BAB 30

22.9K 810 1
                                    

AKU terus bangun lalu berwudhuk untuk menunaikan solat Subuh. Aku sungguh teruja kerana hari ini akhirnya aku diiktiraf sebagai arkitek. Aku mana ada pengalaman bekerja dengan orang melayu. Macam dekat USA dulu, aku jadi arkitek pun sementara je. Itu pun sebab banyak masa lapang. Memang bersyukur sangat la time tu ada mat saleh yang minat aku, dia CEO muda Southern International Holdings. Dia la yang offer aku kerja dekat situ. Tapi, memang kalau berurusan dengan mat saleh ni.. Cenggini la. Thumbs up. Mereka memang professional. Bila hal kerja, memang mereka tak campur adukkan hal peribadi.

Dia memang handsome. Nanti Rania bagitau nama, kamu semua nak search dekat internet pulak. Susah la nanti. Padahal fiction je pun. Hehe. Okey la, sebab kamu semua rajin baca buku ni, Rania bagitau nama dia. Nama dia Harley Maurier. Hebat tak nama dia. Dia memang handsome, muka ala-ala Taylor Posey. Tapi Taylor Posey lagi handsome tau. Satu je yang Rania respect dekat dia.... Dia menjauhi arak dan benda yang haram. Hehe.

Salary yang dia tawarkan memang banyak la. Tapi, sampai sekarang kami masih berhubung. Ala, sekadar email, skype, twitter. Tu je. Usai solat aku terus bersiap untuk kerja. Aku turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Turun-turun je dah dengan bunyi kelentang kelentung. Ahaks. Aku dah cuak, pencuri masuk ke apa.

Aku pun terus ke dapur. Terkejut aku bila tengok si Hanis dengan muka yang comot. Aku menggeleng. "Hanis ni buat orang cuak la." Kata aku. Ummi dengan abah tak perasan ke bunyi riuh-rendah dekat dapur ni.

"Apa hal pulak aku buat orang cuak." Kata Hanis lalu sambung mengadun sesuatu. "Ye la. Sebab pagi-pagi dah bunyi kuali la, loyang la." Balasku.

"Nak buat apa tu?" Soalku. Hanis tersenyum nipis. Haa, senyum ada makna tu. "Aku tengah buat basikal ni." Balas Hanis. Amboi, ayat dia bunyi macam perli je.

"Nak buat pavlova ke?" Soalku semula. Macam aku tak tahu, Hanis ni kan suka pavlova. Tak tahu la kut dia nak buat pavlova atau tak. Jam di pergelangan tangan aku pandang sekilas. Ummi dengan abah dah bangun ke belum ni. Mereka dah solat subuh ke belum ni.

"Hanis, biar la Rania yang buat. Nanti Hanis buat pavlova tu. Entah-entah tak jadi. Pergi la naik atas kejut ummi dengan abah." Kataku lalu mengambil spatula yang berada di tangannya.

Aku offer nak tolong dia ni, bukan selalu aku tolong Hanis. Sebab selalunya Hanis ni pemalas. Memang tak patut dibantu. Dia tu ha yang patut membantu. "Hanis, patutnya letak tepung jagung dulu baru adunkan." Kataku dengan kuat. Hanis tersengih-sengih.

"Kalau Rania tak rampas daripada Hanis la, confirm tak jadi pavlova." Kataku. Hanis hanya menadah telinga sebelum dia berlalu pergi. Dia terus naik ke atas untuk mengejutkan ummi dan abah.

Setelah selesai adunkan dengan sebati, aku terus menuangkan adunan ke dalam loyang sebelum dimasukkan ke dalam oven. Buah-buahan yang ummi beli dekat pasaraya hari tu aku keluarkan dan aku potong. Selalunya topping untuk pavlova adalah buah-buahan dan whiping cream.

Sambil menunggu pavlova siap, aku memasak hidangan yang simple iaitu nasi goreng. Kadang-kadang aku letak ikan bilis atau udang. Tapi kebanyakan nasi goreng yang aku buat, aku pakai telur ayam. Simple sangat.

Dah nak habis waktu Subuh. Pagi-pagi dah makan benda manis, pelik betul si Hanis ni. Ke dia nak bagi buah hati pengarang jantung. Itu pun kalau dia ada la. Nak kata birthday ummi dengan abah, lambat lagi.

Aku dan lain-lain terus duduk di meja makan. "Bagus anak ummi ni. Dah boleh kahwin dah ni." Kata ummi kepadaku. Aku hanya tersengih-sengih. Hanis di sebelah menyiku aku. "Pavlova Hanis belum siap. Nanti bila dah siap, sejukkan dulu sebelum makan tau. Then bila dah sejuk, tuang whiping cream atas pavlova tu. Lepas tu, letak buah-buahan yang Rania dah potong tadi. Ada dalam peti sejuk." Jelasku panjang lebar.

Kami semua membaca doa makan sebelum makan buah yang aku potong tadi. Kan sunnah. Ummi menyendukkan nasi goreng ke pinggan abah sebelum ke pinggannya. Manakala aku menuangkan air untuk semua. Hanis pulak macam biasa, dengan iPad dia. Tak sah hidup dia tanpa gadjet. Nak kena hantar dia dekat hutan yang takde line kut, baru dia nak insaf.

"Ummi, abah.... Rania dah diiktiraf jadi arkitek." Teriakku. Abah dan ummi tersenyum manis ke arahku. "Semalam dia dating, awak tahu!" Kata abah kepada ummi.

Ummi yang nak bersuara, terus tak jadi bersuara sebab aku laju memintas. "Abah ni nak kena la. Rania mana ada dating."

Hanis di sebelah menepuk tangan. Ceh, macam tak ikhlas aje dia ni. Aku terus sambung makan. Setelah habis makan, abah terus menghantarku ke Danial Holdings.

**********
"Jangan la nak ambil hati sangat apa yang abah cakap tadi." Kata abah. Kedengaran memujukku. aku mengangguk.

Terus aku menghadiahkan abah senyuman manis kalah madu. "Abah, belikan Rania kereta." Kataku. Aku tak nak menyusahkan abah. Ni pun aku resah gelisah sebab mintak abah belikan kereta walaupun aku dah tahu memang abah akan bagi.

Abah berura-ura terkejut. "Bukan Rania nak tunggu future husband bagi ke?" Soal abah. Aku menjongket kening. Macam pernah dengar je ayat ni. Mesti mamat muka ketat tu report kat abah ni.

Aku tersengih-sengih. "Abah ni, mesti Danial report ni." Kataku. Giliran abah pula menjongket kening. "Kalau abah bagi kereta second-hand, Rania nak?" Soal abah. Aku membuat muka loya. Aku okey je, asalkan ada kereta untuk ke mana-mana je. Aku mengangguk.

"Ish, takkan la abah nak bagi Rania kereta second-hand. Abah nak belikan Rania kereta yang bagus. Sebab nanti, bila future husband dah bagi kereta dekat Rania, abah nak tarik balik kereta tu. Abah nak bagi dekat Hanis pulak." Kata abah. Aku menarik muka.

Aku mencuit bahu abah. "Macam mana kalau Hanis pun dah kahwin.. Then hubby dia bagi dia kereta." Kataku. Masih mahu menang. Apa ni abah, tak elok buruk siku.

"Kalau macam tu, lagi bagus. Abah ambil je la kereta tu." Kata abah. Dah agak dah.

Seperti biasa, abah menurunkan aku di hadapan pintu utama Danial Holdings.

Aku menyalami tangan abah. "Abah, nanti ambik Rania tau." Kataku. Abah mengangguk. Aku terus berlari masuk ke dalam lif. Nasib tak ramai dalam lif. Excited sangat nak naik tingkat 16.

*********

YEAY. RANIA DAH JADI ARKITEK. AHAKS. SORRY KALAU X BEST. SEBENARNYA DAH LAMA TAK MAKAN PAVLOVA, TU YG SAYA BUAT PASAL PAVLOVA. SBB SAYA DGN KAKAK SAYA PERNAH BUAT PAVLOVA TAPI MALANGNYA PAVLOVA KAMI TAK SESEDAP PAVLOVA YG DIBUAT OLEH IBU KAMI. HEHE. JANGAN LUPA VOTE TAU. DAN JGN LUPA BACA KARYA KEDUA SAYA 'Mr. Tengku I Love You'. JGN LUPA VOTE UTK CERITA TU. NEXT BAB.... SCROLL IT!!!

Mr. Charming [C]Where stories live. Discover now