"SO, dah fikirkan pasal tu ke?" Terjah Danial entah dari mana la. Sibuk menyibuk je nak tumpang sekaki dalam perbualan dia dan Jane.
Rania mengangkat kening. Pandangan tajam dihalakan kepada Danial. Danial membalas pandangan tajamnya. Jane dah berkerut dahi.
"Fikirkan pasal apa?" Jane menyampuk. Membuatkan Rania tersedar dari lamunannya. Aduh. Sejak Danial masuk meminang ni, dia asyik mengelamun je.
Mengelamun pulak pasal Danial. Dah la hari tu kantoi mengelamun depan Danial. Nasib baik je tu sebab tak kantoi mengelamunkan si Danial Wazal ni.
Maknanya yang dia pandang Danial dengan pandangan tajam tadi hanya lamunan semata-mata je la. Hm. Kalau dia berani nak pandang Danial macam tu kan bagus. Nampak sikit yang dia ni seorang yang kuat di mata Danial.
Jane mengeluh sebelum memetik jarinya di hadapan mata Rania. "Mengelamun lagi." Suara Danial kedengaran lagi.
Rania mengeluh perlahan. Menyibuk je la si Danial ni. Sebab Danial, dia tak dapat nak mengelamun dah. Haish. "Raisya. You okay ke tak ni?" Tanya Jane.
Rania sekadar mengangguk sebelum menghirup air milonya sehingga licin. Takde sedikit pun yang tinggal di dalam mug kaca tersebut.
Danial mengambil tempat di salah sebuah kerusi di kafeteria tersebut. Rania memandang Danial dengan pandangan pelik. Sejak bila pulak Danial ni nak duduk melepak dekat kafeteria lobby ni.
Bukan Danial lebih suka duduk dekat pejabat dia ke. Menyemak je la dia ni. Rania mengalihkan pandangannya daripada memandang wajah tampan Danial. Rania mengacau-ngacau mug yang sudah licin tadi.
Jane memandangnya dengan pandangan pelik. "You nak milo lagi ke Raisya?" Pelik melihat Rania yang tengah menggila pergi kacau mug yang sudah kosong.
Apa sudah jadi ni.
Tanpa membuang masa, Rania terus berdiri. Tak selesa pulak berada di sini. Dia terus mengangkat kaki. Mug yang digunakan tadi dibiarkan di atas meja kafeteria.
Hehe. Biar la Jane yang bersihkan. Hehehe. Takkan la dia nak bersihkan waktu tu jugak kan. Segan dia depan Danial. Lagi-lagi depan bakal suami pulak tu. Eh eh. Ke laut pulak.
JANE berpeluk tubuh. Rasanya ada seseorang yang berhutang dengan dia satu penjelasan. "Kenapa ni Jane?" Soal Rania sebaik sahaja dia kembali duduk di tempatnya.
Tersungging sebelah bibir Jane. "Raisya, I think, you owe me an explanation." Rania tersengih-sengih. Faham sangat maksud di sebalik kata-kata Jane.
Entah nak cerita ataupun tak. Kalau cerita nanti Jane hebohkan pulak. Tapi takkan la Jane nak hebohkan. Err. Entah la.
"Jane, kawan saya perlukan kaunseling tentang cinta la." Aku memilih untuk tidak memberi tahu Jane. Maaf Jane. Huhu.
Jane sudah menjungkit kening. Berkenan nak mendengarnya. "Ada lelaki yang dia minat. Then ada lelaki pergi propose dia. At the same time, lelaki lain pulak meminang dia. Lelaki yang dia minat tu la yang meminang dia." Laju Rania bersuara.
Jane sudah berkerut dahi. "I don't understand. You cakap laju sangat la Raisya. Ke, kawan you tu ialah you sendiri." You menjungkit kening. Matanya memandang Rania.
Senyuman di bibir Jane terukir. Ada makna di sebalik senyuman Jane tu. Rania berdecit perlahan. "Fine. Ada someone tu melamar saya. And someone tu hantar rombongan meminang saya." Jane mengangguk faham.
"Terima je la. You ni Raisya. Tak teringin ke nak tengok ibu dan ayah you bahagia melihat anaknya kahwin." Rania mengetap bibir.
Ini soal hati la Jane. Kalau dia terima, ada la berkeping hati tu yang terluka. Salah satunya, Danial Firash. Sekeping hati Danial Amsyar yang tengah terlantar tu pun mungkin boleh hancur berderai.
YOU ARE READING
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...