DANIAL sedang bercakap di dalam telefon. Panggilan antarabangsa semestinya mahal. Tu yang Nana call sekali je. Dia tak main la facebook, line, wechat, tumblr, snapchat, whatsapp semua ni. Dia kalau boleh, nak call tu, kena video call. Itu pun sudah banyak kali Danial menyuruh Nana membuat Skype. Memang mudah bertelekomunikasi. Free je, asalkan ada wi-fi la.
"Flight I lepas ni. Maybe I akan sampai esok dalam pukul 11 lebih. So, you boleh ambil I tak?" Nana berdegil, nak jugak call. Bukan reti nak guna aplikasi Skype kut. "And, sorry sebab call you time macam ni. I tak tahu la dekat Malaysia sekarang ni pukul berapa." Sambung Nana lagi.
"Seriously Nana. I malas nak bangun sebenarnya ni. But, you call, I terpaksa angkat." Danial menjawab acuh tak acuh. Jam di pergelangan tangan kirinya dipandang. Dia terus menguap sebelum menyambung ayatnya. "Now, 8:00 a.m. Ok, I can make it tomorrow. And thanks to you I'm fully awake. Memang banyak kerja I dekat office." Balas Danial lagi.
Panggilan terus dimatikan. Memang Danial sudah lambat untuk ke pejabat. Tapi takpe, anak pemilik syarikat. Nak kesah apa, masuk lambat ke. Kalau tak nak masuk pejabat pun takpe. Siapa la berani marah kecuali pemilik syarikat tu. Dia terus mandi dan bersiap. Dia terus memecutkan keretanya. Dia sesekali je datang berkunjung ke rumah orang tuanya. Selalunya dia duduk sendiri di penthouse. Biasa la, hidup orang bujang. Hihi.
JANE terus masuk ke dalam pejabat Danial. "Ada apa bos panggil saya ni?" Soal Jane. Kebiasaannya dia memang akan berkata begitu bila dia tengok bos dia yang seorang ni tak sedar kedatangannya bila dipanggil menghadap. "My schedule." Kata Danial setelah dikejutkan oleh Jane. Tengah syok berangan, dia pulak mengganggu.
Jane awal-awal lagi memang membawa diary hijaunya masuk ke pejabat Danial. "Okey, hari ni boss tak busy pun. Kerja boss hari ni cuma tandatangan beberapa buah fail sebelum kita hantar dekat syarikat lain. Then, boss kena train Raisya. Itu je." Kata Jane lalu menutup buku diary hijaunya.
Danial mengangguk. "Kan I dah cakap. Pakai je handphone untuk schedule I. Zaman dah moden la sekarang ni Jane. I cuma tak nak la nanti ada gossip pulak pasal company maju, tapi schedule pakai buku diary. So old fashion." Kata Danial jujur. Jane terus meminta diri. Memang dari hari tu Danial asyik ulang benda yang sama. Bila dah boss ulang sebanyak tiga kali, memang dia kena ikut la. Tak boleh nak berdegil dah.
Selesai sahaja menandatangani beberapa buah fail, dia terus kelaur dari pejabatnya. Sut hitam yang tadinya tersangkut pada penyangkut baju dicapainya. Terus dia sarungkan pada badannya lalu turun ke aras 8. Ni pun dah satu hal. Apa hal pulak la aku kena latih budak ni. Raihan ni tak reti buat kerja ke apa.
Sampai sahaja di aras 8, dia terus melangkah keluar. Terus meja Rania didekatinya. Staf yang berada di aras 8 sudah membuka cerita. Pantang nampak lelaki handsome, mula la nak gossip. Ada mata yang melekat pada Danial. Pada mulanya Danial memang tak tahu mana satu meja Rania tapi disebabkan hanya Rania seorang sahaja yang bertudung di aras 8 ni, so senang sikit dia dapat mengesan keberadaan Rania.
"Kau takde kerja ke?" Soal Danial. Staf perempuan yang lain mula mencemburui Rania. Ada yang dah mula nak bergosip. Ya Allah, dia ni la. Aku tengah susun paper work dekat fail yang bukan main besar ni, dia boleh tanya aku takde kerja atau tak. Kau tengok depan mata aku ni.....Tak nampak ke fail besar gedabak ni. Nak aje aku balas macam tu. Namun dia terpaksa bermanis mulut. Senyuman nipis diberikan buat CEO a.k.a Pemusnah iPhone.
"Saya tengah buat kerja la ni." Balasku. Aku ni kan penyusun fail. Kalau macam ni la kerja aku dekat sini, sia-sia je ummi dengan abah hantar belajar tinggi-tinggi. Ni pun nasib baik la aku tak sambung belajar lagi. Kalau tak, makin sia-sia la. Aku tengok si Danial ni macam tak hiraukan jawapan aku je.
"Ikut aku." Balas Danial lalu menyimpan semula iPhonenya ke dalam poket seluarnya. Haaa, tengok la tu, iPhone dia tak retak pun, berkilat-kilat lagi aku tengok. Aku makin mempercepatkan kerjaku. "Ikut... Hm, ikut pergi mana?" Soalku. Aku masih lagi leka menyusun kertas-kertas. Aku tengok si Danial ni dah start nak naik angin je ni. "Ikut je la. Kalau tak, sampai bila-bila kau akan kerja dekat aras 8 sebagai kerani. Kau nak?" Soal Danial balik.
Aku dah kecut perut. Terus aku menutup fail tadi lalu mencapai handbag lalu aku terus bangun dengan pantas sehingga menyebabkan kakiku terlanggar meja lalu bekas berisi alatan melukis di atas meja bersepah. "Kau ni jangan nak clumsy boleh tak." Kata Danial lalu terus beredar meninggalkan aku. Aku terus menyusun alatan lukisanku dengan pantas lalu mengejar langkahnya.
Wow, Mercedes e class amg. Tak pernah seumur hidup aku naik Mercedes. Akhirnya. Danial terus membuka pintu keretanya. Aku pula turut membuka pintu kereta tetapi aku buka pintu bahagian penumpang belakang. "Excuse me! Who do you think you are!" Kata Danial. Haish, belum sempat aku nak melangkah naik, dia dah keluarkan kata-kata keramat dia.
Aku diam seribu bahasa. Hish, takkan la aku kena duduk depan. Gila. Tak nak aku. Aku lebih rela susun paper work tinggi setinggi aku daripada duduk seat depan. "Kau ingat kau tu puteri aku pulak driver ke? Duduk depan ni, tak payah nak mengada-ngada duduk belakang." Kata Danial. Tegas bunyinya. Kalau boleh nak aje aku bangkang. Tapi, dah dia bos, aku kena la mengalah.
Aku terus menutup semula pintu seat belakang lalu beralih kepada pintu seat depan. Aku terus masuk ke dalam perut lif. "Kita berdua je ke?" Soalku. Hish, apa kau cakap ni Rania. Mestilah kau berdua dengan dia. Kau ada nampak orang lain ke dalam kereta ni? Hai la mulut, terlepas cakap je kerja kau kan.
"Tak la, bertiga. Tu ada kat belakang." Balas Danial. Bulu roma aku dah start nak meremang. Siapa pulak la yang ketiga ni. Aku terus menoleh ke belakang. Teddy bear besar ada la. "So, kita tak berdua. Ada teddy bear kat belakang tu." Balas Danial, kemudian dia ketawa sendiri dengan apa yang dilontarkannya tadi. Weh, tak lawak la. Muka aku dah jadi hambar. Terus aku memakai seat belt. Dia terus memecut keretanya. Entah ke mana dia nak bawa, aku pun tak tahu. Latih apa kalau macam ni, letih ada la.
Kalau boleh aku rasa macam nak tidur je. Tapi, nanti dia buat macam-macam kat aku macam mana. Pernah dengar 'harap muka handsome tapi perangai kalah playboy'. Mesti la tak pernah dengar, sebab aku yang reka sendiri. Saje je nak menenangkan diri. Lagi satu nanti dia anggap aku nak buat dia ni macam driver pulak sebab aku tidur.
Nak ajak dia bersembang. Entah nak sembang apa pun aku tak tahu. Last-last aku membatukan diri sampai aku tak sedar yang aku tertidur.
*******
OKEY, TARGET AUTHOR KALAU BOLEH LA..... HM, NAK SAMPAI 50 BAB. TAPI X TAHU LA BOLEH CAPAI ATAU TAK. JGN LUPA VOTE. SO, NEXT BAB...... ROLE IT !!!!
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...
![Mr. Charming [C]](https://img.wattpad.com/cover/66351987-64-k312854.jpg)