LIUR ditelan. Pahit betul rasanya. Perut Rania yang tadinya lapar kini hilang rasa lapar itu. Mungkin kerana kini pistol diacukan di lehernya. "Raisya..." Panggil Juliana dengan nada lembut.
Rania tahu itu hanya lakonannya. Nak tunjuk lembut pulak. "Kau nak aku lepaskan kau tak?" Rania lambat-lambat mengangguk.
Juliana memandangnya dengan pandangan tajam. Sekeping sampul surat dihulurkan kepada Rania. Rania memandang kosong sampul surat tersebut.
Macam dia pernah tengok sampul surat ni. Sampul surat yang sama yang dia terima setiap minggu. Jangan-jangan... Juliana yang hantarkan kepada dia.
Dia tak boleh nak sambut huluran tu. Lupa ke yang tangan dia diikat ketat sampai berbirat pergelangan tangan dia ni. "Kau nak tandatangan sehelai surat ni tak?" Soal Juliana lembut.
Takut Rania mendengarnya. Dia tahu surat apa. Mesti surat cerai. Rania tak nak bercerai. Tak sampai setengah tahun kahwin, takkan la dah bercerai. Tak nak.
Abang, cepat datang abang.
Juliana menyeka air mata Rania dengan kasar. "Tandatangan je la!" Suara Juliana naik satu oktaf. Terus pistol itu diacukan pula pada perut Rania.
Juliana memandang Rania tajam. "Ke kau nak aku bunuh... Si kecil ni!?" Rania menelan liur. Macam mana Juliana tahu. Walhal dia tak bagitahu sesiapa langsung pasal kandungan dia.
Rania laju menggeleng. "Tandatangan je la." Rania menggeleng lagi. Kenapa sebegini sekali dugaan yang Engkau berikan kepadaku, Ya Allah.
"Kau ni dah gila ke Juliana? Lepaskan aku!!" Marah Rania. Dia dah tak boleh tahan lagi. Perut dia sakit. Pipi pun sakit. Masih terasa pijar lagi ni.
Hidung, jangan cakap la. Dah banyak cecair merah yang mengalir keluar dari hidung dia. Juliana memandang Rania dengan lebih tajam lagi.
Kemudian dia ketawa tiba-tiba. "Entah la. Mungkin jugak. Sebab aku gila la aku tak teragak-agak nak membunuh." Rania menelan liur. Juliana mengalihkan pistol itu dari perut Rania.
"Jangan buat aku macam ni. Apa salah aku dekat kau?" Air mata Rania laju mengalir. Juliana tersenyum sinis. Gelak jahatnya terhenti.
Terus dia menoleh memandang Rania semula. Nampak menakutkan. Rania tidak putus-putus berdoa agar dia dapat diselamatkan.
Juliana mendengus. "Banyak salah kau dekat aku. Salah satunya, kau rampas Danial daripada aku!" Kata Juliana dengan kasar.
Rania menggeleng kepala. "Aku tak rampa...-" Pipi Rania terus ditampar kuat. Makin bertambah kebencian dia kepada Rania. Rania penyebab segalanya.
"Tandatangan cepat! Buka ikatan tangan dia!" Arah Juliana kepada orang suruhannya. Lantas salah seorang daripada lelaki itu membuka ikatan pada tangannya. Rania menghela nafas lega.
Kertas itu diberikan kepada Rania. Rania menyambut huluran itu. Kertas itu terus dikoyakkan Rania. Tanpa rasa takut, dia koyak kertas itu hingga tinggal cebisan kecil.
"Aku takkan cerai. Jangan harap yang aku akan bercerai dengan suami aku." Telinga Rania jadi berasap. Sakit hati mendengar kata-kata berani mati Rania.
Pistol itu kembali diacukan pada kepala Rania. Rania menelan liur. "Siapa suruh kau koyakkan? Kau memang nak mati kan!" Rania menggeleng.
Air matanya sekali lagi bercucuran. "Salah aku. Lepaskan la aku." Kata Rania separuh merayu. Juliana menampar pipi Rania dengan kuat.
"Ikat dia." Arah Juliana. Rania menggeleng.
Lelaki-lelaki itu menerpa ke arah Juliana dan mula membisikkan sesuatu. Dengan pantas Rania membuka ikatan pada perut dan kakinya. Di membaca bismillah dan berlari laju meningalkan tempat itu.
YOU ARE READING
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...