BAB 64

19.5K 704 16
                                    

DANIAL menjelir lidah kepada Rania. Mengejek. Rania rasa nak tumbuk je muka Danial tu. Mulut dia punya pasal la.

Seminggu sudah berlalu. Semalam Amsyar dah sedar. Alhamdulillah. Tapi hari ni baru boleh keluar hospital. Ingatan dia pun semakin pulih. Datin Daniya la wanita terbahagia di dunia sekarang ni.

Dah anak bongsu dia sedar. Baru dia tahu macam mana Amsyar boleh tak masuk flight waktu berada di Manchester dulu. Sebab dompet dia tercicir dekat kerusi di airport. Dia pun cari la. Cari punya cari, rupa-rupanya kena curi.

Mat apa entah yang curi. Berpakaian lusuh. Ish ish ish. Macam orang gila. Amsyar dapat tahu dia curi sebab orang gila tu tengah berjalan sambil kira duit yang ada dalam dompet dia.

Fokus betul mengira sampai jalan tak pandang depan. Syok sangat agaknya pandang duit sampai terlanggar Amsyar. Amsyar perasan la yang dompet orang gila tu tengah pegang macam dompet dia.

Dia pun dapat la balik dompet dia lepas tumbuk orang gila tu sebab berkeras tak nak bagi balik. Begitu la kisahnya macam mana dia boleh terlepas flight dari Manchester. Memang melayang la duit dia beli tiket tapi tak naik kapal terbang tu.

Hal minggu lepas masih segar bermain-main di minda Rania. Dah la Mia dengan Amir bergosip, bagi tahu semua pekerja yang Rania dan Danial sudah berkahwin. Memang ni semua Danial punya pasal.

Hal ni dah pun sampai di telinga Datin Daniya dan Dato' Danial. Mereka apa lagi. Gembira bukan main la. Siap tanya lagi bila nak bertunang. Eh, merisik pun tidak lagi. Dah sampai ke situ pulak.

Dan sekali lagi hari cuti Rania tidak aman. Baru je tadi Danial datang ke meja dia. Siap menjelir lidah lagi. Minta orang potong lidah dia agaknya.

Pekerja lain yang tadinya bukan main sibuk sekarang dah tak sibuk. Bukan sahaja tidak sibuk malah mereka siap bergosip lagi. Gosip pasal Rania dngan Danial la tu.

Tiba-tiba bunyi telefon Rania mengejutkannya. Firash telefon. Nak tanya pasal dia dengan Danial la tu. Firash ni pun satu. Tak payah la nak berharap. Hati Rania dah terpaut lama dekat seseorang tau.

Lambat-lambat Rania mengangkat. "Lunch dengan saya. Saya belanja. Saya tunggu dekat lobby." Salam tak ada, hai pun tak ada. Adab mana adab?

Lepas tu tak bagi peluang Rania menjawab pulak tu. Firash terus memutuskan talian. Rania tak nak lunch sebenarnya. Sebab hari ni dia puasa sunat hari Isnin.

Mendatar pulak tu gaya Firash bercakap. Seolah-olah tengah marah. Dia marahkan apa. Kalau marah sekali pun, jangan la nak lepaskan kemarahan dekat dia. Rania tak salah okay!

Ke memang wajah Rania ni merupakan wajah yang sesuai untuk lepaskan kemarahan.

Setakat nak cakap ayat sembilan patah tu, mesej kan boleh. Tak payah la nak membazir kredit ber-call bagai. Gaya cakap pulak macam taik. Ni yang Rania nak marah ni.

Aish. Sabar je la.

Sekali lagi telefonnya berbunyi. Mesej daripada Danial. Ayat cinta apa pulak kali ni. Aplikasi WhatsApp dibuka.

Buatkan aku kopi. Hantar dekat pejabat aku. -Danial-

Lupa nak cakap. Dia dah tukar nama yang dia save kan untuk Danial. Macam mana dia boleh tukar? Sebab Danial periksa handphone dia senyap-senyap waktu dia pergi solat.

Rania pun insaf dan berjanji untuk tidak lupa menyimpan telefon di dalam handbag. Waktu Danial check tu, telefon Rania berada di atas meja kerja dia.

Tak takut hilang pun sebab keselamatan anda dan barang-barang anda semasa berada di syarikat Danial Holdings sentiasa terjamin.

Tapi rupa-rupanya tak terjamin sebab Danial boleh check sesuka hati. Dah la tak letak kata laluan untuk handphone dia. Bukan tak nak letak, tapi menyusahkan kalau ada apa-apa kecemasan macam mana.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang