BAB 16

24.1K 841 3
                                    

Aku menyuapkan lagi sesudu aiskrim tutti frutti ke dalam mulutku. Sejuknya rasa tekakku. Bella aku pandang seketika sebelum mata beralih ke Iphoneku semula. Dia ni duk main kacau-kacau aiskrim tu dah kenapa. Membazir je. Tau la kamu tu dah kaya.

"Kau ni dah kenapa?!" Kataku. Aku tahu dia kecewa kenapa!!! Sebab tak dapat nak beli handbag tadi. Dah la benda alah tu limited edition. Kalau kau nak sangat, beli je dekat Uptown. Dekat pasar, ada la kut handbag berjenama macam tadi tu. Tapi yang kat pasar, tau-tau sendiri la barang tu branded atau tak.

Bella memuncungkan mulutnya. Dia ni dah kenapa la. Riak sedih terpampang jelas dekat muka cerah dia tu. Instant shawl warna coklat dia dah dikotori dengan aiskrim. Weh, cheer up la. Soalan yang aku ajukan tadi tidak mendapat sebarang jawapan. Bella ni dah kenapa!? Iphone yang aku letakkan di atas meja terus aku capai. Nak aje aku pergi tempat lain. Aku tinggalkan jugak la budak ni.

Belum sempat aku bangun, kedengaran bunyi tangisan. Bella menangis ke? "Weh, dah la tu. Maybe handbag macam tu ada dekat kedai lain ke. Jom la, tak payah la nak sedih-sedih ni." Pujukku. Aku tak tahu apa yang dia nangiskan ni. Rileks la.

"Hand-handbag tu li-limit-ted la. Me-memang tak-takde kat ked-kedai lain d-dah." Baru dengar si Bella ni bersuara. Lawak la dengar dia bercakap dalam keadaan macam ni. Dah la sebut tersekat-sekat. Aku terus duduk di sebelah Bella. Belakangnya aku gosok perlahan. Nanti orang lalu, ingat aku tengah buli Bella pulak. "Kau nak sangat ke handbag tu?" Tanyaku. Aku memang tak tahu harga handbag tu berapa!!

Bella menjongketkan kedua-dua bahunya tanda tak tahu. Eh eh dia ni. Dia yang nak handbag tu, lepas tu duk jogket bahu pulak. "Okay, let's go." Ajakku. Kita pergi cari heels pulak la. "Nak pergi mana?" Tanya Bella. Terus tangisannya terhenti. Aku menyeka matanya yang masih berair mata.

"Habis make up kau. Dah, pergi cuci tudung kau ni. Habis kotor. Kau makan ke kau lumur tudung kau dengan aiskrim." Kataku cuba berjenaka. Bella terus bergerak ke tandas. Aku menunggu Bella sambil bermain Iphone.

Tengah syok main phone, datang pulak orang lain menyapaku. "Hm." Amboi, cantiknya bahasa. Bukan reti nak bagi salam ke. Aku tidak menoleh langsung, buat tak dengar je la. Mata masih memandang Iphone. Main game la apa lagi. Hide and Seek: Story Of Dorothy. Best giler. Install la, jangan tak install. "Assalamualaikum." Dengar jugak akhirnya suara garau tadi tu.

Aku terus menoleh ke kiri. Skodeng aku la tu, kalau tak macam mana la dia boleh tahu aku dekat sini. Aku terus memandang Iphoneku semula. "Waalaikumusalam." Balasku. Ish, part ni la paling best. Kena lawan pulak dengan pokok gergasi. Kacau je la mamat ni. Mamat tadi terus duduk di kerusi di belakangku. "NurRaisya, kan?" Soal lelaki itu.

Haaa, sudah. Dia ingat nama aku ke? Dia ingat aku ke? Naya aku! Dah la hari tu aku kutuk dia habis-habisan. Macam mana ni!! "Hm." Balasku. Aku terus bangun bila kelibat Bella sudah dapat kulihat dari jauh. Handbag Guccu Bella yang berada di sebelah, aku capai. Terus aku menarik tangan Bella bila dia datang menghampiriku.

"Hi, Miss. Here you go." Kata encik JPJ tu lalu menghulurkan sebuah beg kertas kepada Bella. Saje je la dia ni nak halang jalan keluar. Terkejut aku bila baca satu perkataan dekat beg kertas tu. 'Prada.' Fuh. Berpeluh-peluh pulak aku rasa tiba-tiba ni. Bella hanya memandang sahaja beg kertas yang dihulurkan oleh encik JPJ ni. Tak pulak dia sambut. Weh, ni handbag tu la. Kau tak nak ke? Branded tu....

Aku terus menarik tangan Bella. "Sorry, she's not going to receive anything from stranger. Please excuse us." Kataku lalu melangkah keluar meninggalkan mamat tu. Tiba-tiba je dia hulurkan beg kertas tu. Buat tebiat ke apa?? "Hm.... Bella!" Laung encik JPJ itu. Ish, ganggu orang je la dia ni. Aku dan Bella serentak menoleh sebaik sahaja terdengar nama Bella diseru.

*******
20% daripada 100% lukisan aku dah siap. Siapa la yang lukis ni memang handal la. Confirm Juliana pilih lukisan cantik aku ni. Hehe. Perasan sekejap apa salahnya, kan! Aku terus menyambung lagi kerjaku. Kalau ikutkan, aku sudah penat. Tapi, aku gagahkan jugak diri. Baru hari kedua dah nak malas-malas pulak.

Aku terus melihat jam di tangan kiriku. 12:50. Mana pulak la si Ana ni. Kata tadi 12:50 dia nak turun jemput aku. Ke dia tengah bentang red carpet. Haha. Kau ni perasan je la Rania. Aku terus bangkit dari dudukku. Alatan melukis aku kemaskan. Handbag pemberian ummi aku capai lalu bergerak ke lif. Masuk je dalam perut lif, dah boleh nampak Juliana. Haish, crowded jugak lif time-time macam ni.

Bila nak menapak masuk je, terus pandanganku terhenti dekat seseorang. Danial Wazal. Dia sibuk dengan Iphone 6s dia. Amboi, senang hidup... Iphone 6 orang dia bagi retak, ada reti nak ganti. Eh, salah kau jugak Rania sebab tak mintak ganti rugi. Hish. Sesal kemudian tidak berguna la Rania. Geram pulak tiba-tiba. Danial terus mengangkat mukanya. Iphone di tangan sudah disimpan di dalam poket 'suit'nya. Seketika kemudian, pandangan kami bertaut. Aku terus menunduk lalu masuk ke dalam lif.

Sampai je di ground floor, aku terus keluar dari perut lif. Juliana sudah merapatiku. "Weh, babe. Aku baru nak pergi jemput kau. Tau-tau je kau terus ada dekat depan lif." Kata Juliana. Aku masih dengan muka masamku. Saje nak merajuk sekejap. Terus pinggang rampingku digeleteknya. Haish, paling pantang aku bila ada orang cuba geletek pinggang ramping aku ni. Terus tawaku terkeluar.

"Hm, ingatkan kau nak bentang red carpet la tadi. Maklum la, VIP la kata...." Kataku. Saje je nak mengada-ngada sekejap. Aku terus menoleh ke kanan. Eh, Danial Wazal lagi. Dia kulihat memandang tajam ke arahku. Dah kenapa dia ni. Ada problem ke. Tiba-tiba je pandang tajam macam tu. Semalam masa ada ummi siap senyum manis sampai kalah madu. Meluat aku. Hipokrit betul. Terus aku tak berani nak sambung kata-kata. Hilang terus ayat yang aku reka tadi. Kacau je la mamat tu.

Danial terus bergerak ke tempat parkir. Haa, bagus la. Pergi je la, duk pandang aku semacam je. "Mengada-ngada betul la kau ni. Siapa la yang nak bentangkan red carpet untuk kau. Lain la kalau kau kahwin dengan VIP or VVIP. Dah, tak payah nak berangan lebih." Kata Juliana. Tanganku sudah ditariknya. Mana pulak la dia parkir Suzuki Swift comel dia tu.

Aku terus bergerak ke Suzuki Swift Juliana. Siap tunjuk lagi kat mana dia parkir kereta comel tu. Entah kat mana la dia nak bawak aku makan ni. "Nak lunch kat mana ni?" Soalku yang memang tengah blur ni. Juliana masih fokus dengan pemanduannya. "Dekat cafe berdekatan je. Lunch hour kita bukannya lama pun. Dah macam zaman sekolah pulak rehat 30 minit. Dia ingat ni zaman persekolahan la. Bukannya cukup lunch 30 minit. Nak gerak pergi makan lagi, dengan jalan jem." Balas Juliana.

Betul jugak apa yang dia cakap. "Macam mana kalau kita balik company lambat?" Soalku. "Kalau masuk lambat, dia tak kisah. Kita takkan didenda dan tidak akan dipotong gaji. Kiranya, dapat lunch lebih daripada 30 minit la." Aku membalas dengan anggukan je. Perut dah berkeroncong. Lapar dah ni. "Kau ni, cer bawa laju sikit." Kataku. Dia ni memang lambat betul la bawa kereta. Sama je macam pagi tadi. Kereta dah cukup mewah, bawak pulak macam kura-kura.

Mr. Charming [C]Where stories live. Discover now