BAB 12

26.3K 897 3
                                    

Kali ni datang pulak orang lain. Semalam Lia datang siap bawa 5 biji fail besar lagi. Kali ni aku tak tahu siapa. "Eh, kau intern eh? Kenapa semalam tak datang bilik mesyuarat?" Kata suara garau yang datang ke arahku.

Okey, aku tak tahu pun yang semalam kena berada dalam bilik mesyuarat.And one more thing, aku tak tahu kat mana bilik mesyuarat. Hihi.

Aku hanya mendiamkan diri. Diam lebih baik. "Lia tak bagi tahu kat kau ke?" Tanya suara garau itu tadi dengan nada tegas. Takut aku dibuatnya. Kalau keadaan macam ni, memang aku boleh terperanjat la. Nasib la kali ni aku tak terperanjat.

Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Cari kelibat Lia la tu. Lantak kau la Lia. Nasib kau, padan muka. Siapa suruh kau tak bagi tau aku. Dah orang bagi amanah, bukan reti nak lakukan.
"Okey la. Let's just straight to the point." Katanya lagi. Dia memandang aku dengan pandangan yang sukar aku tafsir. Eh eh mamat ni. Agak-agak la nak pandang orang pun. Aku terus menunduk apabila terpandangkan mata dia. Warna mata dia macam warna mata rakyat Malaysia la. Haha.

Aku kemudian mengangguk. Oh, maknanya tadi tu cuma kata alu-aluan la. Nasib la aku tengah takde kerja. "Okey la. Macam ni, semalam semua intern aku dah train dia orang. Kau sorang je yang belum." Katanya lagi dengan tegas. Sengaja la dia tegaskan ayat 'sorang'. Geram pulak aku dekat si Lia.

Aku sorang je yang tak datang semalam. Balas dendam la tu. "Oleh sebab itu, CEO kita la yang akan train awak." Katanya lagi. Kali ni dengan nada sayu pulak. Terpampang jelas riak kecewa dia. Aku terus mendongak memandang lelaki itu. Matanya kulihat sayu. Lantak kau la.

Aku terus melarikan pandangan. Kebiasaannya aku akan melihat ke tempat yang menempatkan ruang rehat berserta TV besar entah berapa inci. 56 inci aku rasa. Memang aku jakun gila. Aku ternampak figura seseorang yang aku kenal. Lia. Dia terus berhenti berjalan ke arahku apabila dia memandang lelaki yang berada di hadapanku. Tau takut. Suruh orang buat kerja dia tak takut pulak.

Eh, kenapa CEO yang akan train aku. Aku ni hanya lah seorang intern. Ingat apa haa, aku ni troops dari game COC tu ke? Clash Of Clans. Game yang abang selalu main. But dia dah buang game tu sebab adalah sebabnya.

Apa salah aku. Kenapa CEO yang kena train aku. Aku tak nak. Rasa macam nak lari dapatkan ummi je. Aku termenung lama la jugak. Si lelaki depan aku ni dah mengawang-awangkan tangan dia dekat aku. Aku terus tersedar dari lamunan.

"Okey la. Tu je yang aku nak cakap. Cuma selama tiga hari ni bos busy sikit. So, kau tunggu je la dia seru kau." Kata lelaki itu lagi lalu terus beredar.

Aku nak buat apa sekarang ni. Aku terus bangun untuk ke pantri. Aku lapar lagi la walaupun dah breakfast. Kaki yang ingin melangkah ke arah lif terus berhenti. Pergi jumpa Juliana je la.

Aku terus masuk ke dalam lif. Button '16' aku tekan. Ting. Lif pun tiba. Waktu-waktu macam ni memang tak ramai yang guna lif. Cuba kalau pukul 7:55 pagi atau pukul 6:00 petang. Memang lif penuh la. Tiba je di tingkat 16 aku terus mengorak langkah ke arah Juliana. Eh, baru aku perasan. Lelaki tadi tu la yang ada dengan Lia semalam.

Abah balik hari ni. Yeay. Mesti abah jumpa abang sekejap. Abah kalau pergi mana-mana ke... On the way ke KL, abah akan singgah Putrajaya, tengok-tengokkan abang. Abah ni memang prihatin. Haih, rindunya kat abah.

*******
Aku terus berlari mencapai tudung yang memang aku sediakan untuk keluar bersama Bella. Ish, si Bella ni memang nak kena la. Patutnya call la 5 minit sebelum sampai rumah..... Ni tak, aku yang tengah kelam-kabut makin kelam-kabut jadinya.

Aku terus memakai tudung itu. Nampaknya memang aku kena kunci la pintu ni. Abah takde, abang takde, kembar kerja, ummi pun kerja. Tak tahu la dia orang tu ada kunci spare atau tak. Aku terus berlari menuruni anak tangga. Tadi aku keluar balkoni sebab nak tengok kelibat si Bella. Tengok bawah je, terus nampak Audi s8 si Bella.

Aku terus mencapai kunci rumah dari kotak kunci. Aku terus menutup kotak kecil yang tergantung di dinding. Haih, ummi selalu kritik pasal kotak kunci ni. Aku yang buat kotak ni, corak-corak gothic semuanya. Kata ummi, ada gambar tengkorak ni risau berpuaka pulak. Ish, ummi ni. Merapu je. Aku tergelak kecil.

Aku terus ke meja antik untuk mengambil handbagku. Tengok dari jauh macam ada beberapa keping wang je kat atas meja. Aku ni memang pantang nampak duit. Nampak duit je, mata terus bersinar-sinar. Memang betul la. Ada beberapa keping not RM50. Eh, ada memo sekali. Macam tulisan ummi je.

Hanis, ni ummi ada tinggalkan sedikit wang untuk Hanis belanja. Duit ni termasuk duit minyak Bella. Jangan lupa bayar duit minyak dia. Kata kat dia, ummi pesan... Hati-hati, bawa kereta tu baik-baik.

Haih, baru ingat nak shopping tak ingat dunia, dah kena bayar duit minyak. Wow, RM300. Ini yang ummi kata sikit. Banyak ni ummi. Pergh.

Aku terus keluar dan mengunci pintu. Duit tadi dah selamat berada di dalam purse bercorak gothic milikku. Aku terus menekan button gate. Maklum la, gate automatik la katakan. Aku terus masuk ke dalam Audi s8 milik Bella. "Weh, Bella. Asal kereta kau ni macam berbau?" Tanyaku. Macam bau sesuatu yang masam. Nak kata takde ambi-pure, memang ada pun dalam kereta dia ni.

"Haah, semalam saudara aku datang rumah. Then, mama aku mintak bawa dia orang jalan-jalan. Dah la anak dia tu beli susu kotak besar then lupa nak keluarkan. Habis kereta kesayangan aku ni bau susu basi. Geli la." Kata Bella lagi sambil mengacah-acah nak muntah.Ceh.

Aku terus memakai seat belt. Kereta Bella terus memecut entah ke mana. "Weh, nak pergi mana ni?" Tanyaku. Eh, kan nak keluar jalan-jalan. Apa la kau ni Hanis. Dah tahu but still nak tanya. Ish ish ish.

Bella buat don't know je. Ye la, soalan aku ni kan soalan bodoh. "Bella, kita nak jalan-jalan ke mana? Shopping nak tak?" Kataku sambil senyum teruja. Siapa la yang tak teruja nak pergu shopping. Bella masih fokus dengan pemanduan. Eh, selalunya dia ni ha yang kepoh. Takdenya aku nak mulakan conversation dulu.

"Of course la pergi shopping. Kau pulak bila nak dapat lesen yang betul-betul lesen?" Tanya Bella pula. Bersuara juga akhirnya si Bella ni. "Entah la weh. Aku pun tak tahu. Cuma aku tak suka la gambar kat lesen aku tu. Aku nampak tak lawa la dalam gambar tu." Balasku. Eh, selalunya aku ni memang lawa ke. Ahahaha.

Mr. Charming [C]Where stories live. Discover now