SUDAH dua hari berlalu setelah pemergian Danial Amsyar. Datin Daniya menangis sahaja selama dua hari itu. Sudah puas suami, cucu dan anak-anaknya itu memujuk. Dia lebih suka duduk di bilik Danial Amsyar. Tidur di situ, mandi di situ, solat pun di situ. Dia tidak berada dengan suaminya langsung selama dua hari itu.
Selama dua hari itu Datin Daniya hanya meratapi pemergian anak bongsunya itu. Raiyan, Danial dan Firash juga berasa kehilangan tapi takde la sampai jadi macam Datin Daniya. Tak lalu nak makan. Berat badannya turun mendadak. Badannya menjadi susut.
Lagi sedih Raiyan, Danial dan Firash dibuatnya. Rasa macam ibu dengan adik bongsu mereka pulak yang pergi tinggalkan mereka padahal Amsyar je yang pergi tinggalkan mereka. Ni semua sebab Datin Daniya asyik duduk dekat dalam bilik Amsyar la.
Danial pun duduk di rumah ibunya itu buat sementara waktu. Mungkin sampai ibunya itu sudah boleh terima hakikat, dah redha dengan semua ni baru la Danial dapat duduk dekat rumah dia sendiri.
Jam loceng daripada iPhone Danial berbunyi buat kali ketiga. Kali ni Danial dah tak buat dismiss, dia terus bangun setelah terdengar bunyi daripada telefonnya itu. Sakit telinga dia rasa.
6:20 a.m. Danial terus bangun dan turun ke ruang tamu bawah. Selama dua hari ni dia tak masuk kerja langsung. Begitu juga dengan Raiyan dan Firash. Danial Holdings dibiarkan begitu sahaja selama dua hari itu.
Datin Daniya pula masih lagi tidur di bilik Amsyar. Tiada perubahan. Sedihnya makin menjadi-jadi bila dia memikirkan semula sewaktu Amsyar masih kecil hingga la Amsyar menyambung pengajiannya itu ke Manchester.
Sekali lagi kedengaran Datin Daniya meraung. Danial yang mendengar tangisan ibunya turut sedih. Dia terus naik semula ke tingkat dua dan menuju ke bilik Amsyar.
Kelmarin Datin Daniya kata nak kemas barang-barang Amsyar. Nak sedekahkan dekat orang lain. Tapi rupa-rupanya Datin Daniya nak tidur situ rupanya. Masih tak habis lagi meratapi pemergian anaknya itu.
Semalam bila dapat panggilan mengenai mayat anak bongsunya itu, semakin menjadi-jadi tangisannya. Mayat Danial Amsyar tidak dapat dijumpai. Kalau jumpa mayat dia pun, rasanya dah hancur.
"Ibu, Danial masuk ya." Kata Danial lalu memulas tombol pintu perlahan-lahan. Dilihatnya ibunya itu sedang tidur tetapi tangannya memegang beberapa helai baju Amsyar. Air matanya masih lagi mengalir. Semakin sedih Danial yang melihat.
Danial terus masuk dan duduk di atas katil itu. Rambut ibunya diusap lembut. "Ibu, jangan la macam ni. Danial risau tau tengok ibu macam ni." Kata Danial.
Datin Daniya menggeleng. "Amsyar dah pergi tinggalkan ibu. Untuk selama-lamanya." Kata Datin Daniya. Lagi sekali air matanya laju meluncur. Danial mengesat air mata ibunya.
"Memang la ibu. Tapi Allah lebih sayangkan Am. Ibu kena terima ketentuan yang telah ditetapkan. Ibu kena la redha." Danial menasihati ibunya. Sedih dia melihat ibunya begini.
"Ibu, kalau ibu sayangkan kita orang semua, ibu kena la terima ketentuan ni. Ibu jangan la buat kita orang susah hati." Kata Danial. Tiba-tiba matanya yang kebiruan itu berkaca.
Datin Daniya terlelap lagi sekali. Danial terus turun dan menuju keluar. Cadangnya tadi nak berjogging. Asyik berlari dekat gym rumah tu je. Nak juga dia hirup udara segar plus udara sejuk pagi-pagi Subuh.
*******
OLEH kerana tadi Amir tiba-tiba menelefon Danial, dia terpaksa datang juga ke pejabat hari ini. Oleh kerana ingin menutup matanya yang sembab plus ber'eyebag' sebab tak cukup tidur dan menangis itu, Danial memakai cermin mata hitam di dalam pejabat. Semua staf Danial Holdings memandangnya pelik.
YOU ARE READING
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...