sebenarnya sampai sanggup buat begini kepada restoran saya. Mungkin puan nak mensabotaj restoran saya??" Sambung Hanis lagi. Hampir sahaja Hanis ingin menggunakan kekerasan tetapi pelanggan itu terus mengaku kesalahan dan meminta maaf.
Katanya takde duit nak bayar untuk nasi goreng ni, lagi satu sebab nak rasa makanan lain. Tapi last-last pelanggan tu terpaksa jugak bayar. Ada pulak duit nak bayar. Alasan je tu.
*********
SORRY KALAU PART HANIS TAK BEST. TAKDE IDEA. SEKARANG NI AUTHOR MCM KURANG IDEA. TOLONG BERI AUTHOR SEMANGAT DGN VOTE CERITA AUTHOR 😂. KALAU X BEST SORRY. JGN LUPA VOTE.With love,
Auhtor 💞

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...