BAB 50

20K 727 17
                                    

Dedicated to raisyah89 .Really appreciate. Thanks for your great and wonderful idea.

***

DANIAL terus bangun daripada lenanya. Sakit seluruh badan kerana tidur di kerusi dan bukan di atas katilnya. Dia masih juga mencuba untuk mendapatkan projek mega yang telah jatuh ke tangan syarikat lain.

Kerana projek mega itulah dia sanggup tidur di kerusi dan sanggup makan di pantri. Pelipisnya dipicit. Tiba-tiba tekak terasa dahaga. Dia terus bangun dan melihat jam. Jarum pendek berada pada angka empat dan jarum panjang berada pada angka dua belas. Dia terus keluar dari biliknya dan menuju ke dapur. Hari ini dia tinggal di rumah ibu bapanya.

Dah nak buat macam mana, Danial Tyler tu dikejarkan ke hospital. Tiba-tiba kena serangan jantung. Takkan nak biarkan ibu dekat rumah dengan Raiyan dan Firash. Mereka pun busy, nanti Datin Daniya tu keseorangan pulak.

Lampu dihidupkan. Terkejut Danial apabila ternampak figura ibunya. Ingatkan siapa la hamba Allah yang berada di dapur yang gelap tidak bercahaya ni.

Datin Daniya tersenyum melihat anak terunanya yang seorang ni. "Danial terjaga ke?" Datin Daniya terus menuangkan susu kotak HL ke dalam gelas. Di hulurkan gelas berisi susu itu kepada anaknya.

Danial tersenyum seraya mengangguk. Huluran gelas ibunya disambut. "Ibu pun terjaga ke? Kenapa bergelap je dekat dapur ni?" Danial bertanya. Senyuman manis masih lagi terukir di bibir Datin Daniya.

"Ibu pun terjaga. Ibu tak mahu la kamu semua terjaga nanti kalau ibu buka lampu." Danial mengangguk mengerti.

Baru mulut nak bertanya, Datin Daniya sudah memintas dahulu. "Ibu tiba-tiba je mimpikan Amsyar." Danial terlopong.

"Ibu mimpi yang Am tak naik flight dia pun. Ibu tak tahu pun sebab apa dia tak naik flight dia." Dada Datin Daniya turun naik. Mencari oksigen. Bila teringat balik tentang mimpinya itu, jantungnya berdegup laju.

Usai berbicara, Datin Daniya terus naik ke tingkat atas. Danial terpinga-pinga di situ. Ni yang start nak siasat lagi ni. Tidur dulu, nanti mata ni jadi macam panda pulak. Takkan la nak pakai kaca mata hitam ke tempat kerja esok. Danial terus masuk ke biliknya semula setelah susu di dalam gelap habis licin.

***

DANIAL masih terpinga-pinga. Tiba-tiba je hari ini dia batalkan meeting yang tergendala hari itu. Lagi nak tangguhkan, agaknya sampai esok lusa pun takkan nak adakan meeting la. Jarinya sibuk menari-nari di atas keyboard laptopnya. Tentang kapal terbang Manchester terhempas itu ditelitinya.

Setiap sudut dilihat. Setiap mangsa diteliti. Memang nama Danial Amsyar bin Danial Tyler ada di dalam senarai mangsa yang telah mati kerana kemalangan itu. Tetapi mayat Danial Amsyar tidak dijumpai.

Apakah maksud di sebalik mimpi ibunya itu. Atau mimpi ibunya itu hanya mainan tidur. Macam-macam yang membelenggu(?) di fikirannya. Dah la dengan masalah daddynya dikejarkan ke hospital. Projek mega jatuh ke tangan syarikat lain. Aisy pulak kena demam campak. Lepas tu mimpi ibunya pulak. Stress.

Raiyan masuk ke dalam pejabat adiknya. "Angah ni dah kenapa. Along tengok Angah ni macam orang tak mandi sehari je." Bibir Danial mula mengukir senyum. Tersengih sebenarnya tu.

"Along, ibu ada bagi tahu Along apa-apa tak?" Soal Danial tiba-tiba. Raiyan mengerutkan dahinya. Dipandang adiknya yang sedang memandangnya. Kemudian dia menggeleng.

"Tak pun. Ibu cuma suruh kita balik makan tengah hari. Angah pulak kena tidur rumah ibu hari ni." Balas Raiyan. Tak faham dia apa yang Danial maksudkan ni. Soalan spontan.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang