DANIAL terus keluar dari keretanya. Ish, apa hal la mamat muka ketat ni suruh aku kejut minah bongkak ni. Lupa pulak, aku kan pekerja, dia pulak bos. So, boleh la dia suruh orang sesuka hati. Aku terus mengejut Nana dengan menolak bahunya. Ini la bagaimana Danial kejut aku tadi. "Cik Nana, bangun. Kita dah sampai!"
Nana terus bangun sambil mengeliat. Aku terus keluar untuk membantu mengeluarkan beg Nana. Besar tu rumah dia. Dia ada kereta rupanya. Mini Cooper pulak tu. Ni pun sampai nak berjemput dah kenapa. Kereta takde minyak ke. Eh, Rania... Yang kau nak bengang ni dah kenapa.
Jealous pulak rasa bila tengok kondominium mewah dia ni. Tak baik cemburukan orang, Rania. Dekat Mont Kiara pulak tu. Dia anak Tan Sri, memang mampu la nak beli kondominium ni. Bukan satu je, lebih pun dia mampu miliki. "Bos, girlfriend boss tu tak kerja ke?" Soalku. Aku terus menekup mulut. Hish, salah cakap lagi.
Danial dah bagi pandangan tajam dekat aku, aku terus menunduk. "Excuse me, she's not my girlfriend." Sakit jugak hati Danial mendengar apa yang diluahkan Rania.
"Anyway, dia masih belum kerja. Katanya nak rehat dalam dua bulan, then baru masuk kerja dekat company daddy dia." Balas Danial. Entah betul entah tidak. Dia main cakap je. Nak protect Nana daripada sangkaan Rania kut.
Rania hanya mengangguk memahami. Nana terus keluar dari perut kereta. Button gate pada remote control ditekan lalu dengan pantas gate terbuka. "Masuk la dulu. Senang sikit nak masukkan barang dalam rumah." Kata Nana.
Ish minah ni, orang dah keluarkan beg dia la. Baru nak jemput orang masuk. Aku terus menarik beg tariknya lalu masuk ke dalam gate. Danial terus menutup boot keretanya lalu memasukkan keretanya ke dalam kawasan rumah Nana. Cantik la rumah dia. Macam tak percaya je dia tinggal sendirian.
Dia terus membuka pintu rumahnya. Aku membantu Danial mengeluarkan beg yang lain. Nana hanya memerhati sambil dia duduk di meja taman. "Cantik rumah you." Kataku. Nana sudah menyelak rambutnya ke belakang.
"Yeah, I know!" Balas Nana tanpa memandang Rania. Memang bongkak betul la minah tu. Selesai sahaja memasukkan beg ke dalam rumahnya, Danial terus meminta diri tetapi Nana mempelawanya lunch. Rania yang ada di situ sekali umpama tunggul. Dia hanya kekal duduk di sofa.
Danial menolak dengan lembut. Terus Danial mengajak Rania pulang ke pejabat semula. Rania hanya menurut. "Jom lunch." Kata Danial.
"Takpe la encik. Orang tak ajak saya pun, buat apa la saya nak menyibuk." Kata Rania lalu memakai seatbelt.
"Aku yang belanja la, jom la lunch." Ajak Danial. Rania terus memandang jam di pergelangan tangannya. 12:30 p.m.
"Lain kali je la encik. Encik tak pergi solat Jumaat ke?" Soal Rania lalu mengetuk-ngetuk jam pada dashboard dengan jari telunjuknya. Danial terus mengalihkan pandangannya pada jam di dashboard. Dush. Sedas dia kena bash dengan Rania.
"Aku... Hantar kau dulu, lepas tu baru aku pergi solat Jumaat." Balas Danial teragak-agak.
"Hm, tak payah la hantar saya balik pejabat, encik terus ke masjid je. Dah alang-alang encik nak solat Jumaat, saya nak solat Zohor dekat situ sekali. You don't mind, right?" Balas Rania. Danial semakin kekok. Dia mengangguk.
*******
"Aisy." Panggil Raiyan. Aisy terus turun dari buaian. Cikgu tadika Aisy memberikan senyuman manis kepada Raiyan. "Cikgu, saya balik dulu." Kata Aisy lalu menyalami tangan cikgunya."Balik nanti, jangan lupa siapkan homework yang cikgu berikan." Kata cikgunya. Aisy mengangguk. Mereka pun terus berlalu ke kereta. "Daddy, mana papa?" Soal Aisy.
Raiyan sudah menjongket kening. "Papa yang mana satu ni Aisy?" Soal Raiyan. "Papa Danial la. Dia kata pagi tadi nak belikan Aisy cheese cake." Balas Aisy lalu masuk ke perut kereta.
"Daddy pun boleh belikan Aisy cheese cake la. Papa Danial sibuk la tu." Balas Raiyan lalu memecut ke pejabat. "Daddy, may I ask you something?" Soal Aisy meminta keizinan. Memang ini la yang diajar oleh keluarga Danial.
"Yes, sure." Balas Raiyan seraya mengangguk.
"Hm.... Jom makan. Aisy lapar. Dengar ni perut Aisy berbunyi." Kata Aisy lalu menunjukkan pada perutnya. Danial ketawa kecil. Aisy turut ketawa.
"Ok, kita makan dulu sebelum pergi pejabat. Nanti Aisy jangan kacau staf dekat pejabat tau. Kalau nak pergi mana-mana, bagi tau daddy. Jangan buat kak Jane tercari-cari. Faham?" Aisy terus mengangguk keriangan.
Raiyan terus ke Restoran HR yang tidak jauh daripada company. Danial yang suggest kalau nak breakfast, lunch atau dinner, restoran tu la pilihan terbaik. "Daddy, mana papa Firash?" Tanya Aisy. Sudah lama dia tidak nampak Firash di rumah. Yang tinggal di rumah agam kelurga besar Danial adalah Firash. Cuma kadang-kadang je Raiyan dan Danial tidur di rumah agam Danial Tyler.
Raiyan terus menoleh. Tangan kirinya menggosok-gosok rambut Aisy hingga serabai. "Daddy, jangan la main rambut Aisy." Balas Aisy. Dia memang tidak suka daddy, papa, atuk dan neneknya berbuat demikian. Sebab dia tahu nanti rambut dia akan serabai.
*******
"Are you sure?" Soal Danial. Ni dah kali ketiga Danial tanya soalan yang sama. "Yes, hundred percent sure." Balas Rania. Jam di dashboard dipandang lagi. Nak dekat pukul 1 petang.Danial sudah berpeluh-peluh. Dia tak ingat bila kali terakhir dia ambil wudhuk dan solat. "Wow, encik memang kuat berpeluh ke?" Soal Rania setelah melihat peluh menitik-nitik jatuh daripada dahi Danial.
Danial menoleh memandang Rania. Sekali lagi mata mereka bersabung. Rania terus melarikan pandangannya. "Hm, tu la." Kata Danial lalu menarik beberapa helai tisu daripada kotak tisu. Dia terus mengelap peluhnya yang makin banyak menitik.
"Kereta ni tak cukup sejuk agaknya sampai encik asyik berpeluh-peluh." Kata Rania lagi. Dia merasa pelik kerana Danial tiba-tiba berpeluh. Sebelum ni elok je dah berpeluh padahal kereta Danial cukup sejuk.
"Tapi bukan ke orang perempuan ni tak wajib solat Jumaat." Balas Danial. Ini pun dia dengar daripada radio sebelum ni. Dia mana ingat pasal solat Jumaat ni. Kalau tanya dia pasal khutbah, bilangan jemaah, syarat sah semua tu. Memang dia akan diam je. Yang dia tahu dua rakaat je untuk solat Jumaat.
Rania mengangguk. "Memang la tak wajib. Tapi, saya nak solat Zohor dekat sana. Kan solat Jumaat ni pada waktu Zohor." Balas Rania. Danial sudah memberikan jelingan maut.
Eh, betul la apa yang aku cakapkan. Yang dia bagi aku jelingan maut tu dah kenapa. Ingat aku akan terpikat ke. Rungut Rania dalam hati. Tanpa sedar, mereka sudah berada di dalam kawasan masjid.
"Aku tahu la solat Jumaat waktu Zohor. Nanti kau jangan nak merayau pulak lepas selesai solat." Balas Danial. Dia terus mengambil songkok daripada peti di depan Rania. Dia terus memakai songkok tersebut lalu keluar daripada kereta.
"Ye la, encik. Saya takkan merayau punya. Kalau merayau pun, saya pergi dekat mesin air tu kut." Balas Rania lalu keluar daripada perut kereta dan menuju ke tempat wanita.
*******
KALAU X BEST SORRY. JANGAN LUPA VOTE. BTW SELAMAT BERPUASA. OK, AYUH LA KITA KE NEXT CHAPTER...... ROLE IT!!!
YOU ARE READING
Mr. Charming [C]
Roman d'amourScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...