Sis skip jauh sgt. Maaf la dear readers 😞 sis tahu mesti ada yg tak berpuas hati kan 😞 Maaf 😞
***
DANIAL masih lagi duduk bersila di hadapan tok kadi. Senyum diukir. Akhirnya. Dia nak lafaz sekali ke kalau boleh. Tak nak la nampak macam dia ni sedang resah gelisah.
"Aku terima nikahnya NurRaisya Rania binti Abdul Haqq dengan mas kahwinnya seratus lima ringgit lima puluh lima sen tunai." Danial terus mengukir senyum lebar.
"Sah?"
"Sah."
"Sah."
"Sah."
Tetamu yang dijemput sudah mengangguk-angguk tanda sah. Alhamdulillah. Majlis akad nikah berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah."
Rania mengalirkan air mata gembira. Tangan ditadahkan untuk berdoa kepada-Nya. Wajahnya ditundukkan. Setiap kali pandang abah je, rasa nak menangis.
Better dia tekur permaidani rumah dia. Takde la dia nak mengalirkan air mata. Ummi di sebelah menggosok belakang badannya. Rania sudah sah menjadi isteri kepada bosnya yang berperangai pelik.
Usai mengaminkan doa, Danial bangun dari duduknya. Sebenarnya kalau boleh, Danial nak aje melompat waktu tu jugak. Nampak sangat riak gembira dia tu. Ke dia gembira sebab acara batalkan air sembahyang.
Tapi wajah Rayyan, Firash dan Amsyar lain sikit. Senyum tu ada la secalit. Tapi tak berapa manis. Kenapa begini. Takkan la mereka tak gembira yang Danial dah beristeri.
Gembira la sikit. Rania dah jadi ipar duai awak semua la. Lagi-lagi si Firash tu. Muka dia… Tsk tsk tsk. Eyebag entah berapa lapis la. Sama ada menangis atau kurang tidur.
Danial sudah pun melutut di hadapan Rania. Rania mengangkat wajah bila ummi di sebelah dah bagi isyarat. Camera man tak habis-habis bersama kamera Canon dia tu.
Kalau itu takpe lagi. Masalahnya, video cam everywhere. Payah la jadi isteri CEO ni. Perlu ke masuk magazine. Setakat ambil gambar okey lagi. Buatnya dia rakam Rania tengah sedut hingus ke.
Tapi takkan la Rania nak sedut hingus. Mana la tahu dia terakam Rania punya gigi. Maklum la gigi dia kan tersusun rapi. Mana tahu dekat gigi ada lipstick. Tapi takkan la.
Danial memandang Rania dengan pandangan redupnya. Rania jadi terbuai. Dipukau lagi. Stop la pukau. Charming sangat la dia ni. "Ehem." Danial berdehem.
Baru Rania sedar yang dia masih belum hulurkan tangannya. Kalau tak macam mana nak sarung cincin. Takkan nak sarung dekat jari Hanis pulak kan.
Terus tangannya dihulurkan. Danial menyarungkan cincin ke jari manis Rania. Rania turut berbuat demikian. Laju je Danial kucup dahi Rania. Lama.
Para jurukamera apa lagi. Berseronok sakan menangkap gambar. Masalahnya, Rania tak cium tangan Danial lagi, Danial dah kucup dahi Rania. Tak menyempat betul. Lepas Danial kucup dahi baru la Rania cium tangan Danial.
***
SAMPUL surat di dalam peti surat dicapainya. Takde nama pengirim. Setem pun tak ada. Siapa yang hantar surat ni. Rania mengerutkan dahi. Cuma ada nama dia je dekat atas sampul surat ni.
Nama yang ditulis dengan tulisan tangan. Tapi siapa yang tulis. Rania mengeluarkan isi sampul surat tersebut. Terdapat sekeping gambar. Gambar abahnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...