BAB 58

19.2K 758 88
                                    

Cover baru. Jadi bersemangat nak update lagi. Tambah² lgi dgn komen² anda yg menghiburkan hati ini 😘

***

SAKIT hati Rania mendengar ucapan Juliana. Apa maksud Juliana sebenarnya. "Kau yang bodoh tak reti pilih kawan."

"Kenapa? Kau tak percaya. Aku la yang runtuhkan replika kau. Aku jugak la yang upah orang untuk jatuhkan besi dekat site. Aku yang sepatutnya pergi dengan Danial. Sebab kau la. Semuanya sebab kau. Kau penyibuk. Kau nak tahu sangat kan, kenapa aku putus tunang dengan tunang aku. Sebab kau la!"

"Dia suka kau selama ni. Dia pergunakan aku untuk rapat dengan kau. Untuk kenal kau. Aku benci kau Raisya." Juliana menangis. Rania mula rasa bersalah. Tiba-tiba bunyi guruh kedengaran.

Sebab dia. Biar betul. Apa je yang dia buat. Takkan la sebab dia pertunangan kawan dia putus.

"Blah la." Juliana menolak bahu Rania sebelum dia masuk ke keretanya semula.

"Selama ni kau berlakon baik la dengan aku." Rania berkata dengan lantang kepada Juliana. Hujan mulai turun membasahi bumi.

Juliana menoleh sambil membuka pintu keretanya. "Ha'ah. Sebab aku kesiankan kau. Kau takde kawan, kan." Juliana tersenyum sinis lalu masuk ke dalam kereta.

Rania melangkah sedikit untuk memberi ruang kepada Juliana untuk reverse.

Juliana terus memecut keretanya menuju ke airport tanpa mempedulikan Rania yang sedang menangis dan dibasahi dengan air hujan.

Rania duduk di tempat Juliana memarkir keretanya. Nasib baik berbumbung. Rania menangis di situ. Mungkin kata-kata Juliana betul. Dia salah pilih kawan.

Dan dia tidak menyangka bekas tunang Juliana ada hati dekat dia. Rania memeluk lutut dan menyembamkan mukanya pada lututnya.

***

DANIAL memandang Rania dengan pandangan tajam. Nak marah la tu. Rania sekadar menjeling sebelum masuk ke dalam lif.

Danial keluar dari lif. Sempat dia bagi pesanan. "Kalau lantai syarikat aku basah dan kotor, aku nak kau jugak yang bersihkan." Sinis fuh.

Rania sedar la yang dia tengah basah lencun ni. Tapi nasib baik Danial tak membebel. Lega sikit telinga dia. Setakat mop je, small matter la.

Danial terus berjalan ke pintu keluar utama. Mana taknya, dah waktu habis kerja. Rania je yang dari tadi duduk dekat tempat parking sampai tertidur dekat situ.

Rania tidak memberi sebarang balasan. Dia sekadar menunduk setelah menekan punat angka 16 pada lif. Wajah Danial yang handsome itu tidak dipandangnya.
Tiba sahaja di tingkat 16, dia segera mengemaskan barang-barangnya untuk pulang. "Eh, Raisya. You ke tu?" Tegur Jane dari belakang.

"Kenapa dengan you ni. Mandi hujan ke?" Jane mengelap cecair yang berada di segenap wajah Rania. Rania senyum hambar.

Rania mengangguk. "You gaduh dengan Juliana, kan." Kata Jane membuatkan Rania tersentak.

"Mana you tahu, Jane?" Jane tersenyum senget.

"I nampak you kejar dia sampai dekat parking lot tadi." Rania tersenyum pahit terkenangkan apa yang terjadi kepadanya tengah hari tadi. Masih segar di ingatannya.

Rania menyarungkan tali tas tangannya di bahu kanannya. "Jane, I balik dulu lah ye." Rania terus berlalu masuk semula ke dalam lif.

Takde mood pulak nak mop lantai yang dah kotor sebab tapak kasut dia yang terkena lopak sikit tadi. Biar je la mak cik cleaner bersihkan.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang