RANIA tersenyum manis melihat suami kesayangannya sedang melayan kerenah dua orang anak kembar mereka. Anak kembar lelaki perempuan. Yang lelaki tu la yang keluar dulu.
Anak kecilnya yang perempuan sedang duduk di atas riba Danial. Tangan si kecil itu menyuakan serpihan keropok ikan ke mulut Danial tak henti-henti sampai penat Danial nak kena buka mulut.
Yang si kecil lelaki tu pulak menggigit je kerjanya. Asyik menggigit lengan Danial yang berotot. Siap tinggalkan air liur lagi di situ. Tergelak Rania kerana suaminya itu berkali-kali mengelap lengannya itu.
Gembira Rania melihat suasana kini. Memang seperti yang diimpikannya. "Darwish, pergi la gigit mama pulak. Asyik gigit lengan papa je. Sakit tahu." Seloroh Danial. Bukannya si kecil tu faham pun apa yang dia kata.
Rania mencebik. "Eleh. Bukan sakit pun." Kata Rania. Terserlah di situ yang Danial menipu. Cakap je la yang dia geli sebab air liur Darwish meleleh jatuh ke lengannya.
Danial Darwish dan Raisya Arissa kini sudah menginjak usia dua tahun. Ya. Perkahwinan Rania dan Danial sudah menginjak usia tiga tahun. Dan di sini la mereka sekeluarga meluangkan masa bersama.
Darwish tersengih-sengih memandang Danial yang menarik muncung. Sentap ke dengan kata-kata Rania. Ke saja nak menggedik dengan Rania ni. Arissa pulak tak sudah-sudah menyuakan keropok dari tangan kecilnya itu.
Darwish memukul manja lengan ayahnya. Sangat tampan si kecil itu. Matanya kebiruan. Memang ikut wajah Danial nampaknya ni.
Darwish tersenyum menampakkan dua batang gigi depannya sebelum dia ketawa geli hati melihat Danial mengacah-acah ingin mencium si kecil itu.
Danial menoleh memandang Arissa yang berada di ribanya pula. "Arissa pun sama, mulut papa dah penuh la. Suap la Darwish dengan keropok tu." Danial mengangkat Arissa dan meletakkan si kecil itu di sebelah abang kembarnya.
Seperti memahami kata-kata Danial, Arissa menyuakan keropok yang berada di tangan kecilnya ke mulut Darwish. Darwish membuka mulut dan mengunyah keropok itu dan tersenyum lagi.
Danial pula sudah beralih dan duduk di sebelah isterinya. Danial meletakkan kepalanya di riba Rania. Gedik betul lah. Patut la dia letak Arissa dekat Darwish, sebab nak bermanja dengan Rania rupanya.
Rania menarik rambut Danial membuatkan Danial geram. "Tak payah nak menggedik. Tadi abang jugak yang tinggalkan sayang kan." Ujar Rania.
Danial tersengih-sengih. Hidung isterinya dicuitnya. Baru je tadi dia biarkan Rania seorang tadi sebab nak main dengan dua orang anak kecil tu. "Eh, dengan Darwish dan Arissa pun sayang nak jealous ke." Usik Danial.
Rania menarik muncung. Danial bangun dari baringnya. Danial merapatkan wajahnya ke wajah Rania. Baru usik sikit dah blushing. Danial tersenyum kecil. Dia melagakan hidungnya dengan hidung isterinya sebelum bibir isterinya dikucup sekilas.
Terus dia dapat tamparan kecil di lengannya yang tadi digigit oleh Darwish. "Abang, kita dekat taman la. Bukannya dekat rumah." Ujar Rania.
Darwish tergelak kecil melihat lengan papanya ditampar oleh mamanya. Arissa turut tergelak kecil apabila terdengar Darwish tergelak. Padahal dia tak nampak pun apa yang berlaku.
"Biar la."
"Malu la orang nampak." Pipi Rania memang dah blushing dah sebenarnya.
Danial menjelir lidah. Sengaja nak sakitkan hati Rania. "Kita kan suami isteri. Dah ada anak dah pun. Nak malu apa." Darwish masih tergelak kecil.
Eh eh budak ni. Macam faham-faham je perbualan kedua orang tua dia ni.
Darwish bangun dan mendapatkan Rania. Danial terpaksa memberi ruang kepada Darwish sedikit. Danial tarik muncung. "Eh eh budak kecik ni, sibuk je nak bermanja." Kata Danial geram lalu menggomol pipi Darwish.
Dia pulak yang kena mengalah dengan Darwish. Ini tidak adil. Rania tergelak mendengar kata-kata Danial. Siapa yang jealous sekarang ni. Dia ke Danial.
"Arissaaaa... Sini sayang." Panggil Danial pula. Eleh. Jealous la tu sebab tengok Darwish bermanja dengan isteri dia tu. Nak bagi Rania jealous jugak la tu.
Laju Arissa bangun dari duduknya dan mendapatkan papanya. Tangannya masih lagi memegang keropok ikan. Rania tergelak kecil membuatkan Darwish turut tergelak.
Seperti yang di agak, Arissa menyuakan keropok itu ke mulut Danial. Geli hati melihat gelagat itu. Nak tak nak, Danial buka juga mulut, menerima cebisan keropok ikan yang sudah lembik. Mungkin sudah terkena air liur Arissa.
Pecah berderai ketawa Rania. "Kalau ada air liur sayang takpe la jugak." Kata Danial bersama senyuman gatal. Dapat didengari oleh Rania. Terus cubitan kecil menyapa lengannya sekali lagi.
Apa ni.
Hilang otot ni nanti sebab kena gigit, kena cubit, kena tampar. Gumam Danial.
Tapi, bila difikirkan, tak logik la otot boleh hilang kan.
"Jangan nak mengada. Air liur anak abang jugak tau." Seperti yang dijangka, Darwish dan Arissa tergelak kecil.
Seluruh wajah Arissa dikucupnya. Wajah Darwish juga dikucup penuh kasih sayang. Kemudian sebuah kucupan hangat dihadiahkan pula di pipi isterinya.
Rania tersenyum lebar. Tak boleh nak sembunyi dah kegembiraan ini. Dia mengucap syukur. Setelah apa yang dia tempuhi bersama Danial, kebahagiaan yang diimpikan akhirnya dikecapi juga.
"Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah mengurniakan kebahagiaan yang tak terhingga kepada kami." Ucap Rania di dalam hatinya.
-TAMAT-
Sis sangat sedih sekarang ni. Sis type tulisan tamat dengan hati yang sedih dah gembira sbb sis akhirnya dpt siapkan HMC seperti yang sis janjikan. Mungkinkah, ini perasaan setiap penulisan jika cerita mereka tamat.
Sis sedih. 😭. Please baca sampai habis walaupun sis tahu ada yg akan skip. Tapi please baca sbb ni last sis berkata-kata di HMC ni.
Jadi, jumpa lagi di lain cerita? Mungkin. Itu pun kalau ada yg nak support sis. So, kepada yang setia tunggu sis update, I love you so much. Ini ikhlas dari hati sis 😘.
Yang silent readers pun, thank you. Sis hargai. Sebab apa? Sebab korg sudi singgah, luangkan masa baca karya merepek sis ni. Walaupun korg silent readers, sis tetap sayang korg 😘.
Readers,
Kita lalui susah senang HMC bersama. Kita lalui susah senang Rania dan Danial pun bersama. Okay. Poyonya ayat.
Kalau boleh sis tak nak tamatkan sebab sis terlampau sedih nak tamatkan HMC. Tak dapat la sis nak gurau kasar dengan readers dah lepas ni😭😭.
But trust me, sis suka sgt bila dpt komen drpd readers. Setiap kali sis update, sis nantikan komen readers semua, sbb komen readers semua la merupakan bekal kepada semangat sis utk update.
So, sis tahu ada yg skip. Tak nak baca yg atas. Maafkan ketelaluan sis sepanjang sis mengarang ni. Maafkan sis sbb ada ayat² kesat especially yg dialog Juliana 😹.
Sis sayang readers semua. So, boleh la remove dari library. Boleh tunaikan permintaan sis tak? Sis nak 60 komen, boleh tak? Ini permintaan terakhir sis sbb lepas ni HMC dah takde. Takde yg kedua, takde yg ketiga.
Hello, Mr. Charming... Secara rasminya telah pun TAMAT.
YOU ARE READING
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...