BAB 38

19.6K 864 10
                                    

DAH 11K. ALHAMDULILLAH. THANKS SEMUA. SAYANG MUAH² 💞.

*******

SETELAH lima belas minit Rania berada di pantri, dia terus naik semula ke aras enam belas. Cawan kopi di atas meja dicapainya. Kalau Danial dah balik ke, dia minum je la kopi ni.

Terkejut Rania bila dia nampak ada figura Danial yang sedang enak dibuai mimpi di tempatnya. Macam mana la dia nak kejutkan makhluk ni.

Staf yang lain sibuk dengan kerja mereka. Rania terus menolak-nolak tubuh Danial. "Encik..."

"Raisya, I miss you." Kedengaran suara garau. Perlahan je bunyinya. Macam datang dari mulut Danial je. Tapi betul ke. Danial nak rindu dia. Eh, takde maknanya. Ke Danial rindu nak buli dia tu.

Rania tidak mengendahkan suara Danial itu. Meremang bulu roma Rania mendengar ayat tadi. Geli-geleman aku. "Encik, bangun la." Kata Rania lalu menolak tubuh tough Danial sekuat hati. Geram pulak tiba-tiba.

"Auch." Kata Danial yang baru terjaga. Baru Rania perasan yang dia tertolak lengan kanan Danial yang cedera tu sekali. Oh no. Alamak. Bukan sengaja pun.

"Maaf encik. Glad you're awake. Ni kopi yang encik nak." Kata Rania lalu meletakkan cawan kopi untuk Danial tadi ke atas mejanya. Danial tersenyum tiba-tiba. Sebenarnya Danial ni tak tidur ke? Memang susah nak nampak mata Danial tu sebab diselindung oleh cermin mata hitam yang dipakainya.

Rania terkaku seketika. Lemah jantung tengok senyuman Danial. Dah dua hari tak nampak Danial. Tenang rasa hati sebab Danial tak datang kacau dia selama dua hari tu.

Rania terus mengambil kerusi arkitek lain di hadapan mejanya itu. Arkitek di hadapannya itu sedang mengadakan mesyuarat. Mereka berlainan kumpulan. "Encik okey ke?" Soal Rania prihatin.

Danial mengangguk. "Aku okey la." Terus dia menghirup kopi yang dibancuh Rania sebentar tadi.

"Takziah ya encik. Saya ada baca newspaper, tengok berita. Saya dengar tentang adik encik yang meninggal tu. Takziah ya." Kata Rania prihatin.

Danial mengangguk. "Encik dah makan ke?" Soal Rania setelah mengerling jam di tangannya. Dah dekat waktu lunch ni.

Danial menggeleng. "Belum. Aku alas perut dengan kopi ni cukup la." Kata Danial lagi lalu menghirup kopi tersebut.

Rania mengangguk. "Encik kurang tidur ke?" Soal Rania. Masih prihatin. Danial mengangkat muka memandang Rania. Rania terus menunduk.

Danial menjongket bahu. "Mana kau tahu ni?" Soal Danial pula.

Rania menjongket bahu. "Entah la. Pelik bila encik pakai sunglass." Balas Rania selamba.

"Encik tiba-tiba je datang kerja ni." Kata Rania perlahan. Danial terus menghabiskan kopinya.

"Kenapa? Kau slacking ya." Kata Danial. Rania menggeleng. Danial rindu dekat Rania. Rindu nak tengok Rania balas balik apa yang dia cakapkan. Rania je yang berani nak menjawab. Selalunya semua staf takut dengan dia. Tapi Rania tidak.

Rania terkejut. Terus dia mengangkat muka. "Eh, mana ada." Kata Rania.

Danial tersenyum herot. Suka dia melihat Rania prihatin dekat dia. Terus Rania bangun dari duduknya. Arkitek yang dihadapannya tadi telah tiba.

"Okey la, aku nak balik. Thanks for this sweet coffee." Kata Danial lalu bangun dari duduknya juga.

Rania terkejut. "Eh, manis sangat ke kopi ni. Sorry la awak." Rania terus menekup mulutnya. Kan kalau dekat tempat kerja kena panggil Danial ni 'Encik Danial'.

Mr. Charming [C]Where stories live. Discover now