BAB 5

34.9K 1.2K 2
                                    

Aku terus menuju ke lif untuk ke tingkat 16. Tiba-tiba je budak yang bernama Danial Aisy tadi meluru ke arahku setelah pintu lif terbuka. Ternampak seorang jejaka tampan, ada six pack gittuw yang turut keluar dari perut lif. Nampak sasa la jugak, tapi sorry la Rania tak minat lelaki yang terlampau sasa and sado ni. Bila tengok Aisy dari atas sampai bawah, ternampak Aisy memegang tangan lelaki tadi. Ni la kut daddy Aisy.

"Daddy, daddy... Kakak ni la yang bagi Aisy coklat. Kakak ni baik." Kata Aisy lagi. Kedengaran memuji aku. Aku menunduk sedikit. Senang sikit nak sembang dengan Aisy. Tapi lima biji fail besar ni menyukarkan aku. Aku pandang jejaka tadi lagi sekali. Nampak senyumannya terukir. Buat aku ke senyuman dia tu. Oh, jadi.. dia ni la pemegang saham kedua terbesar.

Waaa, first time aku jumpa orang berjawatan tinggi in real life. Macam tak percaya je. Handsome la jugak lelaki ni. Mata dia pun kebiruan macam Aisy. Bulu mata lentik gila. Kalah perempuan. Ke dia ni pakai mascara. Eh, takkan la lelaki nak pakai aksesori perempuan. Positive thinking la Rania oii.

"Hai." Kata lelaki tadi. Anak-beranak sama je. Bukan reti nak bagi salam dulu. "Assalamualaikum." Kataku. Bukan nak bagi dia malu pun. Bila aku toleh belakang, nampak semua staf yang berada di tingkat 8 memandang ke arah kami. Aku menunduk. Tundukkan pandangan tu Rania. "Waalaikumusalam." Dia balas salamku kemudian dia tersengih. "Nak pergi mana ni? Dengan fail banyak macam ni. Tingkat berapa? Wait, awak ni intern ke?" Aku mengangguk. Fuhh, bertalu-talu soalan dia tanya.

"Saya nak pergi tingkat 16. Nak hantar fail ni dekat bos. Encik ni siapa, ya? Encik buat apa kat sini?" Tanyaku. Aduh. Apa la kau ni Rania. Kan kau dah tau yang dia ni pemegang saham kedua terbesar and dia ni Danial Raiyan. Buat apa la kau still tanya. Dia tersenyum. "Saya Danial Raiyan. Daddy kepada Aisy. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat. Haaa sudah. Dia ni tak tahu halal haram ke.

Aku hanya melambai ke arahnya. Memang tak la aku nak sambut huluran tangan kau tu. Aku segera melarikan pandangan setelah dia memandang aku tanpa berkedip. Aku mengusap-usap rambut Aisy. Alahai comelnya la budak ni. Bestnya kalau ada adik kecil. Kemudian aku menunduk sedikit di hadapan Aisy. Aku berbisik sesuatu di telinganya. "Akak ada kerja la, Aisy. Nanti bila akak free, kita sembang panjang-panjang lagi tau." Kataku teruja. Dia mengangguk. "Okey!" Katanya. Jarinya membuat isyarat 'ok' kepadaku. Raiyan masih memandangku. Dia memerhati gelagatku bersama Aisy. Kemudian aku dan Aisy membuat 'Hi-5'. Itu la apa yang aku selalu lakukan bersama Hanis ketika kecil.

Kemudian Raiyan berdehem. Aku memandang ke arahnya. Penat aku menunduk. Boleh bongkok aku dibuatnya. Kemudian aku mengukir senyuman. Aku terus bangun lalu masuk ke dalam perut lif. Nasib baik la pintu lif tak tutup dari tadi. "Saya pergi dulu la Encik. Assalamualaikum." Kataku setelah button '16' aku tekan dan pintu pun terus tutup. Dia dan Aisy menjawab salamku.

Telefon bimbitku berdering lagi. Kali ni Hanis pulak yang call. Aku angkat panggilannya. "Hello, assalamualaikum." Hanis menjawab salamku. "Kenapa call ni? Okey, biar Rania teka. Mesti lulus ujian memandu, kan!" Kataku. "Ahaha, haah. Mesti la lulus. Hanis la katakan, expert gittuw." Balasnya.

Aku tertawa kecil. "Tak susah pun memandu, kan!" Kataku. Hanya mengiyakan. Seketika kemudian, aku mengeluh. "Eh, kenapa mengeluh tu. Kalau kerja, kena la ikhlas." Mula la Hanis nak bertazkirah. Tak pernah-pernah pun dia nak bertazkirah. Tiba-tiba je.

"Mana ada mengeluh. Penat la. Panas tau kat sini." Kataku. "Aikk, panas!! Takkan la syarikat besar gedabak macam tu takde air-cond. Kesiannya." Balas Hanis. Aku ketawa kecil. Kalau ketawa kuat nanti, risau didengari oleh staf lain. Tak pasal-pasal si Lia datang bagi aku kerja. "Ada air-cond la. Cuma panas sebab kena buli tadi. Ada ke patut yang bukan kerja Rania, Rania pulak yang kena buat. Sampai terlepas lunch." Balasku. Dengar lagi si Hanis ketawa.

"Sabar je la. Bos camne? Okey tak? Mesti bos kau handsome en. Tak pun dah tua ke. Hati-hati la wey." Kata Hanis lagi. Dia ni ada bersubahat dengan abang ke untuk cakap yang bos aku ni dah tua. "Ye la. Entah la. Rania tak pernah jumpa bos. Tak tahu la macam mana rupa si bos tu. Bye, Rania nak kena hantar fail dekat bos. Assalamualaikum." Kataku lagi. Hanis menjawab salam setelah aku mematikan talian. Dengan pantas aku memasukkan handphoneku ke dalam handbag. Tak pasal-pasal retak lagi. Memang susah nak masukkan handphone dalam handbag bila tengah pegang lima biji fail.

Aku terus berjalan keluar dari perut lif. Tiba-tiba je aku berlanggaran dengan orang. Kelima-lima biji fail di tanganku tadi terus jatuh. Ada fail yang terbuka dan kertas-kertas mula berterbangan. Ah, aku lupa nak katup ring tu.

Orang yang berlanggaran dengan aku tadi terus membantuku mengutip fail yang terjatuh tadi. "Eh, sorry. So sorry." Macam pernah dengar je suara dia ni. Suara lelaki kerek tu. Eyy, kenapa la terjumpa pulak dia ni. Geramnya la rasa. Sebab dia la Iphone aku retak. Kemudian dia membantuku mengutip kertas yang dah berterbangan lalu dia hulurkan kertas-kertas itu kepadaku. Aku kembali menyusun mengikut tarikh lalu aku bangun. Aku memandang lelaki tadi. Baru aku perasan, mata dia pun kebiru-biruan. Kemuduan, mata kami bertentangan. Ya Allah, ni dikira zina mata. Lantas aku beristighfar. Dia menghulurkan fail tadi kepadaku.

Malas nak cakap terima kasih sebab dia dah buat Iphone aku retak. Ish, Rania... Tak baik camtu. "Thanks." Kataku. Aku terus beredar meninggalkan dia yang terpinga-pinga. Semua staf di tingkat 16 memandangku dengan pandangan yang pelik. Aku terus bertanya kepada salah seorang staf di situ. "Excuse me. Pejabat Encik Danial....." Aku tak meneruskan kataku kerana aku tengok gadis tadi terus pergi tanpa sepatah ayat pun. Ish, geramnya la. Sombong betul. Baru nak tanya sikit dah blah macam tu.

Kemudian aku ternampak seseorang yang aku cukup kenal. Juliana. Waaa, rindunya dekat dia. Lama dah tak jumpa dia. Kecilnya dunia. Tup tup, jumpa dia dekat sini. Aku segera menghampiri dia. "Ju." Kataku. Dia terus menoleh memandangku. Aku lihat dia tersenyum manis kepadaku. "Eh, Raisya." Katanya.

"Weh, rindunya dekat kau. Ingatkan kau ikut husband kerja dekat Norway." Kataku lagi. Dia kulihat sudah tidak tersenyum lagi. Aku sudah mulai gelisah. Eh, aku ada cakap benda yang buat dia sedih ke? "Aku pun rindu gila dekat kau. Hmm.." Balasnya. "Weh, kau kenapa ni?" Kataku. "Panjang ceritanya Raisya. Nanti kita sambung lagi la. Aku ada kerja ni." Katanya lagi seperti memberi alasan. Aku pun baru teringat kena bagi fail lima biji ni dekat bos.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang