BAB 59

18.8K 749 176
                                    

Sis rasa la kan, hm, lepas sis letak cover lelaki handsome ni, HMC ni makin ramai pulak readers. Awat galok sgt hangpa ni 😹😹 Ramai pulak yg sudi komen minta sis update lagi. Kan seronok kalau story baru sis, Sweet Sixteen pun mcm tu. Nak sangat Sweet Sixteen ada ramai yg baca, vote dan komen 😹😹 Nah, sis update. Tapi kena janji dulu yg korg akan baca Sweet Sixteen lepas ni. Okey? 😹

***

RANIA mendiamkan dirinya. Mungkin itu yang lebih baik. Takut betul dia nak bertentang mata dengan abang-abang handome depan mata.

Siapa lagi kalau bukan Danial, Raiyan dan Firash. Rania mengetap bibir. "Encik, saya nak beli air sekejap. Saya tak makan langsung tengah hari ni." Pinta Rania.

Dalam hati memang berdoa supaya mereka bertiga mengizinkannya pergi buat seketika. Terasa kekok betul bila tiga orang lelaki handsome memandang.

Raiyan dan Danial mengangguk bersama senyuman. Firash pulak masih dengan muka ketat. Ketat mana pun muka dia, ketampanan dia tu memang terserlah.

Mana taknya dia buat muka ketat, dia kan paling rapat dengan Amsyar. Rania terus bangun dan mengorak langkah menuju ke mesin air. Air milo dibeli.

Selesai membeli, dia kembali semula ke meja di cafeteria. Raiyan perasan yang Firash dari tadi asyik buat muka ketat dekat Rania.

"Jom lah pergi tengok Am. Mungkin doktor dah selesai rawat dia." Dua jam dah pun berlalu. Takkan la doktor masih tak selesai lagi merawat dia.

Mereka terus bangun dan menuju ke wad Amsyar. Terdapat seorang doktor dan seorang jururawat. "Boleh saya bercakap dengan penjaga dia?" Tanya doktor yang merawat Amsyar.

Secara serentak, Raiyan, Danial dan Amsyar mengangguk. Mereka pun membuntuti doktor tersebut menuju ke pejabatnya. Serious, macam minions. Rania rasa nak ketawa.

Dia terus duduk di sofa yang terdapat di dalam wad Amsyar. Tengok perabot dalaman, Rania dah tahu yang ini adalah wad VIP.

Kerana tidak senang duduk, dia pun duduk di kerusi yang terdapat di sebelah katil Amsyar. Kasihan dia melihat Amsyar yang terlantar di atas katil.

Semua ni salah dia. Kalau la dia tak melintas tadi. Semua ni takkan terjadi. Sudahnya, kereta yang melanggar Amsyar tu memecut laju keretanya.

Bukannya reti nak bertanggungjawab. Dah la melanggar orang, bukan reti nak keluar minta maaf. Rania jadi geram memikirkan apa yang terjadi tadi.

Doktor yang merawat Amsyar duduk di kerusi di pejabatnya. "Jemput la duduk." Arah doktor tersebut. Ketiga beradik itu akur dan duduk di sofa yang disediakan.

"Pihak kami dah buat imbasan CT kepada pesakit. Kami mendapati bahawa otak pesakit pernah bergegar sebelum ni. Betul kan." Raiyan mengangguk.

Danial dan Firash khusyuk mendengar. "Maknanya pesakit sedang amnesia lah ye?" Danial pula mengangguk.

Doktor itu mengukir senyum. "Alhamdulillah. Dia sudah pulih dari amnesia. Tapi ada sedikit ingatan yang tak boleh kembali semula."

"Keadaan Amsyar sekarang ni macam mana, doktor?" Tanya Firash pula. Dari tadi dia berdiam.

Doktor itu tersenyum. "Dia sudah pulih. Cuma kita perlu berdoa lah supaya dia sedarkan diri secepat mungkin." Saran doktor itu.

Mereka bertiga mengangguk faham. Sebelum beredar, mereka mengucapkan terima kasih.

"Am dah pulih. Rash tak payah la nak marah Raisya. Dia tak salah." Kata Danial. Raiyan sekadar mengangguk menyokong adiknya.

Firash memeluk tubuh. "Minta maaf dekat dia nanti. Tak baik tau Rash menuduh dia tadi." Raiyan mula mengarah.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang