EPILOG

35.7K 794 58
                                    

Saje je sis bagi teaser mcm tu. Nak bagi awk semua sedih. Sedih sbb apa? Sbb HMC dah nak tamat 😭😭. Sis lagi la sedih 😭. Tapi gembira jugak sbb buat teaser mcm tu sbb ada readers yg telah lama mendiamkan diri akhirnya komen juga. Yeay.  😹

                            ***

PANDANGAN redup suaminya membuatkan Rania tenang buat seketika. Hakikatnya perut dia sakit sangat sekarang ni. Kebiasaannya kalau bangun minum susu pagi-pagi memang perut dia akan memulas.

Tapi entah la. Pagi ni sakit tu lain macam. Rania mencium tangan Danial apabila Danial sudah pun melangkah ke luar rumah.

Rania tak bekerja.

Semua ni sebab Danial.

Katanya, tak nak Rania penat lah. Lagi-lagi kandungan dia dah sampai usia sembilan bulan berapa hari entah. Pfttt. Bila-bila masa je dia akan beranak.

Perut Rania memang nampak besar. Macam Rania sedang berbadan tiga je tu. Pftt. Ummi dan abah pulak selalu usik dia dengan bermacam-macam usikan.

Rania terus menutup pintu apabila kereta mewah Danial meninggalkan perkarangan rumah mereka. Rania duduk dan bersandar di sofa di hadapan TV. Satu keluhan dilepaskan.

Perut yang besar diusap penuh kasih sayang. Dia dah tak bekerja. Apa gunanya dia pergi USA, belajar bersungguh-sunggu di sana. Dan pengakhirannya… Tengok lah… Dia duduk di rumah dan tak bekerja.

Arkitek.

Itu lah cita-cita yang dikejarkan dari sekolah menengah lagi. Akhirnya, dia end up berada di rumah. Tapi Danial kata, bila-bila je dia boleh kalau nak berkerja.

Mesti la.

Dah Rania bekerja sebagai arkitek di syarikat Danial Holdings, syarikat keluarga mertuanya. "Syok pulak jadi isteri CEO." Gumam Rania lalu mengunyah kekacang yang dikopek tadi.

Malam ni dapat jugak dia dinner dengan Danial di luar. Dah lama tak dinner. Terdetik jugak di hati Rania, teringin nak berbulan madu. Tak pernah-pernah lagi dia berbulan madu dengan Danial.

Selesai makan tengah hari, lauk semalam yang telah dipanaskan, Rania kembali berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen sampai tertidur.

Itu pun Rania terjaga bila terdengar deruman enjin kereta Danial di luar rumah. Suami tersayang sudah pulang. Rania bangun. Dengan berhati-hati dia berjalan ke pintu depan.

Susah sikit dia nak bergerak. Nak berjalan pun susah. Patut la Danial suruh dia berhenti kerja sekejap. Danial mengucup dahi Rania apabila wajah isteri yang dirinduinya itu muncul di sebalik pintu rumah.

"Dah siap ke?" Rania menggeleng. Nak bersiap apanya. Mandi pun belum. Padahal baru lepas bangun tidur. Baru teringat yang dia tak solat Asar lagi.

Danial tersenyum senget. "Abang naik mandi kejap. Lepas tu kita dinner luar." Rania mengangguk. Memang selalu begini. Danial balik rumah, mesti mandi, lepas tu solat.

Rania mandi di bilik air lain. Siap berpakaian, handbag di atas katil diambil. Rania duduk di kerusi meja kerja suaminya sambil menunggu Danial yang tak selesai lagi mandi. Tak semena-mena Rania mengukir senyum.

Ada beberapa helai kertas resit di atas meja kerja. Perlu ke nak letak dekat atas meja. Tapi yang membuatkan Rania tersenyum adalah kerana Danial membeli barang-barang bayi.

Rania terus bangun dari duduknya. Lambat-lambat dia berjalan ke bilik lain. Dia akui yang dia dah lama tak kemas bilik-bilik yang lain yang dah mula bersawang. Nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan dia.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang