Bella datang ke arahku bersama dengan 3 buah novel di tangannya. Tebal-tebal novel yang dia pegang. Dia terus ke satu tempat. Ambil bakul la tu. Bagus jugak, takde la penat nak angkat je novel tu. "Kau nak beli komik apa ni?" Tanya Bella. Tak nampak ke kat tangan aku ni ada 4 buah komik?! Bagus la Bella datang dengan bakul. Aku terus meletakkan komikku ke dalam bakul yang diangkatnya. Aku check satu per satu novel yang diambilnya. Kimchi untuk awak. Witch Hunter. M.A.I.D. Fuh, banyaknya novel Bella beli. Mahu lebih RM50 ni.
Rasanya ni je la kut yang aku nak beli. Duit yang lain simpan untuk shopping benda lain pulak. Aku dan Bella terus ke kaunter untuk membayar. Selesai membayar, kami terus ke destinasi seterusnya. "Wow, aku pun nak buat kad la lepas ni. Dapat la diskaun." Kata Bella yang baru sahaja selesai memasukkan beg duitnya ke dalam handbag.
Aku mengangguk mengiyakan. "Memang la. Tu la kau, reti berbelanja je. Kau ada kad watson?" Tanyaku. Bella mengangguk. "Kad Starbucks Coffee?" Tanyaku lagi. Dia mengangguk lagi. "Kad Aeon?" Tanyaku lagi. Dia mengangguk lagi. Fuh, semua kad yang aku mention tu dia ada. "Tapi kad Popular je yang aku takde. Aku nak buat la kad tu." Kata Bella lagi. "Aku tak kisah berapa kena bayar, yang pasti aku nak jugak kad tu." Ujar Bella lagi. Free je la kalau nak buat. Lain la kalau kau renew.
"Kau ni pun. Nak buat kad Popular free je. Weh, kau nak sangat shopping, kan. Jom la." Ajakku. Bella terus menarik tanganku. Entah ke mana la dia nak bawa aku. "Kau ni nak bawak aku pergi mana!?" Tanyaku bila tengok yang si Bella ni dah dua kali ajak aku pusing tempat yang sama. Penat jugak kaki melangkah.
"Entah la weh. Aku cadang nak beli casing phone. Beli baju, handbag sekali kalau sempat. Aku nak beli heels juga. Macam-macam la yang aku nak beli." Balas Bella. Fuh, banyaknya. Tak ke lenguh tangan nak mengangkat semua tu. Kami pun berhenti betul-betul di butik Prada. Bella asyik membelek-belek handbag yang sentiasa menjadi perhatiannya sedari tadi. "Kau ni nak beli ke tak nak?" Tanyaku setelah aku lihat dia siap ber'selfie' lagi dengan handbag berjenama tu. Amboi, boleh kalah mak datin.
"Entah la weh. Handbag ni cantik sangat la. Aku nak survey dulu la." Balas Bella. Ceh, bukan main penat menunggu dia memilih handbag, rupa-rupanya dia cuma nak tengok-tengok dulu. Penat aku kalau macam ni. Lepas ni, kau ajak aku keluar, aku tak nak ikut dah. Huh. Aku rela duduk rumah sorang-sorang daripada menunggu kau memilih handbag. Ni baru handbag, belum lagi heels, baju... Tak silap hari bulan, aku duduk dekat panggung wayang je. Tak keluar-keluar dari situ sebab tak nak temankan kau dah. Haha. Mula la terbit senyuman jahat.
"Weh, kau rasa yang mana cantik?" Soal Bella. Dia tak mampu nak mengawang-awangkan beg tangan yang berada di dalam kotak kaca tu. Hanya mampu tunjuk je. Haha.
Aku meneliti beg-beg tangan yang berada di depan mata. Kalau ikutkan, nak aje aku cakap 'takde yang cantik'. Tapi ego aku letak tepi. Penat dia survey, bagi la dia pandangan yang positif sikit. "Dua-dua cantik. Semua cantik la kalau ikutkan." Balasku. Kalau tak cantik, takdenya butik mewah camni nak jual handbag buruk. Mereka pun reti nilai handbag mana yang cantik dan bukan. Ye tak.
"Tu la kan. Semua cantik." Mula la tu nak rambang mata.
"Kau nak warna apa sebenarnya?" Soalku. Kalau ikutkan aku nak aje cakap 'kau ambil je la handbag warna hitam tu. Simple.' Tak payah susah-susah fikir dah.
"Aku nak sesuatu yang simple, nice and kalau boleh nak yang warna aku takde."
Mana la aku tau kau takde handbag warna apa Bella oi. Kau pun kan jarang bagi aku tengok closet kau bila aku datang rumah kau. Kononnya bersepah la, takde baju terkini la. Well, orang kaya gitu. "Warna apa je la yang kau takde. Mana la aku tahu Bella oi."
Bella masih lagi sibuk memilih. "Warna hitam je la yang simple pun. Tak pun, yang kelabu ni!" Sambungku. Yang warna kelabu ni pun cantik. Like Bella said, simple and nice. Bella terus memandang handbag yang berada di dalam kotak kaca yang aku tunjukkan tadi. "Hm, nice. Aku memang takde handbag warna kelabu. Aku nak yang tu la. Pandai kau pilih." Akhirnya, Bella dah buat pilihan. Penat otak aku berfungsi. Hihi.
"Miss, boleh keluarkan yang ni tak?" Pinta Bella dan seorang lelaki secara serentak. Lantas aku dan Bella menoleh. Eh, tak perasan pun ada lelaki yang berdiri betul-betul di belakang kami. Tapi, figura lelaki ni macam pernah aku lihat. Tetapi siapa ya??? Hm, aku tak ingat la siapa dia ni.
Jurujual itu patuh. Dia terus mengeluarkan beg tangan itu dari kotak kaca. Tetapi handbag itu tak pula dia serahkan kepada lelaki ini mahupun Bella. Haa, nak mencuri la tu. "This handbag is the first and the last one in Malaysia. So, I can't decide to sell this to... Hm..." Kata jurujual itu. Aik, tak nak untung ke apa ni. Jurujual itu kulihat seperti serba salah.
Aku memandang lelaki yang masih tercegat di hadapan kami. Seketika kemudian mata kami bertaut. Lelaki itu kulihat terkejut apabila mata kami bertentangan tak sampai tiga saat. Haa, ni la pegawai JPJ yang test ujian memandu aku tu. Ish, dah la hari tu aku memang kutuk dia cukup-cukup. Tiba-tiba rasa muka aku ni dah panas semacam. Panas la pulak rasa. Kenapa pulak dia nak beli handbag, kan. Nak bagi girlfriend la tu.
Nak kata butik ni tak pasang air-cond, jauh benar sangkaanku. "Bella, kau nak jugak ke handbag tu?" Aku terus menoleh ke arah Bella. Beli lain kali je la. Aku terus menunduk.
"Takpe la. Miss, jual je la handbag tu dekat lelaki ni." Kata Bella dengan nada kecewa. Jangan la bersedih. Bella terus menarik tanganku untuk ke tempat lain. Takpe, kita pergi makan tutti frutti je la.
YOU ARE READING
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...