BAB 53

18.4K 799 17
                                    

TERIMA KASIH YG SETIA MEMBACA SEHINGGA KINI. SAYANG KRG. EYY 😂.

***

"BETUL ke alamat ni?" Sekali lagi Ryan melihat IC Amsyar. Betul la. Mereka dah pun berada di hadapan alamat yang tertera di IC Amsyar. Amsyar di sebelah hanya mendiamkan diri.

"Besar juga rumah kau." Ryan terus keluar dari keretanya. Amsyar membuntuti.

Ryan menekan loceng rumah tersebut tetapi tiada balasan. "Takde orang ke?" Ryan menyoal Amsyar. Amsyar mengangkat bahu.

Dia sebelum ni belajar dekat Manchester lebih dari 3 tahun. Mana la dia ingat rumah dia. Lebih-lebih lagi dia amnesia.

"Jom lah balik. Aku tak rasa la ni rumah aku." Amsyar terus menuju ke kereta semula.

"Kau sure ke? Dekat IC kau yang tertulis alamat ni." Ryan menekan loceng banyak kali. Tetap tiada balasan. Kereta pun tak ada. Tak ada pemilik agaknya rumah ni.

Ryan terus masuk ke dalam kereta dan pulang ke rumah semula. Dah la jauh dari Cheras rumah tu.

***

RANIA terus keluar dari lif dengan terburu-buru sehingga dia tersadung sesuatu. Tak sabar nak balik. Sebab abah dia kata nak jemput dia balik.

Raiyan mendekati Rania. Dia pun perasan jugak yang Rania tersungkur tadi. Malu weh.

"Need help?" Rania menoleh memandang Raiyan. Kakinya diurut-urut. Sakit weh. Terseliuh agaknya.

"No, thank you." Rania cuba untuk bangun tetapi tidak boleh. Lagi dia jatuh ada la. Tapi nasib baik Raiyan pegang lengan dia. Takde la dia jatuh terduduk. Lagi malu.

"Tadi sombong sangat. Kan dah jatuh." Rania menggigit bibir. Malu weh. Bukan sombong, tak mahu la dia menyusahkan bos dia. Lebih-lebih lagi orang yang lebih berkuasa daripada dia di tempat kerja ni.

"Thanks." Ucap Rania lalu memakai tali pinggang keleder. Weh. Naik Alfa Romeo 4c weh. Jangan jealous. Tapi ada ramai pekerja yang pandang Rania semacam tadi.

Rania buat tak endah je. Confirm jadi buah mulut nanti pasal dia naik kereta Danial Raiyan. Danial Raiyan kut. Bukannya abang aku ke. Danial Raiyan, pemegang saham terbesar dalam syarikat ni.

"Rumah saya dekat Cheras, Encik." Laju betul kereta ni membelah jalan. Laju betul dia bawa kereta. Bukannya kaki Rania patah sampai emergency sangat. Terseliuh sikit je pun.

Raiyan terus mengangguk faham lalu menekan minyak. Nasib baik Rania dah pakai seatbelt awal-awal. Macam orang tengah racing pun ada Raiyan ni.

Dari tadi senyap je. Kekok sungguh. Rania tak tahu nak sembang apa dengan Raiyan. "Aisy okey?" Aku memecahkan kesunyian.

"What?"

"I mean... Aisy sihat ke?" Soalku. Raiyan menanggalkan cermin mata hitamnya. Matahari tak terik pun. Lagipun kan sekarang ni waktu petang.

"Dia tak sihat. Dia sakit." Kata Raiyan. Rania mengangguk faham. Tangannya masih mengurut kakinya yang terseliuh.

"Lain kali hati-hati la." Rania senyap.

"Encik ada isteri kan." Dah lama Rania nak tanya pasal ni. Tapi dia diamkan je. Segan sebenarnya nak tanya sebab hal ni personal.

Dia tak jawab sebaliknya dia tersengih. "Isteri saya dah meninggal. Kesian Aisy, takde ibu." Aku hanya mendengar.

"Maaf la encik. Saya bukannya nak buat encik sedih." Raiyan senyum. Tak marah tak menangis. Dalam hati ada taman la tu.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang