RANIA terus keluar dari ruang solat wanita. Hanya ada beberapa orang wanita sahaja yang berada di masjid ini. Itu pun mereka singgah untuk menunaikan solat Zohor. Bagus juga Danial sampai di masjid tepat waktu Zohor.
Rania terus menuju ke mesin air. Tekaknya terasa dahaga. Dia terus mengeluarkan wang dari dompetnya lalu membeli air. Sengaja dia membeli lebih untuk encik CEO dia tu. Kalau tak nanti bising pulak sebab beli untuk dia seorang.
Tin minuman dibuka lalu diteguknya perlahan. Perutnya terus berbunyi setelah meneguk air tin soya. Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas. Nak dekat pukul dua. Sedang dia enak meneguk, pandangannya beralih pula kepada pintu ruangan solat lelaki.
Ramai jemaah berpusu-pusu keluar. Mesti la ramai, kan jemaah untuk solat Jumaat kena sekurang-kurangnya 40 orang. Dia masih lagi dengan air tinnya. Dia tak tahu Danial suka air apa, dia membelikan Danial air tin laici.
Mana pulak dia ni. Getus Rania di dalam hati. Dari tadi dia memerhati, kelibat Danial masih belum terlihat. Pandangannya terus beralih kepada Mercedes yang dinaikinya. Rania terus bangun dari duduknya lalu menuju ke kereta Danial.
Terus tingkap penumpang depan diketuk. Danial terus menoleh memandang Rania. Laju tangannya menekan punat unlock. Danial memberi isyarat untuk menyuruh Rania masuk ke dalam kereta. Kalau pintu tak kunci pun, memang Rania tak akan buka la.
"Nah, encik." Rania menghulurkan air tin laici yang dibelinya tadi kepada Danial. Danial menyambut hulurannya. "Thanks." Dia baru ingat nak lunch. Tapi rasanya air ni boleh la buat mengikat perutnya buat sementara.
"Saya tak tahu la encik suka air apa. Tu yang saya belikan encik air ni. Mulanya saya nak belikan air berkarbonat untuk encik. Tapi tak elok, banyak gula. Tu yang saya belikan air laici ni. Memang air laici ni pun ada gula, tapi kurang la daripada air berkarbonat tu." Rania tak sangka pulak yang dia ni banyak cakap. Tak pernah-pernah dia banyak bercakap dengan orang yang tak dikenali.
"Harap encik suka la." Balas Rania. Dia sangkakan yang Danial takkan minum air yang dia beli daripada mesin air tu. Ye la, mana la tahu air tu tak menepati cita rasa dia. Terus Danial membuka tin minuman itu.
Danial mengangguk. "I like it." Balas Danial lalu meneguk air itu dengan rakusnya. "Kau tak beli untuk diri kau ke?" Soal Danial. Rania tersenyum nipis. "Saya dah beli, dah minum sampai habis pun." Balas Rania.
Danial terus memakai seatbelt sebelum keretanya menderum laju membelah jalan raya. "Hm, encik.... May I ask you something?" Soal Rania meminta keizinan.
Danial menoleh memandang Rania lalu memberikan senyuman manis. Dia terus mengangguk. "Saya tak nampak pun encik keluar dari masjid tadi." Kata Rania. Danial sudah terkelu. "Raisya, ambilkan cermin mata hitam saya dekat laci tu. Silau la pulak." Kata Danial cuba lari topik.
Rania menurut. Terus dia hulurkan cermin mata hitam kepada Danial setelah mencari. "Kita berhenti makan dulu je la. Aku suka sangat makan dekat satu restoran ni. Memang aku gemar makan dekat situ." Kata Danial.
Dia risau Rania bertanya mengenai tadi. Apa la dia nak jawab nanti. Al-Fatihah pun dia kurang ingat. Nanti tidak sah solatnya kerana Al-Fatihah yang tidak dibaca dengan betul.
"Encik, macam mana encik latih orang ya?" Soal Rania kehairanan. Dia pun pelik jugak macam mana agaknya Danial ni melatih orang. Mesti yang ada bawah latihan dia ni lambat jadi arkitek. Getus Rania dalam hati. Dalam hati je la yang dia berani. Kalau cakap depan Danial, tak ke naya nanti kena smackdown.
Danial fokus dengan pemanduannya. "Macam tu la." Balas Danial selamba. Rania tidak berpuas hati dengan jawapan Danial. Belum sempat dia mahu bertanya lagi, terus Samsung s7 edge Rania menjerit minta diangkat. Danial terus menutup radio lagak getleman gitu.
"Assalamualaikum." Kata Rania setelah melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya. "Waalaikumusalam. Ha, kau kat mana tu. Dating eh!" Kata Juliana dengan nada yang sukar ditafsir. Rania pantas menjawab.
Nak menegakkan kebenaran gitu. "Mana ada la." Balas Rania. Dia tahu yang Juliana tengah mengamuk tu. Mana taknya, dengar je suara dia tadi, dah tahu sangat la yang dia tengah geram. "Ye la tu. Habis tu kalau tak dating, apa yang kau buat?" Soal Juliana.
Rania tidak mengerti apa masalah kawannya yang seorang ni. Tiba-tiba je nak marah ni dah kenapa. Sebab dia keluar dengan Danial ke? Atau sebab dia masih belum balik ke pejabat. Dia tak tahu nak jawab apa. Ni pun Danial yang ajak dia keluar. Bukannya kehendak dia nak keluar dengan Danial.
"Ada la." Balas Rania. Danial tertanya sendiri. Dengan siapa agaknya Rania tengah bercakap dalam telefon. Siap boleh tersengih bagai. Juliana lain cerita. Dia rasa menyampah pulak dengan jawapan selamba Rania.
"Hm, takpe la. We'll talk later." Balas Juliana. "Amboi, serius aje bunyinya. Hm, ok. Talk to you later." Balas Rania lalu menamatkan panggilan. Eh, Rania dah tak rasa kekok pun naik kereta berdua dengan Danial. Padahal dia tahu tak elok berduaan dalam kereta. Dia mampu berharap je la supaya cepat sampai dekat Danial Holdings.
*********
"Kau ni dah kenapa?" Soal Mia kepada Juliana. Yang juga merupakan seorang arkitek di tingkat 16. Dari tadi Juliana mundar-mandir. "Kau ni sekejap ke meja aku, sekejap ke meja Amir. Ada masalah ke? Cerita la." Kata Mia lagi lalu mengemas alatan melukisnya."Ish, aku geram la dengan Raisya tu." Kata Juliana dengan nada geram. "Eh, Raisya? Intern dekat tingkat 8 tu kan." Balas Mia lagi. Kalau tak silap, hari tu dia ada la terserempak dengan Rania.
"Baik aje aku tengok si Raisya tu. Lembut aje orangnya, cantik pun ye." Kata Mia lagi. Makin membara-bara kemarahan Juliana. "Kau geram sebab apa? Cuba cerita dekat aku." Kata Mia lagi. Dia tertanya-tanya, apa agaknya yang Raisya buat sampai boleh buat Juliana geram sampai macam ni sekali. Selalunya memang susah nak tengok Juliana ni geram.
Juliana mendengus kasar. "Dia pergi dating dengan Encik Danial. Bila aku tanya dia buat apa? Ada dekat mana? Bukan reti nak bagi tau." Kata Juliana.
"Kau ni cemburu kan. Agak-agak la kalau nak cemburu pun. Kena la bertempat. Lagi-lagi kau ni. Cover la sikit kau punya cemburu tu. Over betul." Kata Mia. Juliana sudah tersedar daripada amarahnya. Nasib la Mia tak curiga. Tak bau apa-apa. Tak ke naya kalau si becok ni tahu. Rungut hati Juliana.
"Aku risau pasal dia je." Kata Juliana cuba nak cover temberangnya.
*******
SORRY KALAU X BEST. JGN LUPA VOTE... HEHE.... LUPA NAK CAKAP, LAGI BERAPA RATUS JE 2K YG BACA. THANKS SEMUA 😘 muah-ii. OK. MARI KE NEXT BAB...... ROLE IT!!!

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Charming [C]
RomansaScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...