NI IG SIS. DO FOLLOW LAH YE.. aisyahfarihah_
*******
DANIAL terus masuk ke dalam bilik arwah adiknya, Danial Amsyar. Dah seminggu sejak Amsyar meninggal. Dan seminggu tu jugak la ibu mereka terperap di dalam bilik Amsyar.
Terkejut Danial melihat yang ibunya itu sedang mengemas pakaiannya di dalam beg melancong. Haa sudah. Nak ke mana pulak Datin Daniya ni.
"Ibu nak ke mana ni?" Soal Danial. Takkan la ibu dia ni masih tak boleh nak terima hakikat mengenai kematian Amsyar ni.
"Travel. Ibu nak cari ketenangan." Kelentong Datin Daniya. Takkan la nak bagi tahu kat mana dia nak pergi. Nanti anak dia ni datang jemput balik pulak.
Danial mendengus. Daddynya itu awal pagi tadi bertolak ke Sarawak. Something came up so suddenly. Terpaksa la daddynya itu bertolak ke Sarawak. Siapa pulak nak pujuk ibunya ini. Raiyan sudah keluar menghantar anaknya, Aisy.
Firash pulak entah keluar ke mana la. Bukannya nak masuk kerja dia tu. Ambil kesempatan dalam kesempitan. Ibunya masih berduka, boleh pulak dia ponteng kerja. Danial pulak dah mula serabut sebab semalam, entah siapa dah masuk dalam body Rania, boleh pulak Rania jadi tomboy ni.
"Tapi ibu nak ke mana?" Soal Danial lembut. Datin Daniya masih berada di hadapan meja solek. Macam-macam barang make-up di atas meja solek anaknya itu.
Datin Daniya terdiam tidak menjawab. "Ibu nak pergi mana? Bagi la tahu Danial, ibu." Rengek Danial manja. Umur dah 27, masih nak bermanja dengan ibu. Gedik betul.
Datin Daniya mencapai handbag Louis Vuittonnya. "Ibu nak ke Italy. Ibu tak percaya la yang mayat Am masih tak dijumpai." Kata Datin Daniya, menyatakan ketidakpuasan hatinya.
Danial memicit-micit kepalanya. "Ibu, dah mereka sendiri yang cakap mayat Am tak dijumpai, takkan la ibu sendiri yang nak cari mayat Am." Kata Danial. Datin Daniya terdiam dan terus terduduk di atas katil.
"Move on la ibu. Ibu ada Danial, ibu ada Raiyan, ibu ada Firash. Ada daddy. Ada Aisy. Move on la ibu." Kata Danial seraya memegang kedua-dua bahu ibunya. Terus Datin Daniya menangis.
*******
"HAH, ibu nak ke Italy? Buat apa pergi sana?" Soal Raiyan apabila Danial masuk ke pejabatnya dan duduk di sofa. Tak sangka pulak yang Raiyan hari ni rajin nak datang kerja.
Danial mengangguk. "Ibu masih tak boleh terima hakikat. But, she's fine now. Ibu dah boleh move on." Dengan bangga Danial berkata. Tak sangka pulak ayat klise Danial dapat membuka hati ibunya.
"Good for ibu." Kata Raiyan. Dia pun dah letih tengok ibu dia meratap je. Mata ibu dia pun dah sembab campur merah. Mana taknya, seminggu menangis, tidur pun belum tentu cukup.
Danial terus bangun dari sofa dan menuju ke pintu. "Nak pergi mana?" Soal Raiyan. Danial terus berpaling.
"Keluar. Takkan la along dah lupa pasal projek besar tu. Kan hari ada pembentangan dekat syarikat tu." Kata Danial.
Raiyan mengangguk faham. "Takkan along tak ingat. Along sendiri yang pass projek tu dekat angah." Kata Danial. Raiyan tersengih-sengih. Dia tak ingat la tu.
"Memang along tak ingat pun. Angah, balik dengan kejayaan tau." Spontan Raiyan berkata. Hek eleh, ayat klise giler.
Danial tertawa kecil. "Just wait and see." Kata Danial penuh yakin. Dia terus keluar dari bilik abangnya dan menuju ke lif untuk ke tingkat enam belas.
Danial berhenti di hadapan meja Rania. Bila tengok Rania je, mesti dia teringat pasal perangai pelik Rania hari tu. Perangai dia memang lain sangat. Lain daripada Rania yang di hadapannya ini.
"Do follow me, Raisya." Sebenarnya Danial sakit hati betul nak mengajak Rania. Ni semua bila dia tengok Rania je, dia teringat balik perangai pelik Rania. Perangai tu la yang buat Danial tak suka.
Rania mengangkat muka. Terus dia bangun dan mengikut Danial. Bila nampak Danial menuju ke lif, memang Rania dah boleh agak yang mereka akan keluar dating lagi. Ceh. Nak sangat ke dating dengan Encik Danial ni.
"Kita nak ke mana ni encik. Kalau pergi site. Saya tak nak. Saya pakai heels." Awal-awal lagi Rania menolak kalau Danial suruh dia ikut pergi site.
Tak pasal-pasal Danial dapat penyakit lagi sebab Rania. Mana la tahu, kali ni alat nak bina bangunan jatuh dekat Danial tu ke. Tak pun, kalau bukan besi, mesti kayu.
"Meeting. Get ready, mentally and physically." Dah kenapa dengan bos dia ni. Tiba-tiba je ajak dia ni dah kenapa. Lepas tu, macam lidah tu tak boleh nak sebut bahasa Malaysia je. Laju pulak tu dia kata. Rania pun tak sempat nak tangkap apa yang Danial kata. Dia cuma dapat tangkap ayat 'mentally and physically'.
"Hah?" Kaki Rania melangkah jua walaupun hati rasa berat. Takut dengar ayat Danial. 'Mentally and physically'. Ketika itu lah Rania perasan yang Mia dan Amir turut ada bersama menyertai mereka. Takde la Rania dengan Danial je. Alhamdulillah. Rania mengucap syukur.
"Raisya, come. Come." Panggil Mia setelah membuka pintu belakang kereta. Biar orang lelaki yang duduk dekat depan. Yang perempuan pulak jadi ma'am.
Rania menurut. "You dah ready ke?" Dahi Rania berkerut. Ready apa pulak la ni.
"Ready for what?" Soal Rania.
Amir dengan Danial masih berada di luar kereta. Bincangkan apa la agaknya. Nak aje Rania curi dengar sikit. "Boss didn't tell you about this?" Soal Mia. Mia menoleh memandang Danial melalui tingkap.
"Today we have a presentation for Green City project. Do you remember about your hardwork masterpiece that you give to Ana before? Yours is chosen. And today, you must present about your plan to everyone." Uish, bahasa Inggeris terus yang keluar daripada mulut Mia. Takjub Rania seketika. Eleh, macam la Rania ni tak reti speaking. Rania reti okey.
Rania terdiam. Habis la dia. Dah la dia ni jenis malu kalau depan khalayak ramai ni. "Hah? Why? Tiba-tiba je. I don't know anything." Rania dah gelisah. Dia terus duduk menegak.
Rasa macam kerusi Mercedes Danial ni keras pulak. Tu yang dia duduk menegak. Mustahil betul kerusi Mercedes Danial boleh bertukar menjadi keras. Resah gelisah punya pasal.
Mia tersengih-sengih. "As easy as ABC la, Raisya. I know you can do it." Mia memberi sokongan. As easy as ABC? Kena present dekat depan khalayak ramai la. Itu yang Mia kata senang.
"But I know nothing." Rania mula risau balik. Kegilaan apakah ini. Takde angin takde ribut, dia kena present depan khalayak ramai. Ini kerja gila!
"Simple je. Bukak slide and baca. Tak pun, you cerita sikit pasal lukisan you tu." Macam senang je Mia bercakap. Cuba la Mia sendiri yang bentangkan pasal pelan tu. As easy as ABC konon.
Habis la. Mula la jantung Rania ni berdebar-debar. Kencang pulak tu. Rania yang dah tersedia risau ni, bertambah risau. Macam mana dia nak buat. Depan khalayak ramai pulak tu. Macam zaman U dulu lain la. Depan kawan-kawan. Bukannya depan orang yang tak dikenali.
★★★★★
SORRY LA LAMA TAK UPDATE. MR. TENGKU I LOVE YOU PUN SAYA JARANG UPDATE. OK LA. NI JE BUAT MASA NI. DO FOLLOW IG SAYA TAU. AND JANGAN LUPA BACA BUKU YG SAYA SUGGEST DALAM BAB SEBELUM NI.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Charming [C]
Storie d'amoreScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...
![Mr. Charming [C]](https://img.wattpad.com/cover/66351987-64-k312854.jpg)