BAB 24

20.4K 760 12
                                    

AKU merasa seperti bahuku ditolak-tolak. Aduhai, dah rupa macam lawan gusti pulak, nak tumbuk-tumbuk bagai. Aku terus membuka mata. Memang bahu aku ditolak pun. Mata aku tenyeh berulang kali. Aik, aku kat mana ni. Jam di pergelangan tangan aku pandang sekilas. 11:01 a.m. Kalau tidur sebelum Zohor takpe, jangan tidur lepas Zohor.

"Bangun dah." Kata Danial. Hish, suka hati je kan nak pegang tolak bahu orang. Ish, geramnya. "Jom la keluar." Kata Danial. Baru aku perasan. Ni dekat airport la. Kahkahkah. Maklum la, dah lama tak naik kapal terbang. Aku terus keluar dari kereta lalu mengikut langkah kaki Danial. Dia ni nak lawan siapa jalan paling laju ke apa.

"Kita nak jemput siapa ni?" Soalku. Siapa la tak pelik, tiba-tiba je dia ajak aku ke sini. Yeye je nak latih aku. Kalau aku tahu macam ni la rupa dia latih orang baru, baik aku merayu dekat Raihan je hari tu. Ummi, orang nak balik. Orang tak nak kerja la kalau macam ni. Eh Rania, macam ni la yang orang suka. Kerja setakat susun paper work, tapi gaji banyak macam arkitek lagi memadai. Ah, pening kepala aku.

Dia ni pekak ke apa. Aku dah cakap sekuat mungkin kut. Tahu la airport ni riuh-rendah suasananya, ke dia ni malas nak layan soalan aku. Aku bukannya tanya soalan bodoh. Soalan masuk akal la yang aku tanya ni.

"Encik, kita nak jemput siapa ni?" Soalku lagi. Kali ni kalau dia tak reti nak balas jugak memang aku balik la.

"Kawan." Balas dia dengan nada bengang. Eh, yang dia nak bengang ni dah kenapa. "Ada marker pen tak?" Pinta Danial. Takde, kalau minta aku bawa awal-awal tadi pun takpe. Ni tak, main suruh je aku ikut. Jap, rasanya tadi kan alatan melukis jatuh berterabur. Kut la termasuk dalam handbag aku ke. Tapi tak logik la.

Aku terus memeriksa hangbag aku. Samsung s7 edge, iPhone, compact powder, purse, lip balm, cermin kecil, casing phone, lip gloss, haa. Apa benda pulak yang aku jumpa ni. Aku terus mengeluarkan item aneh yang memang aku tak masukkan dalam handbag. Haa, marker pen. Aku terus menghulurkan marker pen itu kepada Danial. Kiranya sekarang ni aku ada dua handphone la. Terlopong si Hanis bila dapat tahu yang abah belanja aku handphone. Handphone keluaran baru pulak tu.

Entah apa yang dia tulis pada kertas manila pun aku tak tahu. Patut la aku tengok dia dari tadi bawa keluar kertas manila kad daripada seat belakang. WELCOME, NANA!!! Nana? Girlfriend dia kut. Kawan konon. Cakap je la girlfriend. Lelaki selalu macam ni. Such a player. Aku pandang lagi jam. 11:15. Aku tengok Danial dari tadi dengan handphone. Aku pulak yang kena pegang kad manila ni. Buat lenguh tangan aku je la. Dia nak jemput girlfriend dia, apa hal kita pulak yang kena pegang kad manila ni.

Setelah mendengar pengumuman, terus ramai penumpang dari Milan keluar. Mata aku terhenti dekat seorang gadis. Tinggi, cantik, comel, memang bergaya. Rose Byrne ke tu? Ish, takkan la pelakon terkenal dari Australia tu nak datang Malaysia. Apa la yang aku merepek ni. Aku suka la tengok dia dalam X-Men: Apocalypse. Dia tetap cantik walaupun semakin meningkat usia. Tapi jangan risau, saya tetap menyokong Rose Byrne. Hehe.

Tapi kalau dia bukan Rose Byrne, siapa orang tu? "Encik, tu Rose Byrne ke?" Soalku lalu mendekati Danial. Mata Danial terus meliar-liar mencari orang yang aku katakan tadi. Ish, pantang nampak perempuan cantik betul. Dia terus menghamburkan tawa. Dia gelakkan aku ke. Hish.

"Tu la Nana. Rose Byrne apanya. Kalau betul la pelakon tu datang Malaysia, confirm la ramai reporter dekat sini. Jangan nak berangan la." Kata Danial. Cis, dia gelakkan aku. Biar la aku nak berangan pelakon yang aku minat tu datang Malaysia. Mana la tau betul-betul datang Malaysia nanti. "Biar la." Balasku. Dia terus berhenti ketawa lalu memberikan aku pandangan tajam. Hish, reti marah orang je. Mentang-mentang la aku ni cuma intern.

Nana terus menanggalkan cermin mata hitamnya lalu dimasukkan ke dalam handbag LVnya. Tengok la tu, memang muka dia ada sama sikit dengan Rose Byrne. Bertuah la dia ada wajah yang cantik, bukan macam aku ni. Dia terus menolak troli berisi begnya ke arah kami. "Hi." Katanya apabila sampai sahaja ke arah kami. Aku hanya memberikan senyuman manis. Dia tidak mengendahkan aku langsung. Ish, kalau ye pun tak payah la nak berlagak sangat. Harap muka je macam Rose Byrne, tapi sombong.

Bila Danial bagi dia senyuman manis pencair gadis, dia terus membalas senyuman Danial semula. Eh, apa senyuman aku ni sekecil semut ke sampai tak perasan aku. Aku terus menyerahkan kad manila tadi kepada Danial. Lantak la, aku nak buat kerja sendiri. Kau orang teruskan la berbual mesra. Nak muntah aku tengok. "You, tahu tak.... I dapat baju branded from Milan." Kata Nana dengan terujanya. Danial hanya melayan kerenah Nana.

Mesti ramai yang meminati Nana ni. Mana la taknya, dia cantik gila kut. Tapi kalau muka cantik, perangai tak cantik tak guna jugak. "You... Tahu tak, I penat. Flight selama 16 jam. Memang bosan, tapi best." Kata Nana lagi. Mula la nak menggedik. Aku perhati je dia ni dari tadi. "I nak balik la. I nak jet lag. Penat sangat, naik kapal terbang, you rasa boleh tidur ke. Susah gila tau." Katanya lagi. Dia terus merangkul kemas lengan Danial.

"Bawa barang-barang I tu." Arah Nana. Amboi, kau ingat kau siapa? Anak Tan Sri? Banyak cantik. "Excuse me!" Kataku. "Who do you think you are?" Haha, aku ulang balik ayat yang dilemparkan oleh Danial masa dekat company tadi. Dia memberikan aku senyuman sinis. "Kalau aku cakap aku anak Tan Sri, kau nak jawab apa!" Balas Nana dengan nada sinis. Dia dengar ke apa aku cakap. Eh, hati.... Kau berlubang ke? Macam mana dia boleh tahu. Aku cakap dalam hati la, ish. Dah start nak meremang bulu roma aku.

Danial memberikan aku pandangan 'bawa je la barang dia, nanti saya belanja makan' Aku main tambah je yang 'nanti saya belanja makan'. Muka garang macam tu nak belanja aku makan, memang tak la. Entah-entah kalau belanja pun, belanja buah je. Aku terus menolak troli yang berisi beg Nana. Aku tolak dengan sekuat tenaga, nasib la aku tak tolak sampai troli ni boleh langgar Danial dengan Nana. Mudah sikit aku elak maksiat.

Sampai dekat kereta, Danial terus membantu aku memasukkan beg Nana ke boot kereta. Eh, patutnya si Nana ni yang buat, ni beg dia. Apa dia ingat dia ni anak Tan Sri, kita patut buat apa dia suruh, macam tu?! "You, muat ke nak letak beg I dalam boot tu, kalau tak muat, you letak je dekat seat belakang ni." Kata Nana. Eh minah ni. Mentang-mentang la aku yang akan duduk dekat belakang nanti, ikut suka engkau je kan arahkan Danial letak dekat seat belakang. Dah la beg banyak, entah apa dia bawak pun aku tak tahu.

*******
JOM KE BAB SETERUSNYA.... ROLL IT...

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang