BAB 51

19.1K 736 21
                                    

ALHAMDULILLAH, DAH 100++K TERIMA KASIH SUDI BACA CERITA YG X SEBERAPA NI.

***

"ABAH nak jemput abang lah ni ye." Encik Haqq mengangguk. Dah abah mereka bersiap, takkan la nak pergi restoran dengan pakaian yang segak macam ni.

Rania tidak kerja hari ini. Alasannya malas. Kes marah dengan Danial Wazal punya pasal. Tiba-tiba je hari tu Danial marah-marah. Rupa-rupanya Danial Holdings tak dapat projek yang diidamkan tu.

Semalam....

Tiba-tiba je Danial suruh Rania datang menghadap. First, Rania lambat masuk pejabat Danial. Sebabnya Rania perlu uruskan kerja yang Amir suruh. Takde angin takde ribut, tiba-tiba Danial marah.

Masuk lambat je pun. Lepas tu dia minta draf. Bukannya Rania masuk pejabat dia bawa draf pun. Itu pun dia nak marah. Benda kecip je pun. Rania terpaksa turun tingkat 16 sebab nak ambil draf.

Dah la lif ditutup buat sementara waktu sebab untuk kegunaan VIP je. Nak tak nak, Rania terpaksa turun tingkat 16 menggunakan tangga. Lepas tu kena panjat lagi tangga untuk naik tingkat 20.

Masalahnya, Danial tak cakap awal-awal supaya Rania bawa draf. Kalau dia cakap awal-awal, memang Rania tak perlu bersusah-payah naik turun tangga.

Rania kena marah lagi. Draf memang la tak siap lagi sebab secara tiba-tiba je Danial minta draf padahal dia dah kata hantar minggu depan. Sekali lagi Rania kena marah sebab tak siapkan draf.

Dia kata Rania malas sebab lambat siapkan draf. Dia bagi tugas ni kelmarin tapi Rania baru buat sedikit. Dia koyak draf yang Rania buat bersusah-payah tu depan mata Rania je. Nasib baik la dia tak konyok lepas tu campak tepat kena muka Rania macam dekat cerita TV3 Akasia tu.

Geram pun ada Rania rasa. Lepas tu dia juga la yang kena kutip kertas yang Danial koyak tu. Nak tak nak Rania kena akur. Kalau tak nanti Danial pakai kuasa veto dia pulak nanti. Tapi Rania kena buat sekali lagi draf tu.

Bengang pun ada. Terus Rania tak nak datang kerja hari ni. "Kalau macam tu, Rania nak ikut lah." Kata Rania lalu mencapai handbagnya.

"Hanis pun nak ikut lah." Hanis pulak nak menyibuk. Mandi pun belum, dah berangan-angan nak ikut. Ke teringin nak usha kawan doktor abang dia yang turut serta ke Manchester tu. Tapi, kalau cakap dekat Hanis pasal ni, memang dia bagi siku kut.

"Saya tak nak ikut lah, bang. Hari ni saya shift petang. Saya masakkan yang sedap-sedap je la untuk Ryan." Kata Puan Rubiah kepada suaminya. Encik Haqq mengangguk.

"Tapi abang kata dia bawa seseorang." Terkejut Hanis, Rania dan Puan Rubiah mendengar. Rania yang tengah pakai kasut terus berhenti. Takkan la kawan perempuan.

Hanis tersengih. "Kawan perempuan ke abah?" Hanis bertanya. Boleh la dia kacau abang dia. Hanis ni nakal sebenarnya. Perangai macam lelaki. Suka nak mengganggu abang dia.

Encik Haqq mengangjat bahu. "Mana abah tahu. Dia tak bagi tahu pun. Dah siap ke? Jom lah. Abah pulak yang kena menunggu kamu." Kata Encik Haqq kepada Hanis. Terus mereka masuk ke dalam kereta untuk ke Airport.

***

DANIAL mendengus buat kesekian kalinya. Raisya tak datang kerja la pulak. Haish.

"Takkan la nak batalkan meeting lagi sekali, boss." Kata Jane. Bos dia ni dah kenapa la. Kadang-kadang berperangai pelik. Orang pun susah nak jangka.

"You tak dengar ke apa yang I kata?" Sinis Danial. Rasanya dah dua kali dia cakap dekat Jane yang dia nak meeting batal untuk hari ni.

Jane terus terdiam kemudian mengangguk lalu mencatat sesuatu di buku nota hijaunya. Masih tak mahu lagi ke pakai gadjet. Lapuk la Jane ni. "Okay ka bos. Saya keluar dulu." Jane terus keluar dari pejabat Danial.

Mr. Charming [C]Where stories live. Discover now