SIS DAH TUKAR TAJUK... PENAT LA NANTI KORANG NAK SEARCH CERITA SAYA KAN. TU YG SAYA TUKAR. TAPI KPD SIAPA YG PERASAN, KORG MESTI FAN SIS KAN. CEH, TERPERASAN SENDIRI :D
*******
"HAH, kau buatkan dia kopi?" Kata Juliana terkejut apabila berada di cafeteria. Rania terkejut kerana tiba-tiba Juliana memekik.
Rania mengangguk. "Buat apa. Bukannya kau tu isteri dia pun." Kata Juliana lalu meneguk air milo yang dipesannya.
Rania terdiam. "Aku tahu la. Dah dia desak aku. Kau pun tahu yang aku tak suka didesak." Jawab Rania. Dia tak tahu dah macam mana nak jawab. Nanti macam-macam pulak yang Juliana tanya. Sejak bila pulak Rania reti nak sorokkan rahsia daripada kawan ni.
Juliana memandang Rania dengan pandangan yang sukar ditafsir. "Okey la. Aku nak naik dulu. Nak siapkan kerja aku." Balas Rania. Hakikatnya, dia takde kerja pun sekarang ni. Kerja dia dah siap tadi.
Dia je yang malas nak duduk lama-lama dekat cafeteria ni. Bukan apa, Juliana ni dari tadi asyik nak tanya dia perkara yang berkaitan dengan Danial Wazal je. Hey, orang pun nak privacy okay.
"Hm, okey." Rania terus menuju ke lif untuk ke tingkat lima belas. Dia nak solat zohor dulu. Usai solat dia berehat sekejap di surau itu. Kalau boleh dia nak baring aje dekat surau ni. Penat sangat dia.
Setelah selesai solat, dia pun naik ke tingkat enam belas untuk menyambung kerjanya. Dari tadi dia hanya memandang skrin i-Mac di hadapannya. Takde kerja dah. Rasanya ni je la kut kerja arkitek. Goyang kaki je. Janji duit masuk. Tapi masa dia dekat U.S.A dulu, setiap masa ada je kerja. Patut la syarikat mereka pun maju. Pekerja semuanya workaholic.
Itu pun ada la kadang-kadang Jane datang je meja Rania. Buka kedai kopi sekejap. Semenjak bos takde ni, Jane pun hanya membantu kerja yang lain je la. Syarikat ni sunyi terus bila takde bos. Bos ni memang orang penting betul.
********
RANIA melangkah masuk ke dalam rumah. Tadi umminya yang mengambilnya dari pejabat. Tak menentu betul siapa yang mengambilnya. Sekejap Juliana hantar pulang. Sekejap abah ambil, sekejap ummi ambil.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Soal Rania apabila melihat Hanis memandangnya dengan pandangan yang pelik. Rania tengok pun pelik.Hanis menyilangkan tangannya ke dada. "Ummi, Rania ada boyfriend dah ummi." Kata Hanis lalu menudingkan jari telunjuknya ke arah Rania. Memang Puan Rubiah masih berada di luar. Sibuk menyiram pokok bunga orkednya.
Puan Rubiah berhenti menyiram. "Ye ke? Bila masa? Amboi dia, dah mula menggatal ye!" Jawab Puan Rubiah. Tetapi dengan nada bergurau. Kalau Rania ni dah ada boyfriend, pastinya Rania akan terlebih dahulu memberitahu dia.
"Mana ada. Rania takde boyfriend pun ummi." Balas Rania tidak puas hati. Dia nak masuk rumah sebenarnya ni. Tapi Hanis ni block jalan pulak.
Hanis menjongket kening. "Ye la tu. Habis tu, yang mamat mata biru tu?" Soal Hanis pula. Rania terdiam. Kening dia pun terangkat sama. Hanis ni merepek apa la.
"Mamat mata biru?" Soal Rania kehairanan.
"Ke, kau bercinta dengan duda anak satu?" Makin merepek pulak si Hanis ni. Tapi Rania masih tak faham apa yang si Hanis ni cuba nak sampaikan.
Tapi nasib baik Puan Rubiah memutuskan perang mulut Hanis dan Rania daripada terjadi. "Sudah, pergi masuk dalam. Hanis, dah solat Asar ke belum ni?" Soal Puan Rubiah pula. Terus Rania mengambil kesempatan itu untuk masuk ke dalam rumah.
"Hehe, belum lagi la ummi. Eh Rania, To be continued." Kata Hanis lalu berlari naik ke tingkat atas untuk menunaikan solat Asar.
Rania turut berlari masuk ke biliknya. Usai Hanis menunaikan solat Asar, dia terus masuk ke bilik Rania. "Eh, Rania. Kau sengaja....."
Terus Rania memutuskan pertanyaan Hanis. "Masuk tu, bagi la salam ya adik manis." Perli Rania. Rania berada di atas katilnya. Siap berbaju tidur lagi. Padahal waktu Maghrib pun belum masuk lagi.
Hanis mendengus. "Iye la, adik masin. Assalamualaikum." Ucap Hanis.
"Waalaikumusalam. Haa, ada apa tiba-tiba masuk bila aku ni." Kata Rania lalu menutup novel yang dibacanya. Novel 'Meh Sandar Pada Aku'. Dah lama sangat dia teringin nak baca novel ni.
Tak sangka pulak yang Jane pun membaca novel. Tu yang Rania pesan dekat Jane supaya bawa novel ni. Tapi, rupa-rupanya novel ni memang Jane bawa pergi kerja. Banyak lagi novel dalam beg laptop Jane kalau Rania tak silap la.
"Siapa lelaki tu sebenarnya. Kau sengaja kan buat tak tahu apa yang aku tanya kau tadi." Tuduh Hanis. Rania menjongket bahu. Dia mana tahu apa yang Hanis cakapkan.
"Lelaki mana?" Soal Rania. Kalau lelaki yang bermata biru, Danial and his family la. Aisy pun sama jugak.
"Danial ke?" Soal Rania meminta kepastian. Kalau Danial, satu Malaysia tahu siapa dia tu. Young CEO tu. Young? Rasanya la. Dia tak nak reveal umur dia dekat media langsung. Mystery betul.
Hanis kemudian menjongket bahu. "Ye la kut. Aku tak tahu. Yang aku tahu, mata dia biru. Dia angkat budak." Kata Hanis. Ek eleh, kecoh la dia ni.
Tadi bukan main kata aku ada boyfriend. Bila aku sebut nama, dia tak tahu. Haa, itu la. Fikir dua kali sebelum buat keputusan. Main sembur je, kan dah dikira fitnah. Insaf la nakk. Bebel Rania dalam hati.
"Raiyan la tu." Kata Rania lagi. Dah Raiyan je yang ada anak. Danial takde anak lagi. Memang Raiyan tu duda.
Hanis sekali lagi menjongket bahu. "Haa, itu la kau. Jangan nak menuduh orang. Mana kau tahu pasal lelaki mata biru tu?" Soal Rania ingin tahu.
Hanis terus berbaring di atas katil Rania. Nasib baik katil Queen. "Dia terlanggar aku. Lepas tu dia kata aku ni slacking la. Shopping la. Menyibuk je dia tu. Dah la tak kenal, tiba-tiba je buat macam dah lama kenal."
"Kalau dah yang kata slacking tu, Danial la." Jawab Rania. Siapa lagi kalau bukan Danial. Dia tu kan, kalau boleh nak sinis orang je setiap masa. Rasanya mulut dia tu memang sesuai kut untuk menyinis orang.
"Danial? Siapa tu?" Soal Hanis. Terus dia melelapkan mata dia seketika. Bila dah berbaring ni, jadi mengantuk pulak.
Terkejut Rania. Terus dia pusing memandang Hanis. "Kau tak kenal dia ke? Ya Allah. Satu Malaysia tahu pasal dia tahu tak. No, bukan satu Malaysia je. Rasanya negara luar pun kenal dia." Kata Rania.
"Kau google la sendiri pasal Danial. Nama penuh dia, Danial Wazal. Kalau kau taip Danial je, nanti gambar orang lain pulak yang keluar. Dah la, pergi balik bilik kau. Jangan lupa solat Maghrib." Pesan Rania. Dia pun terus masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk dah solat.
★★★★★
SEBAB ADA YG REQUEST NAK PART HANIS, SIS PUN BUAT LA. THANKS LA SBB REQUEST, KALAU TAK RASANYA SIS KEKERINGAN IDEA DAH. OK, MAGHI SAMBUNG NEXT BAB. TAPI MUNGKIN AKAN DIUPDATE LAMBAT. HEHE. HAVE A NICE DAY, AND THANKS FOR 17K. LOVE MUAH² 💞💗

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Charming [C]
RomansScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...