RANIA elok berbaring di bahu Mia. Mia pula meletakkan kepalanya di atas kepala Rania. Dah macam sistem barter pulak ni. Kedua-dua mereka sedang nyenyak tidur. Penat sangat la tu, campur gemuruhnya tadi semasa membuat pembentangan.
"Bos nak pergi mana ni?" Soal Amir kepada Danial. Pelik bila nampak Danial masuk ke dalam perkarangan hotel terkemuka. Takkan la nak tinggalkan Mia dengan Rania dekat hotel ni kut.
"To enjoy our victory." Kata Danial lalu memarkir keretanya di tempat parkir VIP. Ikut suka hati dia je parkir dekat tempat VIP ni.
"Jom la." Ajak Danial lalu keluar dari keretanya. Mia dan Rania terjaga apabila mula berasa panas kerana tidak merasa air-cond.
"Eh, you all ni nak ke mana?" Soal Mia kepada Amir. Separuh sedar.
"Don't know. Bos tunggu tu. Cepat la." Kata Amir lalu keluar dari perut Mercedes Danial. Eleh, bos pun tunggu dekat luar kereta je pun.
Rania turut keluar dari kereta diikuti Mia. Mereka terus mengikut langkah Danial masuk ke dalam lif. "Makan puas-puas ye." Kata Danial.
"Laa, bos nak belanja makan dekat hotel rupanya." Kata Amir selamba. Kedua-dua belah tangannya ada di dalam poket.
Danial menoleh memandang Amir yang berjalan di sebelah Mia. Rania pulak berjalan sebelah Mia. Kiranya Mia dekat tengah-tengah la. "Kau fikir apa haa!" Kata Danial dan turut memasukkan kedua-dua belah tangannya di poket seluarnya.
Mesti si Amir ni fikir bukan-bukan. Amir tersengih-sengih. Pelik pulak, tiba-tiba je Danial bawak mereka makan di hotel mewah ni. Terkenal serata dunia hotel ni.
Banyak jugak la juadah yang dihidangkan. Meleleh air liur mereka bertiga. Danial je yang selamba. Orang kaya la katakan. Setakat beef steak, petik jari je terus ada atas meja makan.
Macam-macam ada. Makanan kegemaran Rania pun ada. Mushroom chicken soup. Dia paling suka. Lagi-lagi kalau pergi Pizza Hut. Pizza Hut punya mushroom chicken soup paling sedap.
"Bos, terima kasih la belanja kami semua makan." Ucap Amir penuh ceria. Siapa la tak suka orang belanja makan kan. Save duit belanja makan mereka.
Danial mengangguk. "No biggie." Kata Danial dan mula fokus dengan pemanduannya.
***
"EHEM, dari mana tadi?" Soal Juliana dari arah belakang. Rania tersentak. Baru nak tarik kerusi ke belakang, tengok-tengok Rania tegur dari arah belakang.
Rania menghadiahkan senyuman manis kepada Juliana. Juliana membalas dengan senyuman pendek. Pelik Rania tengok. Juliana ada masalah agaknya. Tapi prihatin jugak dia ni. Setiap kali Rania balik dari mana-mana tempat dengan Danial je, mesti Juliana orang pertama yang tanya dia dari mana.
"Weh, Ju.... Kau tahu tak!!" Rania rasa nak cerita je dekat Juliana pasal hal yang mengejutkan Rania. Pasal dia kena bentangkan pelan dia tu.
Juliana menggeleng. "Tak tahu." Mesti la Juliana tak tahu, dah Rania belum bagi tahu. Apa la kau ni NurRaisya Rania.
"Tiba-tiba je tau aku kena bentangkan pelan aku pagi tadi. Aku dah la tak prepare apa lagi." Kata Rania teruja. Juliana masih menyilangkan tangannya. Pandangan kosong je bila mendengar cerita Rania.
"Oh." Balas Juliana.
"Kau ada masalah ke ni, babe?" Soal Rania prihatin. Saya prihatin, anda bagaimana. Klisenya.
Juliana terdiam. Termenung nampak. "Hm." Kata Juliana lalu menaikkan kedua-dua bahunya. Selalunya Juliana tak macam ni. Hari ni Juliana lain sikit Rania tengok.
"Kau tak pernah macam ni. Kau mesti ada masalah kan." Kata Rania. Juliana ni lain macam la sebab mood dia hari ni lain daripada hari lain.
"Good for you." Kata Juliana. Rania menjongket kening. Tak faham apa maksud Rania dengan kata-kata dia tadi. Apa yang bagusnya untuk diri dia.
"Hah?" Soal Rania tak faham. Cuba cakap tu biar jelas. Tak payah nak berpuzzle.
"Pelan kau terpilih kan. Bagus la tu. Tak sia-sia kau belajar sama-sama dengan aku dekat USA dulu." Kata Juliana. Keceriaan dekat riak dia tu macam dibuat-buat je.
"Okey la babe. Aku nak sambung kerja." Kata Juliana dan berlalu ke bilik pejabatnya. Rania terus duduk main i-Mac. Takde kerja nak dibuat.
***
JULIANA dari tadi mundar-mandir di bilik pejabatnya. Sekejap-sekejap telefon pintar di tangan diperiksanya. Kemudian dia menyambung bermundar-mandir. Kelihatan seolah-olah keresahan.
Terus dia mendail seseorang. "Apa hal kau tak bagi tahu aku yang dia keluar dengan Danial?" Terjerit Juliana. Tapi dikawalnya. Nampak marah benar tu.
"Tapi, Cik Ana kata dia tak ada apa-apa hal kan hari ni." Terketar-ketar orang yang diseru oleh Cik Ana tadi.
Juliana mendengus. "Weh bodoh. Perlu ke aku bagi tahu kau semuanya. Aku upah kau untuk spy dia kan. Bukannya makan gaji buta tunggu arahan baru nak buat." Marah Cik Ana.
Orang yang dimaki tadi mula keresahan. "Maaf la Cik. Saya takkan buat kesalahan ni lagi sekali." Balas orang itu.
Juliana mendengus lagi. "Memang kau takkan buat dah. Kau dipecat. Aku takkan upah kau dah. Anggap la semua ni tak pernah terjadi." Kata Cik Ana lalu mematikan panggilannya.
"Cik, cik. Cik, tunggu dulu cik...." Panggilan mati. Orang itu terus mencampakkan telefonnya ke tanah.
Juliana menyambung bermundar-mandir sebelum duduk di kerusinya. Komputer dihidupkan. Matanya meliar-liar membaca apa yang tertera di skrin komputer.
Bermacam-macam web dibukanya untuk mencari maklumat tentang rancangan barunya. Kemudian, dia terus menuju ke rak yang dipenuhi fail. Dibuka satu per satu fail yang ada.
Tersenyum riang dia apabila menjumpai fail tebal berwarna hijau yang dipenuhi dengan maklumat tentang Danial Holdings. Juliana merupakan orang terpenting juga di dalam syarikat ini.
Kerana itulah dia diamanahkan untuk menyimpan fail penting seperti ini. Dibeleknya setiap helaian dengan penuh gembira.
Jarinya berhenti membelek apabila dia menjumpai helaian yang dicarinya dari tadi. Dah fail tebal sangat, leceh la nak kena belek.
Terus dia mendengus. Dicabutnya helaian itu daripada fail tebal itu dengan kasar. "Let's wait and see." Katanya lalu tersenyum sinis.
Terus dia menyimpan semula fail tebal itu ke tempat asal. Terus dia mencapai telefon pintarnya di atas meja. Kemudian dia menuju ke sofa dan duduk.
Juliana terus mendail nombor orang lain. "Raihan. Kau dah tak kerja dekat Danial Holdings kan. Kau nak jatuhkan Danial Holdings, betul tak." Kata Juliana tersenyum sinis.
"Aku ada cara untuk tolong kau realisasikan semuanya." Juliana tersenyum puas. Helaian yang dicabutnya tadi dikipas-kipas ke mukanya.
★★★
SASPEN TAK? KALI NI TAK NAK LA MINTAK KORG TEKA. OK, SORRY LA SBB DAH LAMA TAK UPDATE. FAHAM-FAHAM JE LA SEBAB APA....
Love love love,
Author...

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...